Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai |Lama dah perati kedai ni dibuka, tetapi masih tak sempat nak bawa anak-anak ke sana sebab selalunya restoran ni penuh memanjang.

Rezeki hari tu bawa mak dan mak mentua keluar makan, nampak kedai ni masih tak penuh orang lagi.Jadi kitorang terus ke sini.Restoran ni pun antara tempat makan best di pasir gudang.

Selain tu boleh juga baca : KuuVancha Eco Tropics Kota Masai

Restoran Lok-lok & bubble Tea ni dah buka lama dah, tapi baru berkesempatan nak merasa macam mana gaknya lok-lok ni.Korang tau apa itu lok-lok?

APA ITU LOK- LOK

Lok-lok ni adalah salah satu makanan cina yang dikenali juga dengan sate celup.Samada korang nak dipanggang atau direbus.Hah! gitulah dari pemahaman umi.

Cara penyajian lok-lok ni ada 3 cara iaitu samada pelanggan nak rebus, digoreng atau dipanggang.

Kalau ikut apa yang umi makan di restoran lok-lok tu, ia disapu dengan rempah khas samada korang nak rempah yang pedas atau biasa dan digoreng di dalam minyak yang panas.

Rasanya??

Of course umi suka.Kalau tak takkanlah umi berulang ambil makan kat situ.Nasib baik sebatang tu boleh tahan mahalnya.Jadi cukuplah sekadar merasa.Sok-sok ada duit lagi, teringin nak makan boleh la makan lagi.

Restoran 833 Lok-lok & Bubble Tea ni terletak di Kota Masai bersebalahan dengan kedai Emas Marigold.Boleh dikatakan sederetlah dengan Tesco Kota Masai tu.

Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 12 malam tak silap umi dan mempunyai lebih beratus jenis lok-lok yang korang boleh pilih.

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai

Banyak jenis yang korang boleh pilih tau.Harga secucuk hanya RM0.80 sahaja.

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai

Ni baru dulang pertama pilihan umi.Belum lagi pilihan babah dan bebudak tu.Tu dah campur jugak dengan pilihan kakak.Korang mesti tau kan yang mana pilihan dia.hahaha

So, lepas dah pilih-pilih mana yang korang nak, terus ke kaunter untuk pilih pilihan korang samada nak digoreng, direbus atau dipanggang.Eh! tak silap umi takde kot panggang.hahah memandai je.Umi piih digoreng dengan rempah pedas dan tak pedas.

Lepas tu korang boleh la layan bubble tea yang ada dijual disini.

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai

Minuman lain masing-masing dah rebut.Jadi ini jelah hasil tangkapan gambar umi.Bawa bebudak memang takdelah sempat ko nak bersnap bagai.Janji snap suda!

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai

Menu lain korang bolehla tengok kat sini.Semua tu minuman yang boleh korang dapati dekat sini.

Actually sebelum makanan tu siap dihidangkan di meja korang, korang boleh pilih jenis sos yang korang nak di tepi kaunter bayaran

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai

Sementara tunggu menu sampai, umi nko memang ler nyempat snap sana sini.Janji snaplah katakan.

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai
izinkan mak anak ramai ni berwefie bersama anak-anak ye.

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai

Opps..sori nenek, ambil gambo begitu sekali mukanya.Umi nak bagitau kat korang, kalau makan kat sini, ambil seat yang bahagian luar tepi ni hah..Dengan lampu-lampu berkelip-kelip.Memang indah permai tau memalam bute gitu.Seronok oo suasana Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai

Lepas beberapa minit menunggu, sampailah makanan yang kami tunggu-tunggu.

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai

Sebahagian yang baru sampai.Yang ni umi mintak yang pedas.

Sambil makan sambil dengar live band

Ye korang.Korang yang suka tengok live band ni bolehlah makan kat sini, sebab umi tak sure samada live band tu hari-hari ke macam mana, tapi mereka akan ada live band dari satu band di sini tau.Korang nanti boleh rujuk pada page mereka yang umi akan sertakan linknya di bawah.

Dah kertu ni, jarang suka dengar live band bawa anak-anak ni. Umi serabut.Kang tak tenang umi nak makan…hahahaha…Tengok live band anak je dah puas hati mak ko nak oiii.

Makan di 833 Lok Lok & Bubble Tea Kota Masai
tempat selalunya live band,.Betul-betul pintu masuk restoran ni

Last but not least. insyallah umi akan repeat lagi makan lok-lok kat sini.Nampak seberang jalan depan kedai ni pun ada jual lok-lok jugak.Umi tak mencuba lagi.Nantilah kalau umi tergerak nak pi makan lok-lok, umi akan try.

Korang nak tau details pasal restoran 833 Lok Lok & Bubble Tea ni boleh follow ig dan fb diorang dibawah

INSTAGRAM | FACEBOOK

 

 

Loading

2 Comments

  1. Bestnya makan kat sini.Banyak pilihan. Rambang mata nak pilih. sistem letak makanan dia pun terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *