8 Tanda Korang ada Batu Karang | Kalau dengar pasal batu karang, kita sendiri risau samada kita mempunyai tanda-tanda ni apabila kita sakit bila nak kencing.
Mungkin kita silap dengan ketidakselesaan ini merupakan antara petanda yang wajar diperhatikan untuk penyakit ini.
Selain itu juga, sebenarnya wujud beberapa lagi tanda-tanda sakit batu karang.Sebelum tu meh kita baca apa itu penyakit batu karang.
APA ITU PENYAKIT BATU KARANG
Penyakit batu karang atau turut dikenali sebagai renal calculi adalah kondisi di mana wujud jisim pepejal berupa seperti kristal.
Jisim ini kebiasaannya berasal daripada buah pinggang namun boleh berkembang dan terjadi pada mana-mana tempat sepanjang saluran air kencing ada.
Antara bahagian yang kerap membentuk batu karang adalah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter dan uretra.
Ada 4 jenis batu karang yang bebeza boleh berlaku pada sekitar organ urologi termasuklah:-
- Batu Kalsium
- Batu Struvite
- Batu Cystine
- Batu Asid urik
Walau apa jenis sekalipun, ia tetap mengakibatkan rasa sakit yang keterlaluan terutamanya ketika sedang membuang air kecil.
Pun begitu, bukan itu sahaja simptomnya kerana wujud lagi beberapa tanda-tanda batu karang lain yang wajar diperhatian,
APA TANDA PENYAKIT BATU KARANG
Sekiranya kita menghidapi keadaan kesihatan ini, sudah tentu gejalanya akan melibatkan organ-organ urologi penderita.
Berikut adalah tanda-tanda sakit batu karang yang mungkin akan berlaku pada kita.Cuba check samada kita ada mengalaminya atau tidak
#1. Kesakitan pada sekitar alat sulit
Kesakitan yang dinamakan sebagai renal kolik ini adalah rasa sakit yang keterlaluan dan kerap dibandingkan dengan proses kelahiran bayi.
Ia akan berlaku pada kawasan di mana batu karang itu terbentuk termasuklah organ buah pinggang, pundi kencing, ureter atau eretra.
Ia disebabkan oleh pergerakan batu ini yang akan mula memasuki kawasan sempit lantas mengakibatkan penyumbatan pengaliran air kencing.
Kesakitan ini juga dikatakan turut akan melibatkan pelbagai kawasan sekitar yang lain termasuklah pada ari-ari, perut, pinggang dan punggung.
#2 Kesakitan semasa membuang air kecil.
Merupakan gejala yang paling umum dan biasa, penderita mungkin akan mengalami rasa sakit yang ketrlaluan ketika sedang kencing.
Turut dikenali dengan nama disuria, ada pelbagai sebab yang menyebabkannya termasuklah pembentukan batu karang pada organ urologi tertentu.
Sekiranya kita tidak tahu bahawa wujud batu dalam organ urologi, maka korang mungkin akan menyangka ia adalah jangkitan salur air kencing.
Disebabkan itu, kalian juga perlu lihat sama ada wujud atau tidak tanda batu karang yang lain berlaku pada diri sendiri.
#3. Kekerapan untuk kencing meningkat.
Batu karang yang terbentuk itu akan bergerak dari atas ke bawah melalui salur air kencing sehinggalah ia berada pada alat sulit.
Apabila ia sudah berlaku, maka anda akan dapati kekerapan untuk kencing akan meningkat secara mendadak tanpa mengira waktu.
Ada juga situasi di mana air kencing tertitis keluar dengan sendiri ekoran anda tidak sempat atau tidak mampu menahan untuk kencing lagi.
#4. Air kencing berdarah
Gejala ini turut dikenali sebagai hematuria dan ia merupakan antara tanda biasa jika anda terkena penyakit batu karang.
Darah yang keluar itu kebiasaannya berwarna coklat, merah atau merah jambu dan perlu diperiksa untuk mengesahkannya.
#5. Air kencing berbau
Selain berdarah, air kencing penderita penyakit batu karang juga akan berbau kuat dan busuk menandakan ada jangkitan.
Gejala ini turut dikenali dengan nama pyuria dan merupakan petanda bahawa bakteria sudah menjangkiti kawasan terbabit.
#6. Mengalami masalah kencing tidak lawas
Batu karang yang terbentuk terlalu besar boleh tersekat lantas tersumbat pada salur air kencing di alat kemaluan anda.
Ia seterusnya akan menjejaskan pengaliran air kencing sekali gus menyebabkan masalah kencing tidak lawas berlaku.
#7. Ketidakselesaan pada perut
Ketidakselesaan ini seterusnya akan membawa kepada masalah mual-mual dan muntah-muntah yang kerap berlaku pada penderita.
Ia adalah disebabkan oleh perkongsian saraf di antara organ buah pinggang serta saluran penghadaman yang terletak pada organ perut.
Ia juga adalah satu tindak balas semula jadi tubuh badan terhadap kesakitan yang dirasai akibat pembentukan batu karang ini.
#8. Demam
Akhir sekali, penderita mungkin akan mengalami peningkatan suhu tubuh badan yang selanjutnya akan menyebabkan kondisi demam.
Kebiasaannya, demam yang disebabkan oleh batu karang adalah bersuhu tinggi dengan sekitar 100.4˚F atau 38˚C malah juga mungkin lebih lagi.
Ia adalah komplikasi yang sangat serius dan memerlukan rawatan lanjutan sesegera yang mungkin.
Kalau ada simptom-simptom macam ni, buatlah check up dengan segera ye.
Nice sharing. Banyak jenis jugak batu karang ni. Ingatkan satu jenis je 😀