BLOG ILMIAH

8 Amalan Ketika Berwuduk

8 Amalan Ketika Berwuduk | Mungkin sebelum ni kita tahu apa amalan-amalan ketika berwuduk tetapi tidak menerapkan amalan tu.Apa kata mulai sekarang kita mulakannya

Apa yang baik kita ikut, apa yang tak baik kita tinggal.Mungkin dulu kita zero dalam bab ilmu agama ni.Tapi untuk menjadi insan yang lebih sempurna di mata Allah swt, banyak yang kita perlu baiki.

Nak hidup tenteram, nak hidup tenang, apa yang kita perbetulkan adalah solat kita.Bukan bermula dari solat je, malah dari kita berwuduk.Selagi kita hidup, selagi tu kita kena cari gali ilmu agama.

Bukanlah umi nak cakap diri umi ni bagus tentang ilmu agama.Jahiliah la jugak.Tapi tak semestinya kan kita tak boleh nak berubah.Kita makin hari makan di mamah usia.Semakin kita berusia, semakin kita nak menambahkan ilmu di dada.Khususnya tentang solat.

Umi copy paste dari facebook dan letakkan di entry ini untuk rujukan umi.

 

Ya Allah Jadikanlah aku dikalangan orang yang bertaubat dan jadikan aku daripada orang yang menjaga kesucian dan jadikan aku

8 AMALAN KETIKA BERWUDUK

Amalan ni kita lakukan ketika kita ambil wuduk :-

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan,

“Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan,

Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan
kanan ku ini“.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan,

Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di
tangan kiri ku ini“.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,

Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di
padang Masyar dengan Arasy Mu”.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,

Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan.

Ya Allah, Jangan gelincirkan kakiku ketika aku melintasi titian
Siratul Mustaqim nanti”.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,

Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat serta ampunlah dosa2 aku”.

Jom kita amalkan bersama-sama.

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *