PERUT MASUK ANGIN PUNCA DAN TIPS CONFIRM MENJADI

perut masuk angin

Kita kerap rasa perut masuk angin, rasa loya dan nak muntah kan bila perut penuh angin.Tidak tahu punca perut berangin tiba-tiba rasa tidak selesa pada badan.

Sebelum tu kenalpasti apakah itu perut berangin supaya kita boleh tahu cara menangani perut berangin ni.

APAKAH MAKSUD PERUT MASUK ANGIN

Gejalan ini berlaku apabila saluran gastrousus kita dipenuhi dengan udara ataupun gas.Ia membuatkan kita berasa seperti kenyang, perut penuh atau bengkak pada perut.

Perut juga mungkin akan berasa agak keras dan sakit.Selain itu, kita juga mungkin akan kerap mengalami sendawa dan perut turut berbunyi disebabkan oleh gas yang terkumpul.

 

APAKAH PUNCA TERJADINYA PERUT MASUK ANGIN

Ada beberapa punca yang menyebabkan perut ianya berlaku antaranya ialah:-

#1 Udara dan gas di dalam perut

Ini adalah punca yang biasa dan kerap berlaku.Gas biasanya terkumpul dalam perut terutamanya selepas kita makan.Pengumpulan gas dalam perut ini berlaku apabila makanan sedang dicerna atau sewaktu kita menelan udara ketika sedang makan atau minum.

Sebagai contoh, lebih banyak udara ditelan sekiranya kita makan atau minum dengan laju, mengunyah gula-gula getah atau merokok.

#2 Perut masuk angin disebabkan oleh beberapa keadaan kesihatan

Terdapat beberapa keadaan kesihatan  yang turut boleh menjadi punca kita mengalami kemasukan angin ke dalam perut antaranya ialah:-

  • Sindrom Iritasi usus(IBS)
  • Penyakit radang usus seperti kolitis ulseratif atau penyakit Crohn.
  • Gangguan gastrousus yang lain (FGID)
  • Pedih ulu hati
  • Intoleransi makanan
  • Kenaikan berat badan
  • Fluks hormon(terutamanya untuk wanita)
  • Giardiasis(jangkitan parasit usus)
  • Gangguan makan seperti anorexia nervosa atau bulimia nervosa.
  • Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kegelisahan, kemurungan dan lain-lain
  • Beberapa kesan pengambilan ubat-ubatan.
  • Pertumbuhan berlebihan atau kekurangan bakteria dalam saluran gastrousus.
  • Pengumpulan gas 
  • Pergerakan usus yang diubah
  • Transit gas terjejas
  • Refleks perut yang tidak normal
  • Hipersensitiviti viseral
  • Malabsorbsi makanan dan karbohidrat
  • Mengalami sembelit

#3 Penyebab daripada keadaan kesihatan yang lebih serius

Perut punca masuk angin juga boleh berpunca daripada beberapa keadaan kesihatan yang lebih serius berbanding keadaan kesihatan di atas termasuklah:-

  • Pengumpulan cecair patologi di rongga perut yang disebabkan oleh kanser, penyakit hati, kegagalan buah pinggang atau kegagalan jantung kongestif.
  • Penyakit seliak, atau intoleransi gluten
  • Kekurangan pankreas, yang menyebabkan pencernaan terganggu.
  • Saluran GI yang berlubang, yang menyebabkan pengeluaran gas, bakeria saluran GI normal dan kandungan lain ke dalam rongga perut.

#4 Apakah petua perut masuk angin yang boleh dilakukan

Terdapat beberapa petua perut yang boleh diamalkan .

7 TIPS KURANGKAN PERUT BERANGIN

1# Jangan makan terlalu banyak dalam satu-satu masa

Sekiranya korang sering makan dengan banyak dan menyebabkan perut rasa tidak selesa selepas makan, cuba kecilkan saiz hidangan.

2# Kenal pasti sebarang alahan atau intoleransi pada jenis makanan tertentu

Apabila ktia makan sebarang jenis makanan yang boleh menyebabkan intoleransi, ia akan menyebabkan penghasilan gas yang lebih banyak dalam perut lalu menyebabkan kembung perut.

Begitu juga jika kita mempunyai alahan terhadap jenis makanan tertentu.

Antara jenis makanan yang mungkin diambil perhatian adalah seperti laktosa, fruktosa, telur dan gandum.

3# Elakkan menelan udara dan juga gas

Sebagai contoh, elakkan pengambilan minuman bergas kerana minuman ini mengandungi gas karbon dioksida.

Gas daripada minuman ini akan keluar apabila cecair sampai ke bahagian perut kita.Selain itu, petua perut masuk angin yang seterusnya adalah elak aktiviti merokok, mengunyah gula-gula getah atau makan dengan laju.

4# Elakkan makanan yang boleh menyebabkan penghasilan gas yang banyak.

Sesetengah jenis makanan boleh menyebabkan penghasilan gas yang banyak dalam perut kita.Ini termasuklah jenis makanan yang tinggi kandungan serat seperti kekacang, lentil dan juga bijiran penuh.

5# Ambil suplemen enzim pencernaan

Petua perut masuk angin yang seterusnya adalah melalui suplemen enzim seperti Lactase atau Beano yang boleh didapati di farmasi.Ini bagi membantu mencernakan karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh perut.

6# Petua perut masuk angin dengan elak punca sembelit

Bagi mengelakkan sembelit, ambil lebih banyak sumber serat larut seperti avokado, brokoli dan juga keledek.

Selain itu, jika anda mengambil makanan yang kaya dengan kandungan serat, anda juga mestilah minum banyak air atau melakukan lebih banyak aktiviti fizikal agar tidak mengalami sembelit.

7# Petua perut masuk angin guna minyak pudina

Minyak pudina adalah salah satu bahan semula jadi yang dipercayai mampu mengurangkan kekejangan otot perut yang boleh menyebabkan kembung perut.

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa minyak pudina boleh mengurangkan simptom sindrom iritasi usus termasuklah kembung perut.

Kesemua cara-cara yang dinyatakan ini adalah mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan sebarang kos yang tinggi.

Oleh itu, perut masuk angin kini bukanlah satu perkara yang menjadi kerisauan pada masa akan datang.

Lepas ni kena tau punca kenapa perut masuk angin supaya mudah kita nak atasi dan cari penyelesaiannya.

 

 

1 Comment

  1. tak pernah nampak lagi minyak pudina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *