7 Sebab Anda Patut Makan Kurma

7 Sebab Anda Patut Makan Kurma | Selalunya kurma dimbil hanya bulan puasa sahaja kan? Kenapa diambil pada bulan puasa?Sebab untuk menambahkan tenaga semasa kita berpuasa.

Tapi sebaliknya, kurma bukan sahaja perlu diambil pada bulan puasa sahaja, malah di bulan biasa pun perlu diambil kerana banyak kelebihan makan buah kurma ni.

Bila korang baca 7 sebab korang patut makan kurma ni, confirm lepas ni kurma akan sentiasa ada di rumah korang.Tak caya jom kita baca sebab kenapa perlu makan kurma ni.

7 SEBAB ANDA PERLU MAKAN KURMA

7 Sebab Anda Patut Makan Kurma
1. Membuat Anda Bertenaga


Paling cepat diproses dan diserap, sekali gus memberikan tenaga segera.

Kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

Baca Juga: 11 jenis kurma yang popular

2. Kaya dengan serat dan potassium


Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu, kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3. Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin


Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

5. Penawar Racun


Diriwayat oleh Aishah RA, “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6. Merawat penyakit


Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7. Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

So,kalau korang belum amalkan pengambilannya, kena mulakan dari sekarang.kurma pun sekarang ni dah ditambah di dalam minuman tau.Nak dapatkannya pun mudah dah sekarang ni

Loading

14 Comments

  1. salam ramadhan # 23
    mmg byk khasiat kurma ni kan..tq share

  2. Sebab itulah ianya menjadi makanan sunnah… terlalu banyak khasiatnya..

  3. mmg satu family KA suka kurma ni hehehe

  4. kita dah jadikan juz kurma dan oats menu harian kita..memang best..

  5. oo kurma.. akak mmg tak bole mkn lah.. tak tahulha kenapa. hehhe tp kurna yg salut chocolate tu akak mkn. sedap kan..

  6. betul 2..stuju..rasulullah pn amalkan sbb byak khasiat..sy lbih suka kurma kering dn putik =)

  7. cik siti memang suka kurma….nyummehhh btw thanks for sharing about kurma ni

  8. kurma memang banyak khasiat. tapi kite masih tak makan kurma. tak boleh telan. hehe

  9. Baik! Masa untuk habiskan kurma bulan puasa haritu yang belum habis hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *