7 Resepi kek Span Ikut Sukatan Cawan

7 Resepi kek Span Ikut Sukatan Cawan

7 Resepi kek Span Ikut Sukatan Cawan| Kalau korang tak pandai nak agak sukat guna penimbang, ikuti resepi mudah pasti jadi. Kalau tak jadi buat lagi sampai jadi.Kalau tetamu datang, senanglah nak hidang kek sedap air tangan sendiri

Sesekali nak juga menjamu tetamu ni kek sedap dan mudah kita nak buat di rumah.Paling mudah kek yang boleh kita buat adalah kek span.

Kalau dulu, hari raya je mesti mak akan buat kek span ni.Zaman sekarang nak jumpa kek span ni sangatlah senang.Kedai runcit biasa pun ada jugak diorang jual.Paling tidak pun umi akan buat kek pisang gebu yang anak-anak suka.

Tapi sesekali nak menjamu keluarga kan, mestilah nak berikan yang terbaik hasil air tangan sendiri.Lagi berkat dan yang paling penting puas hati dapat makan banyak.Anak-anak pun suka kalau kek span ni.Paling diorang suka kek span pandan.Selalu sangat beli di kedai kek.

Baca juga : Resepi butir nangka

Jadi umi bantu korang himpunkan 7 resepi kek span ikut sukatan cawan yang boleh buat di rumah sebijik macam beli kat kedai.Nak?

Himpunan 7 Resepi kek Span Ikut Sukatan Cawan

 

#1 RESEPI KEK SPAN VANILA IKUT SUKATAN CAWAN

Bahan-bahannya :-

  • 2 biji telur gred B
  • 1/2 cawan gula ( boleh kurangkan kalau taknak manis)
  • 1/2 sudu besar Ovalett
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan minyak jagung/biasa
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan susu cair

Cara Membuatnya :-

  1. Kisar telur, gula, ovalett dan esen vanilla hingga kembang dan putih
  2. Masukkan minyak jagung ke dalam adunan telur
  3. Ayak sekali tepung gandum dan baking powder.Masukkan ke dalam adunan tadi dan adun sehingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan susu dan kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati semua adunan.
  5. Lapik loyang dengan baking paper.
  6. Tuang adunan dan bakar pada suhu 170 selama 30-35 minit(bergantung kepada oven masing-masing

Credit : Siti Hadirah

Baca juga : Cara buat wafle sendiri macam kat kedai

#2 RESEPI KEK SPAN PANDAN GEBU DAN SEDAP

7 Resepi kek Span Ikut Sukatan Cawan

Bahan-Bahan

  • 3 biji telur *
  • 1/2 cawan gula *
  • 1 sudu besar ovalette *
  • 1 sudu teh esen pandan *
  • 3/4 cawan tepung self rising *
  • 1/4 cawan santan pekat (santan kara) *
  • Sedikit pewarna hijau*
  • Secubit garam*
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara Memasak

  1. Satukan bahan bertanda * dan pukul hingga putih gebu.
  2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.
  3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 @ 6 yang telah di sapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper
  4. Bakar dalam ketuar selama 35-40 minit dengan suhu 180C.Guna api atas bawah
  5. Sedia untuk dinikmati

Credit : Imah Rahman

#3 Resepi Kek Span Coklat terlajak gebu

7 Resepi kek Span Ikut Sukatan Cawan

Bahan-Bahan

Bahan A

  • 5 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh cream of tartar

Cara-cara

Putar putih telur hingga berbuih.Kemudian masukkan gula dan cream of tartar.Pukul sehingga kental dan bertanduk.Ketepikan sebentar

Bahan B

  • 5 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan  tepung kek
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan susu cair
  • secubit garam
  • 1 sudu teh perisa coklat/coklat emulco
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

Pukul sebati hingga berkrim

CARA MEMASAK:-

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160c
  2. Lapik loyang dengan baking paper dan sapu dengan majerin.
  3. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B.Sebatikan dengan mengaup balikkan adunan hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 70 minit menggunakan kaedah double boiler.
  5. Siap untuk disediakan.

Credit : Imah Rahman

#4 RESEPI KEK SPAN MARLBE

7 Resepi kek Span Ikut Sukatan Cawan

Bahan-Bahan

  • 3 biji telur *
  • 1/2 cawan gula *
  • 1 sudu makan ovalette *
  • 1 sudu teh esen vanilla *
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1/4 cawan susu cair*
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan serbuk koko

CARA MEMASAK

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.Kemudian masukkan semua bahan yang bertanda * dan pukul hingga putih gebu.Masukkan minyak dan gaul rata.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian campur dengan koko dan sebahagian lagi dibiarkan dengan warna asal.
  3. Tuang adunan kedalam loyang bersaiz 5 atau 6 yang telah disapu dengan mentega atau yang dilapik dengan baking paper.
  4. Tuang adunan secara berselang seli untuk mendapatkan corak kek yang berbelang-belang
  5. Bakar pada suhu 170-180c selama 35-40.Gunakan api atas bawah bergantung kepada ketuhar masing-masing.
  6. Setelah kek masak, sejukkan dahulu sebelum di potong

#5 RESEPI KEK SPAN SUNQUICK

7 Resepi kek Span Ikut Sukatan Cawan

Bahan-Bahan

  • 1 cawan buttercup ( 250gm sebiji buttercup)
  • 1 cawan gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan sunquick
  • 11/2 cawan tepung gandum – di ayak
  • 1/2 sudu teh baking powder – di ayak
  • Hirisan limau sunkist _ optional

Cara Memasak:-

  1. Pukul gula dan buttercup sehingga gebu.Kemudian perlahankan mixer dan masukkan telur satu persatu.Gaul sebati
  2. Masukkan esen vanilla dan sunquick.Gaul sehingga sebati.
  3. Tutup mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kaup menggunakan spatula sahaja.Jangan terlebih gaul sebab takut nanti kek tak lembab
  4. Masukkan ke dalam loyang bulat saiz 8 dan bakar dengan suhu 160-170 dalam 45 minit.
  5. Siap untuk dihidangkan

credit to : Sofea Omar

#6 RESEPI KEK SPAN GULA HANGUS

Bahan-bahan 

  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air panas
  • 3 cawan tepung gandum – di ayak
  • 4 atau 5 biji telur ( bergantung pada saiz telurnya)
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 camca teh baking powder – ayak bersama dengan tepung gandum di atas
  • 1 camca teh soda bikarbonat – ayak bersama dengan tepung gandum di atas
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 camca teh Quick 75 / Ovallete – tak letak pun takpe..kalau letak kek maintain je gebunya..he.he
  • 1 camca besar marjerin / mentega

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masak gula atas api kecil till keperangan.
  2. Masukkan air panas dan kacau sehingga gula larut dan warnanya lebih gelap (hangus). Biarkan sejuk.
  3. Pukul susu dan marjerin
  4. Masukkan telur, esen vanila dan Quick 75 / Ovallete *. Kacau sebati.
  5. Masukkan tepung (yang telah diayak). Kacau sebati.
  6. Masukkan gula hangus yang telah disejukkan. Kacau lagi hingga sebati semuanya.
  7. Lenserkan loyang dengan marjerin dan tepung. Tuangkan adunan di atas. Bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam atau kukus selama 3 jam
  8. Siap untuk dihidangkan

#7 RESEPI KEK SPAN CHEESE

Bahan-Bahan

  • 11/2 cawan tepung kek
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 keping cheese cheedar
  • 5 biji telur
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3/4 cawan minyak

Cara membuatnya

  1. Masukkan susu dan  cheese sampai larut di dalam periuk dengan api yang sederhana.Ketepikan
  2. Pukul semua bahan untuk buat kek kecuali minyak.Pukul sampai betul-betul gebu.
  3. Masukkan susu dan cheese tadi dan pukul lagi.Kemudian baru masukkan minyak.Pukul lagi selama 3 minit
  4. Masukkan dalam loyang dan masukkan ke dalam oven.Bakar selama 45 minit 170c.
  5. Siap dihidangkan

Kalau nak tambah Ising

1 cawan krim well
1 cawan shortening
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 tin susu pekat manis
sedikit filling blueberry dengan buahnyer~hias mengikut citarasa.

kredit resepi ini kepada Yaya Hizam

So, this weekend umi ingat nak buat kek span pandan sebab bahan pun dah ada kat rumah tu, si Auni memang suka kek span pandan.

Baca juga : 20 resepi kuih muih sedap dan mudah disediakan

 

Loading

1 Comment

  1. Nanti bolehlah mencubanya, semaunya senang ajeee nengok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *