7 PERKARA YANG PERLU KITA TAHU BILA ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID

7 PERKARA YANG PERLU KITA TAHU BILA ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID | Menjadi pengalaman pertama umi apabila anak perempuan semakin membesar ialah dengan kedatangan haid dan juga tumbesaran lainnya.

Kalau nak diikutkan, memanglah kita ada pengalaman melalui fasa kedatangan haid, tetapi anak-anak sekarang yang umi lihat kedatangan haid mereka lebih awal dari kita yang dahulunya.

Betul atau tidak?

 Rata-rata bila umi bertanya dengan kawan-kawan yang mempunyai anak-anak meningkat dewasa, pada usia 10 tahun mereka dah datang haid.Jadi kita ni sebagai ibu kena sentiasa peka dengan perkembangan anak perempuan.Jadi umi ambil sedikit info untuk diri umi sendiri dan readers yang mungkin tidak tahu apa yang perlu kita ketahui tentang perkembangan anak-anak perempuan mereka ni.

7 PERKARA YANG PERLU KITA TAHU BILA ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID

7 PERKARA YANG PERLU KITA TAHU BILA ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DATANG HAID

Pertama kali mesti anak kita akan berasa kekok dalam perubahan yang berlaku dalam diri mereka, tetapi ktia sebagai ibubapa kena bantu mereka untuk mengatasi kekeliruan yang sedang anak kita alami.Kadang-kadang mereka sendiri tak tau apa yang perlu mereka buat bila pertama kali mereka datang haid kan.

1.Atasi Ketakutan dan Rasa Malu

Bila berkaitan dengan perubahan tubuh mereka, ianya sesuatu yang normal bagi peringkat usia tersebut.

Jadi kita perlu bersedia untuk mendengar dan membimbing anak-anak dalam hal-hal kesihatan reproduktif dan seksualiti.Ramai ibu bapa sendiri yang tidak tahu dan malu untuk membincangkan isu ini.

Untuk mengelakkan topik yang dapat membuat anak berasa malu atau janggal, mulakan perbincangan sebagai sebuah proses biologi yang ringkas.

Contohnya,

” Dalam usia kakak ni, biasanya akan berlaku perubahan pada tubuh.Kakak ada perasan tak apa-apa yang membuatkan kakak rasa tak selesa?”

Jadi selalulah bertanya dan menjawab soalan anak-anak kita supaya mereka tidak mendengar atau bertanya kepada orang yang tidak sepatutnya.

2.Kepentingan Menjaga Kesihatan

Seterusnya, pergi pula kepada topik penjagaan kebersihan diri, contohnya,

  • Berapa lama haid akan keluar
  • Bagaimana hendak menghadapinya
  • Bagaimana hendak memakai tuala wanita
  • Jika datang tiba-tiba di sekolah, apa yang perlu dilakukan
  • Apa yang perlu dihindarkan semasa datang haid.

Selain itu, kita bincangkan juga tentang hal berkaitanseperti pemakaian baju dalam, deodorant, pencukur dan sebagainya.Apabila datang bulan rutin kebersihan diri menjadi bertambah penting.

Kita sebagai ibu kena ada “sikap terbuka” untuk topik ini dan tidak perlu malu.Bahkan, ia menunjukkan sisi praktikal yang dapat difahami oleh anak kita.Walaupun ia nampak remeh, tidak semua anak perempuan remaja mengetahui bahawa semua penjagaan ini tidak seharusnya diambil ringan demi kesihatan mereka.

3.Sediakan Barang Keperluan

Jika sebelum ni kita selalu keluar shopping bersama sekeluarga, ambil sedikit masa untuk keluar berdua sahaja dan pergi mendapatkan barangan peribadi wanita.Jika selama ini anak perempuan hanya dibesarkan oleh ayah, cuba dapatkan seseorang untuk menemani mereka seperti ibu saudara, sepupu atau rakan yang kita percayai.

Dengan cara ini, ianya lebih mudah untuk menerangkan kepada anak perempuan tentang keperluan barangan tertentu yang digunakan oleh wanita.

4.Perubahan Emosi dan Persoalan dalam fikiran

Selain perubahan pada fizikal, perubahan emosi  juga akan dilalui oleh anak remaja.Mereka ini kadangkala boleh berfikiran matang, tapi ada saatnya bersikap keanak-anakan.Dalam tempoh peralihan ini, pasti ada ibubapa yang keliru samada patut berinteraksi dengan mereka seperti dewasa mahupun kanak-kanak.

Ini kerana dalam usia ini mereka memerlukan seseorang untuk menjawab pelbagai persoalan dan mendengar luahan mereka, bukannya seseorang yang menghukum mereka.Apabila anak gadis berasa selesa berkongsi cerita dengan ibu bapa, kepercayaan akan terbina dan mereka akan lebih mudah mendapatkan sumber maklumat yang betul daripada ibu bapa berbanding rakan-rakan atau sumber internet yang tidak diketahui asalnya.

5.Batasan Pergaulan dan Aurat

Apabila anak mula memasuki alam akil baligh, peranan ibu lebih mencabar dalam menjaga batasan pergaulan mereka serta memelihara keselamatan dan maruah diri.Dalam tempoh ini, ramai anak perempuan mula tertarik dengan rakan lelaki mereka atau ada yang semakin obses dengan artis lelaki.Semua ini adalah normal.

Ajarkan anak memakai pakaian yang sopan, menutup aurat, dan tidak terlalu terdedah.Fahamkan mereka akan kepentingannya untuk berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, ibu bapa juga harus cuba berfikiran terbuka dan menerima bahawa usia remaja adalah usia untuk mereka mencuba sesuatu yang baru.Oleh itu, jangan terlalu ekstrem dan mendadak dalam menetapkan peraturan mahupun fesyen yang disukai oleh anak.

6.Menjelaskan Cara Mandi Wajib

Sebagai agama yang syumul, Islam juga mengajarkan cara mandi wajib atau mandi hadas setelah seseorang suci daripada haid.Ajarkan kepada anak remaja dengan cara yang jelas melalui buku agama bergambar untuk menjadikan semula pada masa akan datang.

Di samping itu, lengkapkan pengetahuan anak tentang perkara-perkara yang boleh aau tidak boleh dilakukan ketikan haid.

7.Peka dengan Teknologi

Ibu bapa zaman kini juga tiak boleh ketinggalan dan perlu peka dengan perkembangan teknologi terkini yang menguasai dunia.Tak salah untuk kita belajar serba sedikit menggunakan aplikasi seperti facebook, twitter dan sebagainya agar dapat memantau aktiviti anak remaja di laman sosial.

Banyak kes yang mengejutkan apabila personaliti anak remaja berubah 360 darjah walaupun di hadapan ibubapa mereka kelihatan innocent dan mendengar cakap,Kadangkala anak remaja suak berahsia dan lebih selesa berkongsi denga rakan atau di laman sosial.

 

Semoga perkongsian ni boleh la umi terapkan untuk si kakak ni.Sekarang ni pun ada juga beberapa perubahan fizikal yang telah berlaku pada kakak.Sekarang ni pun dia banyak bertanya berkaitan dengan perubahan yang dia alami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *