7 MINUMAN BAIK UNTUK JANTUNG | Nak jantung kekal sihat amalkan minuman yang baik untuk jantung selain dari senaman yang cukup untuk kuatkan jantung kita
Kopi dan teh juga tersenarai didalam 7 minuman baik untuk jantung ni.Mungkin ada diantara kita yang mengatakan bahawa air kosong sahaja yang bagus untuk menjaga jantung kita kan? Bagaimana pula air yang lain.
Dan apa jenis minuman lagi yang bagus untuk jantung? Hah..Itu kenalah baca sehinga habis entry ni kan?
Selalunya bila kita bercakap mengenai penjagaan jantung, pastinya kita ia akan melibatkan aspek pemakanan sahaja kan? Dan apabila berkaitan minuman yang menyihatkan jantung, hanya air kosong yang terlintas di fikiran.
Ini kerana tubuh kita amat memerlukan air.Bahkan kebanyakkan organ utama terdiri daripada air termasuklah jantung.
Sebahagian besar tindak balas kimia yang berlaku dalam sel tubuh juga memerlukan air.Ia juga membantu darah membawa nutrien ke seluruh badan.Tetapi adakah terdapat pilihan air yang lain?
7 MINUMAN KESIHATAN UNTUK JANTUNG
Sebenarnya selain daripada air kosong sebagai pilihan utama dalam keperluan cecair harian kitan, terdapat minuman lain yang boleh diamalkan.Jom tengok apakan 7 minuman baik untuk jantung.
#1 AIR BUAH SITRUS
Menambah potongan air buah sitrus seperti lemon atau oren yang tinggi nutrien ke dalam minuman bermanfaat untuk jantung.Ini kerana, ia mengandungi antioksiden flavoniod yang baik untuk jantung.
Pengambilan jus sitrus ni adalah sebagai minuman kesihatan untuk jantung setiap hari turut membantu menurunkan tahap tekanan darah dan faktor risiko penting untuk penyakit jantung.
Kekal hidrat penting untuk fungsi jantung dan jika dehdrasi, ia berisiko meningkatkan masalah kardiovaskular, termasuklah strok.
#2 SUSU
Susu rendah lemak atau susu soya merupakan minuman alternatif yang baik dalam menjaga jantung.
Jika memilih susu soya, sebaiknya dapatkan yang diperkaya dengan kalsium
#3 JUS DELIMA ANTARA MINUMAN KESIHATAN JANTUNG
Buah delima adalah buah yang baik untuk jantung.Antioksidan istimewa di dalamnya membantu mencegah pengerasan dan penyempitan arteri yang membawa darah ke jantung.
Selain dapat menurunkan tekanan darah, buah ini turut dilengkapi dengan polifenal-mikronutrien yang membantu menurunkan keradangan dan merangsang peredaran darah.
#4 TEH
Merupakan minuman yang dapat mengurangkan risiko strok, beberapa barah dan penyakti jantung.
Ia mengandungi fitonutrien-bahan kimia tumbuhan yang dikenali sebagai flavonoid yang terbukti baik untuk kesihatan jantung dengan mengurangkan keradangan dan penumpukan pada arteri.
Teh hijau dan hitam turut mengandungi jumlah kafein lebih sederhana daripada kopi dan boleh dijadikan pilihan yang baik bagi individu yang sensitif dengannya.
#5 KOPI
Dianggap minuman kesihatan jantung kerana yang minum antara 3 hingga 5 cawansehari menunjukkan risiko penyakit jantung strok dan kegagalan jantung lebih rendah.
Situasi itu disebabkan kandungan kafein dalam kopi bersifat antioksidan dan antiradang.
Namun sebaiknya hadkan pengambilan kopi harian anda kerana meminumnya dengan terlalu banyak boleh menyebabkan kegelisahan.
Elakkan juga menambah krimer tinggi lemak tepu, gula dan kalori kosog
#6 JUS TOMATO
Jus tomato kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu melawan penyakit jantung.Ia tingi vitamin C dan E, zat besi, magnesium dan kalium diperlukan tubuh untuk memastikan aliran darah dan menyingkirkan natrium tambahan.
Ia merupakan sumber likopen luar biasa-antioksidan yang membantu menguatkan arteri, mengurangkan kolestrol dan risiko penyakit jantung.
#7 TEH MATCHA
Merupakan sejenis teh hijau yang mengandungi kadar epigallocatechin gallate( EGCG) tinggi – sebatian polifenal dalam teh yang mempunyai sifat antioksidan dan antiradang kuat.
Dianggap sebagai minuman kesihatan untuk jantung terbaik kerana EGCG membantu mencegah aterosklorosis – penumpukan zat berlemak pada dinding arteri dan dapat mngurangkan kerosakan sel.
Dan itu dia 7 minuman untuk kesihatan jantung.Apa pula minuman yang bahaya untuk jantung kita?Jom kita lihat 4 jenis minuman bahaya untuk jantung.
4 JENIS MINUMAN BAHAYA UNTUK JANTUNG
#1 SODA
Kandungan gula tinggi dalam soda yang meningkatkan risiko penyakit jantung merupakan penyebab utama serangan jantung.
#MINUMAN TENAGA
Minuman tenaga menyebabkan risiko penyakit jantung dengan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan irama jantung tidak normal.
Gejala tidak sihat ini biasanya dapat dilihat pada mereka yang mengambil minuman tenaga dalam jumlah yang banyak dalam tempoh singkat atau mencampurkannya dengan alkohol atau bahan lain.
#3 ALKOHOL
Alkohol bukanlah minuman kesihatan untuk jantung kerana boleh mengakibatkan wujudnya pelbagai penyakit terutamanya berkaitan jantung.
Ia boleh berlaku kepada lelaki dan wanita.Namun wanita yang kerap mengambil alkohol lebih berisiko tinggi terkena penyakit jantung.
#4 MILKSHAKE
2 Komponen utama dalam minuman ini yang menyebabkan ia berbahaya untuk keishatan jantung iaitu gula dan lemak tepu.
PENTINGNYA MENGETAHUI MINUMAN KESIHATAN UNTUK JANTUNG
Mengetahui jenis-jenis minuman baik dan yang tidak baik membolehkan kita mengawal apa yang akan diminum.
Bagi senarai minuman yang tidak baik itu adalah disarankan untuk kita menghindarinya.Walau bagaimanapun, jika kita sukar untuk terus menyingkirkannya, mulakan dengan mengurangkan jumlahnya secara perlahan-lahan dan kadar pengambilan dalam sehari
Macam umi ni dah kurangkan sikit pengambilan kafein.Tapi tulah kadang-kadang rasa teringin membuak-buak tu, ambillah juga walau pegambilannya tak banyak macam dulu.
Semenjak dah berusia ni kena kurangkan pengambilan garam dan gula sebab sekarang ni banyak betul penyakit yang datang kalau kita tak jaga kan?