Bawa anak-anak ke Jeti Kongkong Laut

Bawa anak-anak ke Jeti Kongkong Laut | Hujung minggu hari tu sempatlah ajak babah dan anak-anak ke sini.

Actually antara rumah umi nak ke Kongkong ni takdelah jauh sangat.Kalau korang nak tau apa yang ada di Kongkong ni sebenarnya selain dari mendapatkan hasil tangkapan laut, ada juga chalet di mana korang yang kaki pancing tu boleh menikmati keindahan malam di Chalet Terapung di Kongkong ni.

 

Korang jugak boleh makan malam di Kong kong chalet Terapung kat sini.Korang yang gemar Seafood wajib cuba.Nanti umi pun nak bawa anak-anak makan kat sini.

So, pagi tu sajelah bawa anak-anak ke sini menikmati keindahan pagi di jeti Kongkong tu.Plan kononnya nak bersarapan di sini.Tapi perut dah lapar, makan jelah di kedai berhampiran rumah.Memandangkan lambat keluar rumah, jadi kita jalan-jalan jelah.Tengok ikan dekat jeti tu pun dah cukuplah.Bawa anak-anak ke jeti Kongkong laut sajalah untuk isi masa diorang di hari minggu.

 

Yelah nak berikan quality time bersama keluarga.Disebabkan umi dan babah ni bekerja, jadi ini jelah masa yang kami ada untuk anak-anak.Umi dan babah pun tak sama hari cuti.Jadi hari sabtu merupakan hari yang bagi umi adalah hari bersama keluarga.

 

Hari sabtulah hari yang umi dan babah luangkan masa banyak dengan anak-anak.So, bawalah mereka berjalan-jalan walaupun dekat.

Dari apa yang umi baca di blog Hellodoktor, masa bersama keluarga walaupun kurang diberi perhatian ianya boleh mempengaruhi tahap kesihatan pasangan dan anak-anak secara menyeluruh.

Kemajuan teknologi maklumat yang memberi kesan kepada perubahan corak kehidupan manusia turut mengubah dinamik hubungan dalam sesebuah keluarga.

7 Manfaat luang masa pada keluarga

 

 

Nak tau apa dia 7 manfaat tu jangan lupa baca sampai habis ye.Sekadar berkongsi pengetahuan untuk korang dan umi juga.

#1 Memperkukuhkan hubungan antara ahli keluarga

Apa yang anda perlu sedar adalah kuantiti tidak akan menjamin keutuhan ikatan silaturrahim antara ahli keluarga.

Fokus utama perlu diberikan kepada kualiti masa bersama mereka. 

sumber : Hellodoktor

Nak jadi ibubapa yang hebat bukan mudah.Tak seperti mudahnya hanya dengan berkata-kata.

Apa pun umi harap sangat anak-anak umi jadi anak-anak yang tidak bermasalah dikemudian hari.

Doa sentiasa moga dipermudahkan Allah swt dalam mendidik mereka.

Loading

2 Comments

  1. betul, bila lepas bawa anak2 ke mana2, mesti perasaan happy lain macam 😉

  2. Cantiknya permandangan dari jeti kongkong laut ni. Seronok juga dapat makan hasil tangkapan laut yang fresh kat sini. Budak budak mesti seronok explore tempat diluar kebiasaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *