7 Jenis tuntutan Isteri Selepas Perceraian

7 Jenis tuntutan Isteri Selepas Perceraian

7 Jenis tuntutan Isteri Selepas Perceraian | Jangan takut untuk menuntut hak selepas perceraian wahai si isteri.Ketahui jenis tuntutan yang boleh dituntut selepas bercerai dengan si suami.Itu baru tuntutan untuk isteri sahaja, belum lagi tuntutan hak untuk anak lagi.

Umi bukanlah pakar tentang hal-hal ni.Tetapi memandangkan umi mencari info tentang apa yang boleh dituntut oleh isteri selepas bercerai dengan si suami.Info ni umi cari berikutan kes orang yang dekat dengan umi berhadapan dengan masalah ni.

Perceraian bukan bermakna masa depan seorang wanita tu terus gelap.Cuma kita memerlukan kekuatan dalam diri.Mungkin umi tak berada di tempat seorang isteri yang diceraikan, tetapi sebagai seorang wanita, kita kena kuat.Perlu ada kekuatan demi anak-anak.

Janganlah disebabkan perceraian anak-anak menjadi mangsa dan kita menjadi tidak tentu arah sehingga anak diabaikan dan diri sendiri dalam kebingungan hingga membuat sesuatu yang mungkin akan merosakkan diri sendiri.

Tiada pasangan yang berkahwin inginkan perceraian sebagai noktah kisah cinta romantik mereka.Sepatutnya kebahagian yang tercipta semasa baru mula-mula berkahwin terus kekal hingga ke akhir hayat.Tapi siapalah kita untuk menidakkan kuasa Allah yang menentukan ajal maut dan jodoh manusia ni.

Baca Juga : Kejujuran dalam Hubungan Suami Isteri

Daripada perkongsian Peguam Syariah  iaitu Puan Rabiatul Adawiyah iaitu peguam Syariah ada menegaskan tentang hak-hak isteri selepas bercerai untuk rujukan korang.

Beliau menegaskan bercerai bukanlah sesuatu yang diimpikan oleh pasangan yang berkahwin, namun setelah mencari jalan penyelesaian tetapi tetap buntu, sudah tentu jalan terbaik adalah berpisah.

Walaupun telah berpisah, isteri berhak menentukan jalan hidup sendiri selepas berpisah.

Umi kongsikan tentang hak isteri selepas perceraian hasil maklumat di artikel kashoorga ini ye.

7 Jenis tuntutan Isteri Selepas Perceraian

Allah swt telah berfirman:

Tempatkanlah mereka (para isteri)di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka.

 

Dan jika mereka(isteri-siteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil,maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu(anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkahlah antara kamu(segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh meyusukan (anak itu) untuknya.(surah At-Talak:6)

Apabila pihak-pihak yang dari perkahwinan yang sah telah dibubarkan perkahwinan samada telah dibubarkan perkahwinan tersebut melalui tuntutan perceraian atau fasakh oleh si isteri atau telah diceraikan oleh si suami samada di luar Mahkamah mahupun dengan kebenaran Mahkamah.

Maka apabila sesuatu perceraian itu telah disabitkan sebagai SAH tiada mana-mana perintah Mahkamah yang telah mengisytiharkan sebagai Nusyuz, maka si isteri ini diberikan hak mutlak yang dibenarkan syarak dan undang-undang untuk membuat tuntutan sepertimana di bawah :

1# NAFKAH IDDAH

Nafkah Iddah ini hanya boleh dituntut selama mana wanita tersebut ada tempoh iddahnya.Namun bagi wanita yang tidak diarahkan untuk beriddah oleh Mahkamah sebagai contoh wanita yang belum disetubuhi oleh si suami sepanjang tempoh perkahwinan tidak ada tempoh iddah.

Ini kerana tujuan tempoh iddah ini adalah bagi memberi ruang kepada pihak-pihak untuk ruju’ kembali dan bertujuan bagi memastikan rahim wanita tersebut bersih dari kandungan.

2# NAFKAH TEMPAT TINGGAL

Tempat tinggal adalah wajib disediakan dalam tempoh Iddah Rajie(yang boleh diruju’).Ini adalah kerana dalam tempoh tersebut, pihak-pihak diberi ruang sekiranya ingin menyambung kembali (Ruju’) ikatan perkahwinan

Merujuk di dalam Dalil Nabi Muhammad saw yang bersabda

Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya – (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)

3# NAFKAH MUTAAH

Mutaah ialah sejumlah harta yang mana suami wajib berikan kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami

Ini adalah dinyatakan dalam Al-Quran mengenai Mutaah:

“Kepada wanita-wanita yang diceraikan(hendaklah diberikan oleh suaminya)Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertaqwa”.(Surah Al-Baqarah : 241)

#4 HARTA SEPENCARIAN

Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan yang sah oleh suami dan isteri tersebut.Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.

#5 TUNGGAKAN NAFKAH

Tunggakan nafkah ialah nafkah yang telah diabaikan oleh suami dalam tempoh perkahwinan kepada isterinya.Ianya menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar serta boleh dituntut.

#6 HAK JAGAAN ANAK

Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.Mengikut Hukum Syarak dan Undag-Undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil(di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan)

#7 NAFKAH ANAK

Sekiranya dalam tempoh perkahwinan pihak-pihak mempunyai anak tak kisahlah berapa ramai sekalipun, maka si ibu boleh menuntut sejumlah wang kepada bapa anak-anak tersebut mengikut keperluan anak dalam kadar yang wajar.

Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami.Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama, tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.

DIMANAKAH TUNTUTAN INI BOLEH DIBUAT OLEH ISTERI YANG DICERAIKAN

Bagi memastikan prosedur tuntutan ini sah disisi undang-undang, isteri boleh menuntutnya di Mahkamah Syariah andai kata bekas suami seolah lepas tangan,

Bagaimanapun menurut peguam Rabiatul, tuntutan ini adalah hak isteri samada hendak tuntut atau sebaliknya, tetapi ia hanya melibatkan tuntutan hak isteri sahaja.

Begitulah tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat oleh si isteri yang diceraikan.

Part nafkah anak tak boleh la kita nafikan jugak.Itu adalah hak anak selepas pasangan bercerai.

Sebab tu bila tengok kes perceraian ni, kita akan tengok betapa strugglenya pasangan mencari rezeki demi memenuhi keperluan dalam kehidupan.

Selagi boleh diselamatkan, kita selamatkanlah rumahtangga yang dibina.Fikir kembali apa tujuan kita berkahwin.Pandang muka anak-anak sebelum membuat keputusan yang akan mengecewakan mereka.Kesian pada mereka yang terpaksa berpisah dengan salah seorang ibu atau bapanya.

Semoga artikel ini dapatlah membantu mereka yang memerlukan.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Jangan hanya kerana nafsu, kita lupa tanggungjawab pada pasangan dan anak-anak.

Semoga cepatlah berakhir kemelut mereka.Umi yang melihat ni pun rasa sedih. Inikan pulak anak-anak dia..

 

Related Posts

2 thoughts on “7 Jenis tuntutan Isteri Selepas Perceraian

  1. Betul kesemua di atas, cumanya pastikan harta yang ditinggalkan tu terus pergi ke waris.. sebab kalau harta di faraidkan, memang tidaklah semuanya ke wariskan..
    Jadi amiklah Hibah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *