7 Chef 7 Kawah Sajian Dapur Ayahanda Tunamaya Desaru Buffet Ramadhan mengetengahkan menu ketam masak lemak cili api, pucuk manis campur labu kuning,ayam masak merah, rendang burung puyuh, kepah masak nyonya dan daging masak hitam.
Kemain meriah kan sajian untuk tahun ni.Kalau korang berada di sekitar Johor Bahru dan sesekali nak ubah angin untuk berbuka puasa di tempat yang sda pantai, bolehlah masukkan Tunamaya Desaru & Beach Resort ni kerana tempat ni adalah antara tempat berbuka puasa di Johor yang selalu je full house.
Kalau tak booking awal-awal memang tak dapat merasalah vibe tepi pantai ya.Yelah,sambil berbuka puasa, dengar pulak bunyian ombak tu rasa tenang ya.
Umi suka betul dengan daging masak hitam ni,memang cukup rasa rempah pada menu ni tau.
Pucuk manis campur labu kuning ni pun sedap rasanya.Kalau korang peminat burung puyuh,mesti cuba masakkan rendang burung puyuh.Yang biasa makan burung puyuh ni, akan tau sedap ke tidak.Bagi umi bila dah dicsmpur dengan pelbagai bahan dalam masakka, takde pun bau burung puyuh yang pada umi akan rasa lain dengan ayam.Tak taulah umi nak cakap macam mana.Sebab tu sebelum ni umi tak menggemari sangat burung puyuh ni.Dekat Tunamaya nilah umi cuba lagi untuk makan dan rasanya sedap.
Pada tahun ni, bukan sahaja menu 7 kawah sahaja yang menarik perhatian umu, malah sup tulang gearbox kat sini sedap.Makan pulak dengan nasi rab.Memang tak ingat mak mentua lalu.hahaha.
Bukan tu je uols, korang boleh jugak try rojak singapore,bubur lambuk,kambing dan sotong kangkung.Lain macam betul sajian yang disediakam oleh Chef Faris untuk tahun ni kan.
Nampaknya setiap tahun la meriah bila berbuka puasa kat sini.
Ada juga disediakan live station untuk pasta.Jadi bila tiba-tiba teringin nak makan western kan, bolehlah order dan makan panas-panas.Kat sini suasana malam dia cantik, tu yang suka sangat kalau berbuka puasa kat sini.
Jom tengok apa lagi menu yang dihidangkan chef untuk berbuka puasa nanti.
