7 CARA HILANGKAN KEKOTORAN PADA BAJU SEKOLAH

7 CARA HILANGKAN KEKOTORAN PADA BAJU SEKOLAH

7 CARA HILANGKAN KEKOTORAN PADA BAJU SEKOLAH | Pergi sekolah kemain cantik lagi, balik dah macam belacan pada baju putih sekolah.

Punyalah kan menyental setiap hari baju sekolah anak, kalau boleh nak tukarkan baju baru setiap hari.Nasib baik tak kaya.Kalau kaya pun tak boleh jugak hari-hari tukar baju baru.Boleh jadi bankrup mak pak kan.

Inilah yang selalu ibu-ibu runsingkan bila baju anak terkena warna, coklat, dinding hitam dan sebagainya.Naik angin jugaklah bila nampak baju tu kotor.Rasa nak menjerit bila tengok baju anak-anak macam belacan.Naik stress kan hari-hari kalau macam ni

Baca juga : 4 tips tingkatkan fokus anak dalam pembelajaran

Kalau baju sekolah ni, hari-hari nak kena sental.Yelah, anak yang baru darjah 1 hingga darjah 3 atau darjah empat ni jaranglah dia risaukan baju dia yang kotorkan.Bila ditanya mulalah jongkit bahu.Nak taknak mak is pasrah bila terpaksa menyental baju putih tiap-tiap hari.

Jangan risau, mungkin beberapa tips dibawah ni boleh bantu ibu-ibu untuk membersihkan baju anak-anak dengan mudah.Mudah tu takdelah mudah sangat, masih lagi kena kerjakan baju tu jugak.Lain la korang ada black magic, petik jari terus jadi.

Meh umi kongsikan beberapa tips cuci baju sekolah agar bersih.Boleh juga cuba tips ni pada pakaian lain

7 CARA HILANGKAN KEKOTORAN PADA BAJU SEKOLAH

#1 SABUN MANDI

7 CARA HILANGKAN KEKOTORAN PADA BAJU SEKOLAH

Ini antara tips yang ramai ibu-ibu guna untuk mencuci kekotoran di baju anak-anak.

Caranya ialah :

Basahkan dahulu keseluruhan baju dan gosokkan sabun mandi yang jenis buku di bahagian yang terkena kotoran.Gunakan berus baju yang lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor tadi dan selepas tu cucilah baju itu seperti biasa.

#2 SUSU PEKAT

Kesan dakwat pen pada baju amat payah nak dihilangkan dengan hanya membasuh begitu sahaja.Jadi untuk menghilangkan kesan dakwat pen, ambil tiga sudu susu pekat dan campurkan sedikit bersama air.Alihkan bancuhan tadi ke atas kesan dakwat pen dan biarkan selama satu jam.Selepas itu cuci seperti biasa.

#3 PERAHAN LIMAU

Perahan limau mampu memutihkan baju yang terkena kotoran.Rendamkan baju di dalam baldi dengan air bersih.Pastkan baju terendam sepenuhnya.Ambil satu atau dua biji lemon dan perahkan ke dalam rendaman baju tadi.Selesai perah, masukkan lemon tadi ke dalam rendaman dan kacau rata,Rendam selama 10 minit dan lakukan cucian seperti biasa.

#4 LIMAU NIPIS

Jika ada baju yang terkena lunturan dari baju lain, eloklah gunakan limau nipis untuk menghilangkannya.Caranya ialah dengan merendam baju dalam air panas.Ambil beberapa biji limau nipis bergantung kepada berapa banyak baju yang terkena lunturan itu tadi.Perah limau nipis ke dalam air panas yang mengandungi baju tadi.Campurkan sedikit sabun.Kacau rendaman dan biarkan selama satu jam.Selepas itu basuh seperti biasa.

#5 MARJERIN

Untuk pakaian yang terkena minyak,gunakanlah marjerin.Ini kerana marjerin adalah sejenis lemak tepu.Carany ialah dengan menyapukan sedikit marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan selama beberapa minit.Sebelum mencuci, sediakan air suam dan rendam baju tadi ke dalam air suam untuk dibersihkan sepenuhnya sapuan marjerin tadi.Cuba beberapa kali jika kesan minyak masih ada.Selepas itu cuci seperti biasa.

#6 CECAIR PENCUCI PINGGAN

Untuk pakaian yang terkena sambal korang boleh menggunakan cecair pencuci pinggan terus pada kotoran tersebut.Sapu rata dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.Kemudian cuci baju seperti biasa.

#7 TEPUNG

Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian.Campurkan beberapa sudu tepung dengan air.Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang terkena minyak.Biarkan seketika dan selepas itu boleh dicuci seperti biasa.

Hah, itulah dia antara 7 cara hilangkan kekotoran pada pakaian terutama pakaian sekolah.Jadi ibu-ibu lepas ni dah tak perlu risau dah kalau pakaian anak terkena kotoran.

Yang penting kena cepat-cepatlah basuh.Selalunya rendam dengan klorok je, tapi kalau dah hari-hari kan, mau menipis baju tu lama-lama kan?

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *