6 Tips Mesti Ibubapa ikut bila benarkan anak bermain gadget

Assalamualaikum
Zaman sekarang kan,semua nak ada gadget.Kekadang tu bila tengok budak yang sekolah tu pun dah ada gadget,lebih mahal dari yang kita ada..Mybe ikut kemampuan ibubapa diorang untuk belikan anak mereka gadget kot.
Ada yang ibubapa setuju tentang pemberian gadget kepada anak mereka.Dan ada yang tidak membenarkan pemberian gadget kepada anak mereka.Mereka mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memberikan dan memberi gadget kepada anak mereka.
Bagi aku pula,pemberian adakalanya perlu,tetapi perlu sangat-sangat pantauan dari ibu bapa.Ada masa tertentu untuk diberikan kepada mereka.Tapi bila nak beri gadget kepada anak,perlulah berpada.Perlu juga berwaspada supaya ia tidak menjuruskan mereka ke arah kecelaruan emosi,gejala sosial dan banyak lagi.
Sekiranya ibubapa sedang memikirkan sebuah gadget untuk dibelikan kepada anak mereka,lebih baik semak dahulu tips berikut agar gadget yang dibeli itu berbaloi untuk perkembangan anak dan dalam masa yang sama tidak membawa keburukkan kepada anak kita.
Dari pembacaan aku disini,ada 6 Tips Ibubapa mesti ikut bila membenarkan anak bermain gadget.

1.Pilih Gajet yang sesuai dengan keperluan
Sebagai peringkat pengenalan,cukup sekadar pilih gajet yang asas dengan harga yang berpatutuan sahaja.Apatah lagi jika ia hanya digunakan untuk bermain game dan belajar sahaja.Tak perlu membeli tablet atau komputer riba dengan spesifikasi tinggi yang sudah tentu mahal harganya.
2.Beli gajet tahan lasak.
Pilih gajet yang tahan lasak untuk digunakan oleh anak.Ada banyak pilihan gajet yang tahan lasak,kalis air dan kalis debu di pasaran,.Jika perlu beli aksesori tambahan untuk melindungi skrin dan badan peranti kelak.
3.Harga bersesuaian
Sudah tentu faktor harga menjadi aspek utama yang dipertimbangkan apabila membeli gajet.Pilihlah yang mampu dimiliki dan tidak membebankan serta mempunyai spesifikasi yang sesuai untuk si kecil.
4.Pilih Gajet tanpa simkad
Kanak-kanak biasanya menggunakan gajet hanya untuk bermain permainan interaktif dan melayari internet.Sebaiknya pilih  gajet yang tidak menggunakan sim kad.Ia dapat mengurangkan risiko anak-anak mengakses internet yang berpotensi memberi kesan negatif kepada mereka.
5.Gajet dengan ciri masa
Biasanya kanak-kanak mudah leka setiap kali mereka bermain gajet.Oleh itu apa kata pilih gajet yang menyediakan ciri-ciri yang boleh menghadkan masa penggunaannya.Dengan cara ini,ia membantu anda mengawal anak menggunakan gajet tersebut.
6.Gajet untuk tujuan pendidikan
Sebaiknya pilih gajet yang khusus untuk kanak-kanak.misalnya yang ada aplikasi pendidikan seperti membaca,mengenal huruf,mengaji dan banyak lagi.Kanak-kanak lebih cenderung menyukai sesuatu yang lebih berwarna dan interaktif untuk menambah minat mereka untuk belajar.

Itu dia tips yang perlu kita amalkan untuk anak-anak kita.Bagi aku kalau nak bagi anak yang bersekolah,bagilah yang sederhana,tak perlu yang mewah.Ingat balik tujuan kita memberikan gadget tu untuk apa kan.
Bagi Nur awfiyah,papa dia baru belikan dia gajet yang berharga rm120.Walaupun nampak murah,bagi aku 2 minggu jugak tu duit lauk kan.
Kat dalam tablet tu,hanya ada video Phonic song,upin ipin dan juga didie & friends..Tu jelah setakat ini yang ada dalam tablet awfiyah tu.Kalau game tu dia bukan pandai main..Tu pun tak taulah bolehtahan sampai bila ..Kita tengokkan aja.
Tengok jelah bila dia dapat tab…memang syok habis..kalau ada umi dia ,memang tak kasi dia berseorang macam tu.Dah duduk jauh,kenalah dia berdikari juga..
Tetiba umi rindu pulak kat dia..tunggu esok umi balik ye sayang

Loading

9 Comments

  1. Memang kena yg tahan lasak, klu tak sekejap je jahanam huhu… mmg kena pantau juga kan..

  2. Budak kecik ngan tablet ni mmg x boleh berpisah, kecik2 dah pandai x mcm kita dulu but bak kata siti lah kita perlu sentiasa monitor

  3. Style duduk. Sejak anak dah jatuhkan ipad, bapak dia cadang nak beli yang murah2 je. Budak tu tahu tengok youtube dan main game toca boca.

  4. anak Fiza pun pantang npk phone mama dia.. berebut tu.. adoi.. dah zaman dia kan nak gune gadget.. cuma kita kene rajin pantau..

  5. Gajet bagus utk pembelajaran. Bagi tengok cerita dan lagu kanak2 dlm bahasa ingeris..dgn sendiri dia boleh menguasai bahasanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *