50,000 sarapan pagi untuk warga Malaysia!

50,000 sarapan pagi untuk warga Malaysia|Lengkapkan sarapan anda dengan susu No 1*, Dutch Lady pada bulan Oktober ini!

Terdapat banyak sebab mengapa sarapan pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga. Tetapi sekiranya tidak, ada yang akan membantu! Bulan Oktober ialah Bulan Sarapan Dutch Lady dan jenama susu No. 1* ini akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma! Dapatkan sarapan percuma di stesen-stesen LRT di Lembah Klang mulai 21 hingga 31 Oktober

 

Dutch Lady Malaysia menyarankan rakyat Malaysia melengkapkan keperluan nutrien harian mereka untuk bersarapan dengan segelas susu. “Sarapan merupakan makanan pertama yang kita nikmati setelah berpuasa selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan yang terakhir.

Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian” kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Terbukti terdapat banyak kebaikan dengan mengambil sarapan. Kanak-kanak dan remaja yang biasa mengambil sarapan pagi lebih cenderung mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan  kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi.1

 

Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan sebanyak 1.34 kali akan mempunyai berat badan berlebihan2 berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat.3 Sarapan pagi juga mengisi perut anda dan membantu mengelakkan daripada makan berlebihan atau memakan snek kemudiannya.

Walaupun terdapat banyak kebaikan untuk makan sarapan pagi, ramai memilih untuk mengabaikannya. Ini adalah kerana waktu pagi biasanya merupakan masa paling sibuk untuk kebanyakan keluarga dan orang dewasa yang bekerja. Bagi penduduk bandar khususnya, bangun awal untuk berebut menaiki komuter atau mengharungi kesesakan lalu lintas adalah penting semata-mata untuk sampai ke sekolah dan ke tempat kerja tepat pada masanya. Menurut Kajian My Breakfast, 1 daripada 4 kanak-kanak Malaysia berumur 6 hingga 17 tahun tidak mengambil sarapan sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu.2


Keadaan ini selalunya disebabkan oleh masa yang tidak mencukupi untuk menyediakan atau makan sarapan pagi. Menurut Kajian Sarapan Sihat Asia Pasifik, sebab utama rakyat Malaysia mengabaikan sarapan ialah kekurangan masa dan usaha yang diperlukan untuk menyediakan sarapan pagi.4 Menariknya, 75% responden membuat keputusan tentang sarapan berdasarkan kesinangan dan kelapangan waktu, sementara 39% adalah berdasarkan manfaat kesihatan, manakala nilai pemakanan menerima pertimbangan paling rendah pada 37%.

Walaupun mudah untuk mengabaikan pengambilan sarapan pagi, tetapi ianya penting untuk memulakan hari dengan hidangan yang padat dan penuh dengan nutrisi sebagai keutamaan kita. Malah, sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan sarapan pagi dengan segelas susu.

 

“Susu adalah salah satu minuman yang mempunyai nutrisi paling lengkap. Ia disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian

daripada diet seimbang harian kita di bawah Piramid Makanan Garis Panduan Diet Malaysia,” kata Ramjeet.


Ramjeet terus menekankan bahawa rakyat Malaysia masih kurang mengambil susu yang diperlukan untuk mendapat nutrisi berkhasiat. “Menurut Kajian Nutrisi Dewasa Malaysia 2014, orang dewasa hanya mengambil 0.4 gelas susu setiap minggu berbanding dengan cadangan Garis Panduan Pemakanan Malaysia, iaitu sebanyak 1 hingga 3 gelas sehari.5 Kanak-kanak pun lebih kurang begitu juga, kerana berdasarkan SEANUTS, kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu sehari, hanya 5% kanak-kanak sahaja sebenarnya yang memenuhi kuantiti yang disarankan, iaitu mengambil dua hidangan susu setiap hari”

 

Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia untuk meningkatkan nutrisi sarapan mereka dengan segelas susu pada bulan Oktober ini! Bersempena dengan Bulan Sarapan Dutch Lady, Dutch Lady akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan PERCUMA yang mengandungi susu dan bijirin di 10 stesen LRT mulai 21 hingga 31 Oktober, dari pukul 6 hingga 11 pagi! Mulakan hari anda dengan susu Dutch Lady, dimana sahaja anda berada!

 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang tarikh dan lokasi (stesen LRT) untuk mendapatkan sarapan percuma anda, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau https://www.dutchlady.com.my/events.php.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *