2.Gunakan Kaedah Sampul
Selepas menyenaraikan perbelanjaan contohnya untuk membeli pakaian anak-anak.Misalnya budget untuk baju anak-anak rm500.so masukkan rm500 tu siap-siap ke dalam sampul.Jika kita mempunyai anak lebih dari seorang,boleh la agih-agihkan juga budget untuk seorang,contohnya
budget baju along-rm150
Budget baju angah -rm100
budget baju adik-150
Dan seterusnya.
3. Tetapkan masa yang selesa
Pilihlah masa yang paling selesa untuk anda sekeluarga keluar untuk shopping.Jika berbelanja pada bulan puasa,pilihlah pada waktu pagi(orang yang pertama masuk kedai)atau pada waktu malam.Beritahu anak kecil sehari sebelum berberlanja,dan ketika sudah mahu keluar dari pintu rumah,apakah tujuan keluar rumah,berapa lama yang diperlukan,supaya mereka dapat memberikan kerjasama ketika membeli belah.Emosi ibu bapa tak terganggu sebab anak-anak kecil pun tidak berapa nak meragam.
4.Pilih kedai yang menawarkan harga yang menarik.
Sebelum nak berbelanja tu,perlulah survey shopping mall mana yang memberikan atau menawarkan harga yang terbaik untuk keperluan sekeluarga.Jadi tak lah masuk banyak shopping mall semata-mata untuk survey harga kan.
5. Tinggalkan kad kredit atau kad debit untuk mengelakkan wang berlebihan di guna pakai.
Betul tu kan..Selalunya kalau kita tak buat budget awal,akan terjadilah terpaksa keluarkan duit lagi dari atm atau menggunakan debit.
Begitulah beberapa tips yang perlu kita sama-sama lakukan untuk mengelakkan diri kita boros di zaman ekonomi sekarang ni.Bersederhanalah dalam perbelanjaan.Rasanya tips ni selalu jugak aku gunakan setiap kali hari raya.Aku lebih suka beli sikit-sikit.Sebab nak sekaligus membeli untuk anak-anak tu tak mungkin kot.Yelah..gaji pun bukannya besar.Kalau nak harapkan sebulan gaji untuk settlekan keperluan semua tu memang tak mencukupi.kalau dapat bonus sebelum raya pun dah cukup memadai..syukur…

time dri awal kena prepare..huhu