5 TIPS MUDAH RUMAH SENTIASA KEMAS WALAUPUN ADA ANAK KECIL

5 TIPS MUDAH RUMAH SENTIASA KEMAS WALAUPUN ADA ANAK KECIL

5 TIPS MUDAH RUMAH SENTIASA KEMAS WALAUPAUN ADA ANAK KECIL | Umi bukanlah seorang yang hebat dalam bab kemas rumah, tapi bila nampak rumah yang sentiasa nampak kemas dan tersusun walaupun mereka anak ada kecil, tertanya-tanya jugak, macam manalah kan dia berjaya mengekalkan rumah dengan segala perabot yang kita rasa bila anak kita, confirm boleh pecah segala jenis mak nenek perabot yang ada unsur bahan kaca tu.

Ini semua sebab pergi marhaban, tapi suka telek rumah orang.hahaha.Bukan nak menyibuk ke apa, cuma kadang-kadang terinspirasi dengan semangat diorang dalam bab kekemasan rumah dan susun atur yang diorang buat dalam rumah tu je.

Lebih hairan bila diorang ada anak kecil, tetapi boleh susun atur perabot yang pada kita risau untuk letak di ruang tamu dan sebagainya.Itu belum lagi bab kekemasan dan cara mereka dalam membersihkan rumah.Umi pun takdelah pengotor sangat biarkan rumah berhabuk tu semua.Walaupun rumah biasa-biasa je, tetapi paling tak suka rumah kotor dan bersepah.

Mungkin apa yang diterapkan dalam 5 tips mudah rumah sentiasa kemas walaupun ada anak kecil ni kita boleh praktiskan kepada sesiapa yang nak mula.Mak umi selalu pesan, biar rumah kecil macam mana pun, kalau kemas akan nampak rumah tu besar dan bersih.Dan selalu jugak dia pesan, pastikan rumah tu sentiasa bersih supaya takdelah nanti malaikat taknak masuk rumah kita.

Dan ada juga dia pesan kat umi dengan adik-adik dulu, kemas rumah, mana tau ada kematian dan sebagainya, bila ada orang datang takdelah rumah tu nampak kotor.

Jadi jomlah kita amalkan 5 tips ni bagi memudahkan kita mengemas rumah tanpa rasa penat yang melampau.

5 TIPS MUDAH RUMAH SENTIASA KEMAS

#1 Kemas ruang tamu pada tengah hari dan malam

Ruang tamu memang menjadi tempat yang selalu kita diami selain dari bilik.Dan disitu jugaklah tempat permainan anak-anak.Bukan itu sahaja, bantal sofa pun bertaburan bila diorang dah mula bermain.Jadi kita perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari.

Pertama ialah pada menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari,kita dah melihat ruang tamu yang bersih dan kemas.Selalunya umi memang suka kemas pada waktu malam bila anak-anak dah tidur.Kalau diorang masih bermain, dan masa tu kita nak mengemas, memang jadi hulk la jawapannya kan.

#2 Kemas Katil

Kemas katil dan bilik sebaik bangun tidur.Takyah la tunggu sampai tengahari baru nak kemas tempat tidur.Biasakan kemas tempat tidur sebaik bangun tidur.Jangan malas.hahahah..Selimut tu paling peting untuk katil kelihatan kemas.

#3 Lipat Baju sebaik Baju diangkat dari Ampaian.

Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu menjadi punca rumah nampak bersepah.Jadi jangan biarkan baju kotor dan baju bersih bertimbun baru nak kemas.Masa tu mood mengemas pun boleh terbantut.

#4 Jangan biar singki penuh

Samalah juga dengan pinggan mangkuk.Jangan penuh singki baru nak membasuh.Setiap kali lepas makan, basuh pinggan terus.Umi memang pantang kalau pinggan sebiji pun takleh basuh.Kadang-kadang cawan sebiji pun bebudak ni tinggal je dalam sinki.Padahal punyalah senang nak basuh cawan tu.Tu yang rasa nak piat telinga sensorang tu.

#5 Pastikan Kaunter dapur sentiasa dibersihkan

Biasalah kan kalau lepas memasak tu, lebihan minyak dan sambal mesti akan terpercik dekat luar.Jadi selepas memasak tu, jadikan ia sebagai rutin untuk dibersihkan setiap kali selepas memasak.

 

Itu yang paling basic lah yang perlu kita buat.Untuk yang habuk-habuk tu selalunya seminggu sekali atau dua minggu sekali kita kena bersihkan.Ikut tahap kebersihan rumah korang la macam mana.Umi ni disebabkan rumah tepi, kadang-kadang kerap juga mengemop dan buang segala habuk.Nak-nak di area tingkap tu. Memang cepatlah habuk menempel.

Kalau dah malas sangat atau takde masa nak buat semua tu disebabkan kerja dan sebagainya, korang ambiklah sorang maid untuk memudahkan kerja korang.Jadi bab bersih-bersih ni bagi je kat diorang.Nak cari maid tak susah ye korang, korang cari jelah kat maid agency petaling jaya.Semua diorang boleh uruskan dan yang paling penting maid diorang dah dilatih siap-siap untuk buat kerja rumah.

Hah. mudah ke mudah.Itu terpulang pada korang.Ingat rumah kena sentiasa bersih bukan sahaja sebab yang umi sebutkan kat atas tu, tetapi juga ia adalah terapi untuk jiwa kita.Bila rumah bersih, maka kita yang melihatnya boleh memberikan mood yang baik untuk kita.betul tak?

So apa lagi? dah kemas rumah ke belum tu..hahahha

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *