5 Tempat Menarik di Pulau Pangkor Dalam Wishlist

5 Tempat Menarik di Pulau Pangkor Dalam Wishlist

5 Tempat Menarik di Pulau Pangkor Dalam Wishlist | Berangan tu percuma kan? Mana tau satu hari nanti dapat pergi ke sini

Bila gambar throwback Staycation umi di Langkawi 7 tahun lepas lalu di timeline facebook, terus rasa rindu nak bercuti lagi bawak family semua.Lama betul tak bercuti di Negeri orang ni.Yelah, semuanya tergendala dek kerana Pendemik ni.

Tapi bila Kerajaan kata Pelancongan dah dibuka, rasa nak pergi ke Pulau Pangkor pulak.Destinasi percutian yang dah lama juga umi idamkan untuk bawa anak-anak ke sana.

Kalau tengok gambar-gambar yang kawan-kawan umi share tu cantik betullah pantai dia.Bukan takat pantai je, banyak lagi tempat menarik yang ada di Pulau Pangkor ni.Jom kita tengok nama-nama tempat yang menjadi wishlist umi apabila umi nak bercuti di Pulau Pangkor tu nanti.

5 Tempat Menarik di Pulau Pangkor Dalam Wishlist

#1. Sunset View Chalet

Kalau bawa anak-anak ke sini mestilah diorang suka.Apa taknya bila ke sini, anak-anak berpeluang memberi burung enggang makan.Masa nilah kita nak ajar anak cintakan alam dan haiwan-haiwan seperti enggang ni yang jarang sangat dapat dilihat di sini.

#2. Pangkor Laut Resort

Kali pertama umi tengok gambar pulau ni, umi tertarik betul dengan suasana tempat ni.Nampak sangat menenangkan.Seronokkan dapat bercuti jauh dari hiruk pikuk bandar.Janji dapat dengar bunyi lautan dan burung-burung tu dah best sangat.Siapalah kan yang tak sukakan pantai.Nak-nak pantai di sekitar Pangkor ni.Memang semuanya cantik-cantik belaka.Pangkor Laut Resort ni mempunyai panorama yang sangat cantik tau yang semestinya menjadi salah satu wishlist ramai orang untuk datang ke sini

 

#3. Masjid Terapung Pulau Pangkor

Betullah orang kata,Masjid terapung bukan hanya di Terengganu, malah di Pulau Pangkor pun ada tau.Masjid ni dibina pada 7 mac 2014. Masjid Al-Badr 1000 Selawat ini adalah hasil inspirasi daripada Menteri Besar Perak.

Dalaman masjid ini sangat indah dengan pelbagai jenis dekorasi unik dan menarik. Diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid. Kos pembinaan masjid ini adalah RM11.6 juta dan siap pada tahun 2016. Datanglah ke sini untuk menghayati hasil seni islamik yang masih segar lagi di masjid ini.Dan ini adalah salah satu wishlist umi untuk bawa anak-anak ke sini.

#4 Pulau Giam

Pulau Pangkor memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik.Antara Pulau yang umi berkenan sangat nak pegi adalah Pulau Giam. Pulau ini terletak bersebelahan degan Pulau Mentagor, dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Ya memang banyak tempat nak dilawati di Pulau Pangkor ni, semuanya indah-indah belaka.

#5. Teksi Merah Jambu

Jaranglah nampak teksi merah jambu di Johor ni.Umi rasa zaman umi kecik-kecik dulu adalah kot.Dan umi pun tak pernah lagi naik teksi sekarang ni.Teringin kan nak naik kereta sewa legend ni.Merah jambu pulak tu.And of course teksi merah jambu ni masih ada ye di Pulau Pangkor.Ke mana-mana tak perlu risau, teksi merah jambu ni boleh bantu kita untuk ke pergi ke destinasi yang umi dah senaraikan di atas.

Kalau ikutkan banyak lagilah tempat yang umi nak teroka.Tapi kalau dapat cuti lama lagilah syok kan.Banyak lagi ni tempat-tempat yang cantik di Pulau Pangkor yang boleh kita teroka kan.

Tak payah fikir nak keluar Negara kalau dalam Negara ni pun kita tak habis pusing.Lagi sekarang ni Hotel-hotel di Malaysia ni menawarkan harga yang berpatutan untuk kita bercuti.Bukan itu je, hotel ni jugak menawarkan satu pengalaman yang berharga dengan suasana persekitaran hotel-hotel yang didekorasi dengan cantik tu, memberikan kita pengalaman yang sangat luar biasa.

Jadi itulah 5 Tempat Menarik di Pulau Pangkor Dalam Wishlist umi yang umi dah plan.Doa bebanyak moga dapat dipenuhi dalam masa terdekat ni.Jangan termimpi-mimpi pasal percutian ni dah la kan?

 

Loading

2 Comments

  1. Kalau terbawa bawa dalam mimpi tu, memang kena pergi secepat yang mungkin dah hahaha.
    5 tahun belajar di perak tapi tak pernah pernah sampai pulau pangkor ni. Entah bila lagi boleh pergi hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *