5 TEMPAT MENARIK DI IPOH YANG BOLEH KORANG TERJAH dan yang pastinya tempat-tempat yang bersejarah dan mempunyai tarikan port ootd.Yang ni pasti orang suka.Sambil berootd, sambil belajar sejarah.
INi umi bercerita tentang pengalaman umi semasa bercuti di Ipoh setahun yang lalu.Ada beberapa tempat menarik di Ipoh yang umi terjah dan umi kongsikan disini.
5 TEMPAT MENARIK DI IPOH
#1 LOST WORLD HOT SPRINGS & NIGHT PARK
Paling best kalau datang ke sini malam.Banyak acara dengan lampu neon disekelilingnya menambahkan lagi keseronokkan bersama keluarga.Selain dari bermandi di kolam air panas, ada juga kolam-kolam lain untuk kanak-kanak dan dewasa.Tak sempat umi nak bergambar di dalamnya disebabkan orang terlalu padat ketika cuti tahun lalu.
Selain tu jugak korang boleh bawa anak-anak korang untuk melihat binatang-binatang yang ada di zoo.Pada malam hari disini ada pertunjukkan dari kaum Malayana.Boleh tengok orang bermain api.Menakutkan tapi menghiburkan.Hah sape berani keluarkan api dari dalam mulut silakan.
#2 GUA TEMPURUNG
Gua tempurung juga antara tempat menarik di Ipoh yang perlu korang terjah.Nak ke sini, sebaiknya pakailah kasut yang sesuai.Lagi bagus kalau datang ke sini dengan berpakaian biasa dan mudah untuk bergerak.
Nak tahu lebih lanjut tentang Gua Tempurung korang boleh lihat entry ni.
#3 TASIK CERMIN IPOH
Tasik Cermin ini juga merupakan salah satu tarikan pelancong dan menjadi tempat menarik di Ipoh.Tasik cermin ini terletak di Gunung Rapat, Ipoh.Ia tersembunyi di kawasan pergunungan dan dikelilingi oleh gua-guia batu kapur dan tasik ini sangat istimewa.
Untuk korang yang sukakan alam sekitar seperti ini pastinya akan tertarik untuk datang ke Tasik Cermin ini.
#4 Kellie’s Castle
Semasa di Perak, Kellie’s Castle adalah antara tempat yang ingin umi lawati.Of course salah satu tempat menarik di Ipoh yang mempunyai banyak sejarah ini selalu dijadikan tempat OOTD pelancong yang datang.Walaupun hanya melihat istana Kellie’s yang sudah lama ditinggalkan, tetapi senibina istana ini sangat unik.
Korang boleh terjah entry umi di Jalan-jalan Kellie’s Castle
#5 TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
Kalau dari jauh memang dah nampak dah signboard gunung lang ni.Tak plan untuk ke sini, tetapi disebabkan ia berdekatan dengan tempat penginapan kami, maka kami datang kesini untuk meninjau bagaimana agaknya pemandangan di Gunung lang.Taman Rekreasi Gunung Lang ni juga antara tempat menarik di Ipoh.
Korang yang sukakan suasana alam sekitar, Gunung Lang ini adalah tempatnya.Keseronokkan membawa anak-anak menaiki boat untuk ke Taman rekreasi yang tidak jauh dari tempat korang naik boat.

Suasana Hutan kehijauan ni boleh buatkan mata terasa segar ye.
Disinilah tempat pelancong diturunkan dan korang boleh terus ke taman rekreasi dan berootd disekitar sini.Cumanya untuk anak-anak takdelah keseronokkan apa-apa.
Cuma korang boleh beli makanan ikan dan bagi ikan makan je.
tulah diantara 5 tempat menarik di Ipoh yang boleh korang terjah.Selamat bercuti ke Perak korang!
setahun dah berlalu kenangan cuti2 malaysia ke ipoh.. syok betul.