5 Syarat Nak Ajak Anak 5 Tahun Membaca | Mesti ramai yang nak anak mereka untuk pandai membaca seawal 4 tahun lagi kan?
Boleh.. Tapi umi tak rasa benda tu mudah untuk kita buat kan? Yang penting kita adalah CIKGU di awal usia mereka yang mengajar anak membaca.Betul tak?
Itu belum proses membaca lagi.Umi memang takde kaedah paksaan untuk anak-anak umi membaca walaupun hati umi ni memberontak nak suruh anak membaca, apatah lagi menulis seawal usia mereka lagi.
Proses tu memang sangat susah kalau kita tak praktikkan dari sekarang.Dah ramai juga ibu bapa yang berjaya untuk buat anak mereka pandai membaca dan mengenal huruf seawal usia anak-anak tu lagi.Tapi kena tengok cara macam mana didikan mereka dari anak mereka kecil.
Kalau Naura, sekarang ni dia boleh belum membaca lagi.Lebih kepada menghafal perkataan yang umi selalu ajarkan kepada dia.Walau umi ni takde langsung latarbelakang sebagai pendidik, at least umi adalah belajar dari group umi yang dikalangannya cikgu yang mengajar anak dari rumah.Maknanya Homeschooling dari rumah jelah.
Hari tu kan kecoh pasal anak tak pandai membaca kan?Perlu kita ajar anak kita membaca seawal usia gitu?
Occupational Therapist iaitu Puan Aisyah Rozalli ada mengatakan di status fb beliau kenapa agaknya ada pendekatan yang mahu anak boleh membaca menjelang usia 7 tahun?
Apa yang diberitahu, pada usia 7 tahun, kemahiran logik dan rasional anak akan berkembang dengan sangat pesat.
Anak 7 tahun sudah mula pandai mengaitkan pengalaman luar(iaitu dari bahan bacaan) dengan dirinya.
Pendek kata, masuk usia 7 tahun, anak-anak yang sudah pandai membaca ni akan mula menguasai kemahiran kefahaman teks pula.
Sebab tu ramai anak bawah 6 tahun,masih punya kemahiran kefahaman membaca yang agak rendah, walaupun sudah boleh membaca.Otak mereka belum bersedia, tetapi tidak bermakna kita tangguhkan kemampuan membaca mereka.
Kita boleh je ajar anak membaca, tapi sebagai ibubapa kita tak boleh nak expect anak-anak kita akan faham apa yang mereka baca.Bila mereka masuk ke usia 7 tahun, dengan adanya kemahiran membaca, anak kita akan mula belajar perkaitna dan rasional teks bacaannya.
TETAPI, semua tu kena ikuti 5 syarat yanag perlu kita ketahui untuk ajar anak kita membaca seawal usia 5 tahun.
5 SYARAT NAK AJAK ANAK 5 TAHUN MEMBACA
1.PASTIKAN MILESTONE PERKEMBANGAN ANAK SEIRING DENGAN USIANYA
Kalau sibuk ajar anak membaca, tapi anak tu bercakap pun belum jelas, melompat pun belum cermat, settlekan dulu kemahiran asas. Baru fikirkan membaca.
2.PASTIKAN ANDA TIDAK SET JADUAL YANG TERLALU PADAT & PANJANG.
Elakkan dari set masa sampai 1 jam untuk latih anak membaca. 15 minit tu pun dah cukup dah untuk anak 5 tahun. Selebihnya? Biar mereka main.
3.PASTIKAN ANDA KENAL PASTI “ENJIN” ANAK ANDA KETIKA MAHU DIAJAK MEMBACA
Anak-anak ni ada enjin tau. Kalau enjin tengah tinggi, nak ajak duduk memang susah. Nanti boleh trigger stress pada anak-anak. Pastikan tengok dulu “enjin” anak masa anda nak ajak anak membaca. Kalau nampak anak sedang termotivasi untuk duduk, masa tu lah ambil peluang ajak baca sepatah dua suku kata.
4.SET DALAM MINDA ANDA UNTUK TIDAK PAKSA, TAPI DEDAH
Berikan anak pendedahan awal kepada aktiviti pra-membaca (baca point 5) dari usia 3 tahun. Maka, anda sudah dedahkan anak dengan kemahiran yang mengukuhkan keperluan asasnya untuk belajar membaca kelak.
Membaca awal sepatutnya tiada masalah JIKA anda sudah sediakan anak anda dengan kemahiran pra-membaca. Kalau tak pernah dedahkan, terus-terus paksa anak duduk belajar baca. Tu yang buat anak stress tu. So, check MILESTONE anak. Sebab bila anak ikut milestone perkembangan dengan baik, masuk usia 4-5 tahun tu, anak memang sudah bersedia untuk didedahkan dengan asas fonik.
5.PASTIKAN ANDA FAHAM KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PRA-MEMBACA
Pastikan anak ikut MILESTONE bahasa, kognitif, daya perhatian, kemahiran sensori motor seiring usianya.
Antara kemahiran pra-membaca termasuk:
– Keupayaan anak membezakan bunyi
– Keupayaan anak untuk membezakan bentuk
– Keupayaan anak untuk ada daya perhatian yang mencukupi (sekurang-kurangnya 15 minit).
– Keupayaan anak menggunakan pelbagai perkataan dalam aktiviti hariannya.
– Minat anak mendengar cerita (dari buku yang dibacakan padanya) sebab, minat kepada buku, boleh membantu anak termotivasi untuk belajar membaca.
Ingat!!!!
Jangan PAKSA anak membaca!
Tarik dahulu MINAT anak.
Pastikan anak MAIN (jangan asyik duduk belajar je).
Jadilah ibu bapa yang CAKNA ILMU perkembangan anak-anak.
SETIAP ANAK BERBEZA KEMAMPUANNYA
Kalau anak anda sudah 7 tahun, tapi masih belum pandai baca?
✅ Carilah kaedah paling less stress untuk anak anda.
✅ Pergilah jumpa terapis. Bukan apa….. sebab terapis khuatir anak ada DELAY dalam perkembangan asasnya. Eloklah pergi check kan? Tak semestinya jumpa terapis tu, anak confirm ada diagnosis.
The cepat-er anda uruskan kelewatan perkembangan anak, the better anak respon kepada progress intervensi.
Bila baca tentang pengalaman-pengalaman ibu-ibu cara mengajar anak ni membaca adalah, kita ikut sama membaca dengan mereka.Wujudkan masa untuk pegang buku di hadapan anak-anak.Dapatkan buku-buku yang menggunakan perkataan mudah dan juga warna yang menarik.
Rasa stock buku baru banyak lagi kat rumah.Ada yang dia sendiri dah hafal jalan cerita walau dia tak berapa nak faham perkataan tu.Tapi takpelah kan, at least umi timbulkan minat dia dulu untuk membaca.Sikit-sikit umi ajar dia fonik sebab umi tau bermula tahun hadapan di Tadika, cikgu akan menggunakan kaedah fonik ni untuk mereka.Umi dah siap belikan buku ni awal-awal lagi.Alhamdulillah, untuk buku satu dia dah dapat membaca.Nak masuk buku kedua ni rasa mencabar sikit.
Berdikit-dikit insyallah kan..
terima kasih share. ni ilmu baru buat kami ^_^
sama-sama..moga bermanfaat ye
Bestnya ada anak! Tibergh! Haha~
Ye, ibu bapak kena turut join, untuk anak lebih tertarik ikut aktiviti membaca nih….Baru semangat dorang tu datang! Minat kena dipupuk dari awal..Kan~