5 SIMPTOM GERD PALING UMUM YANG PERLU KORANG KETAHUI

5 SIMPTOM GERD PALING UMUM YANG PERLU KORANG KETAHUI | Di zaman sekarang banyak betul penyakit pelik yang kita tak pernah dengar sebelum-sebelum ni kan, antaranya penyakti Gerd.Adakah ianya berpunca dari makanan atau persekitaran?Jom baca lebih lanjut mengenai penyakit ni

APA ITU GERD

Gerd adalah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semua ke dalam esofagus.

Gerd atau asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia iaitu dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa.Sebab itu kita perlu tahu mengenai tanda dan simptom Gerd ni.

Perlu korang tahu bahawa Gerd berlaku disebabkan ketidakupayaan injap pada hujung esofagus untuk tertutup dengan baik.

Asid yang terkandung di dalam perut kemudiaannya akan mengalir masuk ek dalam esofagus dan tekak lalu menyebabkan kita rasa masam pada mulut.Maslaah asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Walau bagaimanapun, normal untuk ktia mengalami masalah pedih ulu hati sekali sekala.Namun jika kita terlalu kerap mengalami asid refluks atau pedih hulu hati, ini menandakan penyakit Gerd.

5 SIMPTOM GERD

SIMPTOM GERD YANG PALING UMUM KITA PERLU TAHU

Sekiranya kita tidak tahu atau masih keliru tentang ketidakselesaan pada perut, ada cara untuk kita kenalpasti mana satu simptom Gerd, gastrik angin, ulser peptik, pedih ulu hati atau ketidakhadaman,

Kita boleh lihat beberapa tanda Gerd yang teruk seperti berikut:-

#1 Rasa mual dan muntah-muntah

Pertama dan paling umum yang bakal korang rasa adalah ketidakselesaan yang agak teruk pada perut dan dada.Ini adalah angkara asid di dalam perut itu refluks atau keluar ke atas melalui saluran esofagus.

Kesannya, penderita penyakit ini akan rasa loya yang melampau dan kemudiannya akan berkesudahan dengan muntah,

#2 Sukar bernafas

Kondisi ini bakal menyebabkan individu sukar bernafas selain batuk, lelah dan sesak nafas(dyspnea).

Apabila asid perut refluks melepasi saluran esofagus, ia juga secara tidak sengaja akan memasuki paru-paru.Ini akan merengsakan kawasan organ itu sekali gus menyebabkan masalah pernafasan.

Apa yang lebih membimbangkan, masalah Gerd turut dikaitkan sebagai pencetus kepada asma.Maka, individu yang menghidap kedua-dua kondisi ini mempunyai risiko komplikasi lebih tinggi.

#3 Mulut Berbau

Gerd juga akan menyerang satu lagi perkara melibatkan sistem pernafasan dengan membuat mulut berbau.

Buat korang yang belum tahu, perut merupakan “rumah” kepada pelbagai jenis bakteria.Ketika asid perut refluks keluar, makanan yang gagal dicernakan itu akan kembali semula ke saluran esofagus.

Dengan pengumpulan makanan itu bersama dengan bakteria yang tinggal di dalam mulut, ia akan mengakibatkan individu mengalami masalah mulut berbau dan sekali gus menjejaskan kehidupan.

#4 Sukar menelan makanan dan minuman

Tidak cukup dengan itu, antara simptom gerd lain termasuk juga kesukaran setiap kali menelan makanan dan minuman setiap kali menelan makanan dan minuman selain air liur yang rasa seolah tersekat dengan sesuatu di dalam tekak.

Sebenarnya, sekatan atau halangan itu berpunca dari asid perut yang refluks dari saluran esofagus.Jika berlaku dengan kerap, ia boleh mengakibatkan iritasi dan komplikasi seperti dysphagia.

#5 Munculnya ketulan di tekak/kerongkong

Paling berbahaya, simptom Gerd yang paling teruk mungkin boleh mengakibatkan sehingga munculnmya seperti bentuk ketulan di kawasan tekak atau kerongkong tanpa tahu puncanya.

Fenomena ini dinamakan sebagai sensai globus-rasa seakan-akan ada sesuatu pada rongga tekak atau kerongkong.Pun begitu, kewujudan ketulan ini tidak dapat dipastikan benar ada atau tidak.

Apa yang pasti, Gerd akan menyebabkan asid perut refluks, ke dalam larinks, dan farinks, lalu menyebabkan hal ini.

Jadi bila korang ada simptom ni, cepat dapatkan rawatan doktor ye

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.