5 Resepi Masakkan Tempe Patut Cuba

5 Resepi Masakan Tempe Patut Cuba

5 Resepi Masakan Tempe Patut Cuba | Ada ke yang membaca ni tak makan tempe.Tempe ni adalah salah satu makanan yang paling umi suka.Pelbagai jenis masakkan yang kita boleh buat dari tempe ni.Ni antara menu yang paling mudah untuk dicuba

Mesti korang tak tau kan, pelbagai resepi yang dikongsi di google yang boleh korang ikut tau.Peminat tempe mesti suka pelbagaikan menu tempe ni.

Dan, kalau korang tak pernah cuba menu tempe ni, boleh lah follow 5 resepi masakkan tempe patut cuba yang umi dah satukan dalam satu entry.Resepi-resepi dibawah ni pasti sedap dan mudah untuk korang sediakan.

5 RESEPI MASAKAN TEMPE PATUT KORANG CUBA

Selain dari kita masak, kalau digoreng dengan salutan tepung, kemudian cicah dengan sambal kicap.Lagilah masyuk kan.Jom tengok resepi-resepi di bawah ni.

#1 TEMPE GORENG KICAP

Resepi ni mudah je dan yang penting memang guna bahan apa yang ada didapur.Dan menu ni umi dah buat banyak kali dah.

Bahan-bahannya 

  • 3-4 bungkus tempe( ikutlah nak banyak mana)
  • 5 biji cili padi ( nak pedas lagi boleh tambah)
  • Segenggam ikan bilis digoreng
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 tangkai cili kering dihiris 
  • 1/4 cawan kicap manis
  • Garam dan minyak

Cara membuatnya

  1. Hiris tempe halus-halus kemudian goreng garing.Toskan dan letak tepi.
  2. Panaskan api di dalam kuali  dan masukkan bawang dan cili kering.
  3. Kemudian masukkan cili padi dan juga kicap.
  4. Masukkan tempe dan perasakan dengan garam
  5. Gaul dan siap untuk dihidangkan.

#2 SAMBAL GORENG JAWA

Bahan-bahan Sambal goreng jawa

  • 4-5 ketul tauhu (ikut korang la kalau nak tambah)**
  • 3-4 biji kentang**
  • 2 paket suhun
  • 1 keping fucuk
  • 3 peket tempe(lagi banyak lagi sedap)**
  • Sedikit kacang panjang
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kicap manis
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar ikan bilis yang ditumbuk lumat
  • 1 sudu makan gula
  • 2 batang cili merah

** Hiris halus dan goreng sehingga garing

Bahan Menumis

  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 1/2 inci serai
  • 1/2 inci lengkuas

Umi blend semua sekali

Cara buatnya

Pastikan korang dah siap hiris dan goreng garing bahan yang bertanda ** tu.Kemudian Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.Masukkan sekali ikan bilis yang dah ditumbuk halus tu ye.

Bila dah nampak bahan yang korang tumis tu dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, gula dan garam.Boleh tambahkan perasa kalau korang nak. Masukkan kicap.Tapi umi terletak banyak kicap, jadi gelaplah sikit..hehehe

Masukkan tempe, tauhu, ubi kentang, fucuk .Kacau rata.kemudian korang masukkan fucuk dan hirisan cili merah.

Kalau ikut original sambal goreng jawa ni guna hirisan cili kering.Tapi umi tak masukkan, jadi derhaka lah sikit resepinya kan.

Masukkan kacang panjang dan masukkan sedikit air.Kacau hingga korang rasa dah kering airnya, dah cukup rasa, maka bolehlah dihidangkan.Makan dengan ketupat pun sedap jugak..yummmeh..

#3 TEMPE GORENG DAUN KARI

Resepi ni diambil dari group MAHN perkongsian dari Puan Razila Razak.Jom kita lihat macam mana nak buat tempe goreng daun kari ni

Bahan-bahannya

Bahan kisar kasar :

  • Bawang Merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • CIli merah

Bahan-bahan lain 

  • Tempe ( digaul dengan kunyit garam dan sedikit serbuk bawang putih
  • 6 tangkai daun kari
  • sedikit perasa

Cara membuatnya

  1. Goreng tempe hingga garing dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar dan kemudian masukkan daun kari.
  3. Setelah bahan tumisan masak, perasakan dengan garam dan perasa
  4. Masukkan tempe dan gaul rata
  5. Siap untuk dihidangkan

#4 RESEPI TEMPE GORENG BERLADA (BLOGGER IDAY)

Umi tak pernah lagi try buat tempe goreng berlada ni.Tapi bila tengok resepi dari perkongsian blogger sayaiday ni terasa macam nak buat pulak.Kot korang nak try boleh la

Bahan-bahannya

  • 1 peket tempe
  • 1 genggam ikan bilis yang telah digoreng rangup
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili padi (nak pedas boleh tambah cili)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • daun bawang
  • garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya

  1. Gaul tempe dengan kunyit dan garam, kemudian goreng hingga keemasan
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga lumat
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisah sehingga garing.
  4. masukkan gula dan garam secukup rasa.Boleh tambah bahan perasa kalau nak.
  5. Masukkan tempe dan ikan bilis serta daun bawang.Gaul rata dan tutup api.Jangan biarkan ianya terlalu lama
  6. Siap untuk dihidangkan

#5 RESEPI TEMPE GORENG BEREMPAH

Paling pebret kalau digoreng berempah.Kena pulak dapat cicah dengan sambal kicap.Memang padu korang.Ada orang yang goreng tempe bodo gitu je ka, tapi paling best kalau tempe tu korang goreng berempah.Resepi sini

Bahan-Bahannya

  • 2 bungkus tempe dihiris kasar (ikutlah korng nak guna banyak mana(
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 biji telur dipukul sedikit
  • 2 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan halus dan jintan kasar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Sedikit Garam

Cara membuatnya

  1. Tumbuk atau kisar bahan yang bertanda * di atas.
  2. Kemudian gaul bahan kisar, kunyit, garam,tepung  dan telur.Tuangkan sedikit air.
  3. Panaskan minyak (pastikan minyak banyak).Celup tempe ke dalam bancuhan tepung dan masukkan ke dalam kuali tadi.Goreng sehingga garing.Teruskan dengan baki tempe yang lain.
  4. Siap untuk dihidangkan

Itu antara resepi tempe yang mudah dan paling ringkas untuk disediakan.Tak dapat menu ni pun memang berseleralah..

Baca pelbagai Resepi di SINI

Related Posts

2 thoughts on “5 Resepi Masakan Tempe Patut Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *