5 Resepi Laksa Mengikut Negeri Wajib Cuba

5 Resepi Laksa Mengikut Negeri Wajib Cuba

5 resepi laksa mengikut Negeri Wajib korang cuba di rumah.Tak perlu pergi ke setiap negeri untuk merasai laksa kegemaran korang.Laksa yang paling umi minat adalah Laksa Johor dan juga Laksam.Hah..itu memang favourite yang selalu umi buat dan cari apabila diluar.

Pantang ada menu laksa mesti umi nak mencuba.Selain tu, umi suka juga laksa Penang.Disebabkan laksa penang tu jenis masam-masam tu yang buatkan umi akan cuba jika ada menu tu dijual di kedai yang umi pergi,

Tapi sebenarnya kalau korang rajin boleh je buat laksa-laksa kegemaran korang tu dirumah.Nak-nak bila rumah kita didatangi tetamu dan buntu untuk sediakan juadah apa.

So, di bawah ini umi senaraikan 5 resepi laksa mengikut negeri wajib korang cuba.Umi gabungkan resepi-resepi yang umi dah google bukan sahaja untuk panduan umi tetapi juga panduan untuk korang semua.

Jom kita lihat resepi ini satu persatu.So, korang boleh plan nak buat bila menu-menu ni kan?

 

5 RESEPI LAKSA MENGIKUT NEGERI WAJIB CUBA

 

Untuk resepi pertama of course umi akan share resepi Laksa Johor.haha..Mestilah umi share menu yang umi suka dulu kan.Jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya.

 

#1 RESEPI LAKSA JOHOR – AZIE KITCHEN

Resepi ni umi memang ikut resepi dari kak azie.Mudah untuk umi faham dan caranya juga mudah.Cuma bila kita buat sesuatu resepi mestilah kena dengan tekak kita.Kadang perlu ada tambahan sedikit perasa atau apa pun untuk rasa tu mengikut tekak kita.

Bahan-Bahan

  • 1 paket spaghetti
  • 1kg ikan sardin/selayang 
  • 3/4 cawan rempah kari ikan babas
  • 1/2 cawan cili kering yang dikisar
  • 3/4 cawan udang kering(cuci bersih, kering dan kisah)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan Kisar

  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang besar

Untuk Ulam-Ulaman

  • Timun
  • Taugeh
  • Daun kesum/Daun selasih
  • Kacang panjang
  • Limau Kasturi
  • Lobak asin( umi tak guna)

Cara Membuatnya:-

  1. Ikan dibersihkan dan dikukus.Selepas siap dikukus, keluarkan ikan dan carikkan isinya.Air rebusan ikan tadi letak tepi.Kisar ikan yang dicarik dan dibuang tulangnya.Ketepikan.( Kalau ikut umi tulang-tulang ikan tadi umi kisar dengan air rebusan dan tapis kemudian letak tepi)
  2. Panaskan periuk dengan 1/2 cawan minyak masak,Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit.Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi dalam 5 minit gitu.
  3. Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sehingga terbit minyakBila terbit minyak masukkan ikan yang telah dikisar.Masukkan air tulang ikan yang dah blend tadi bersama 2 cawan air dan santan tadi.Tengoklah takat mana kuah yang korang nak tu.Jangan terlalu cair sudahlah.
  4. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
  5. Biarkan  selama beberapa minit sehingga menggelegak dan masukkan garam dan bahan perasa.
  6. Dah rasa semua sedap dek tekak bolehlah dimatikan api.

Spaghetti

Masak air dalam periuk dan masukkan garam dalam air rebusan tu.Bila dah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa kenyal, tapi dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya.Tos air dan tuang sedikit minyak supaya tidak melekat.

Penyedian Ulam-ulaman

Untuk ulam laksa Johor selalunya menggunakan timun, taugeh, bawang besar yang diracik buat dan halus.Daun selasih dan daun kesum, limau kasturi dan lobak asin.itu pun kalau korang nak tambah la lobak asin tu,

Umi suka makan dengan daun selasih.Baru rasa sedap.

Untuk kuah tu, umi ada masukkan bungan kantan dan daun kesum tau.

Laksa Johor ni disediakan dengan sambal belacan.Cara nak buat sambal belacan adalah

Sambal belacan

  • Cili kering- rebus
  • Belacan bakar
  • Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Lepas tu korang sediakanlah macam gambar di atas tu.

 

#2 RESEPI LAKSAM

Untuk resepi laksam yang berasal dari Negeri Cik Siti wan kembang ni, Laksam tu korang kenalah buat sendiri.Sebab umi tak pernah lagi nampak laksam yang korang nampak macam lempeng tu dijual di kedai-kedai.

Walaupun sedikit leceh sebab nak buat laksam tu, tapi bila korang dah siap buat dan makan, memang puas hati sebab boleh makan banyak kali selagi perut korang boleh terima…hahaha.

Bahan-Bahan 

Penyediaan Laksam

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandung
  • 2 sudu kecil tepung ubi
  • Sedikit garam
  • 4 cawan air suam

Kuah

  • 10 ekor ikan selayang
  • 4 Ulas bawang besar
  • 3 Ulas bawang kecil
  • 1/4 halia
  • Asam keping
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 Kotak santan
  • Garam dan gula

Cara Membuatnya –

Kuah laksam

  1. Rebus ikan selayang.Kemudian asingkan isi dan tulang.Blend isi dan asingkan.Blend tulang dengan air rebusan dan tapis.Ambil airnya sahaja ye.Kemudian korang masukkan isi ke dalam periuk.Masukkan bahan yang korang tapis tu.
  2. Blend bawang putih,bawang besar,halia dan lada hitam.Kemudian masukkan ke dalam periuk tadi.
  3. Letak periuk di atas api.Kemudian kacau perlahan.Lepas tu masukkan santan dan asam keping.Kacau dan perasakan dengan garam.Make sure api jangan besar sangat Ok…Hah..tunggu sampai menggelegak then tutup..

Boleh refer entry umi resepi laksam sedap dan mudah

Ulam 
 
1. Kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar – semua hiris halus dan campurkan bersama.
2. Taugeh – direndam dalam air panas sebentar
3. Timun – buang kulit, buang tengah dan hiris panjang
 
Laksam juga menggunakan sambal dan korang boleh ikut sambal untuk laksa Johor di atas.
 

#3 RESEPI LAKSA PENANG

RESEPI LAKSA PENANG
 
Laksa Penang ni antara hidangan Malaysia yang tersenarai dalam 50 makanan tersedap di dunia tau.Sekarang ni kalau nak mencari laksa penang pun kat mana-mana ada.Cuma sedap atau tidak jelah.
 
So, Laksa penang ni boleh je dibuat di rumah, lebih puas hati sebab boleh makan  banyak kali.
 
 
Laksa Penang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Laksa
2 kg ikan kembung – rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
22 keping asam keping
2 bunga kantan – belah 4
1 ikat daun Kesum
Garam
 
Bahan hiasan
Telur – rebus & belah 2
Timun – hiris
Salad – hiris
Bawang besar – hiris
Cili hidup – hiris
Limau kasturi – belah 2
Daun pudina – jika suka
Cili padi – jika suka
Otak udang – jika suka
 
Cara cara:
  1. Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. Bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.
  2. Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
  3. Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.
  4. Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Taburkan bahan bahan dan sayuran yang dihiris. 

#4 RESEPI LAKSA SARAWAK

pes laksa sarawak hj manan

Pes Laksa Sarawak yang umi pernah cuba buat dulu.Sedap dan beberapa kali umi repeat beli kat Shopee.Boleh rujuk entry Laksa Sarawak . 

Bahan-bahan ( Kuah Laksa)

  • 1 pes Laksa Sarawak ( guna pes laksa Hj Manan)
  • 2 Kotak santan kecil
  • 1 kiub ayam
  • 1 kari peket kecil
  • 1 liter air
  • Garam 

Cara Membuatnya

  1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk.
  2. Masukkan pes laksa, santan, kiub ayam dan serbuk kari.
  3. Masak hingga mendidih dan tambah garam secukup rasa
  4. Sesudah mendidih tutup api.

Hidangan

  1. Ayam(rebus dan dicarik-carik)
  2. Udang(dicelur)
  3. Tauge
  4. Telur(direbus)
  5. Daun Ketumbar dihiris halus
  6. Cili padi dihiris halus
  7. Sambal belacan(tumbuk cili padi + belacan)
  8. Limau

Bahan hidangan ni boleh ikut selera masing-masing.Kalau korang suka boleh tambah bawang goren atau kobis.

#5 RESEPI LAKSA KUALA PERLIS

kredit pic : gedunglaksa

Bahan – Bahan

  • 1 kg Laksa beras
  • 1 kg ikan kembung
  • 15 cili kering-rendam dengan air panas
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 serai diketuk
  • Asam keping secukupnya
  • 1 ketul gula kabung
  • Daun kesum
  • 1 batang bunga kantan di belah 4
  • Garam dan gula
  • air 
  • 5 cbiji cili merah
  • 1 inci belacan
  • lengkuas sikit ketuk

Cara Penyediaannya.

rebus ikan ngan gula kabung, garam, asam keping n lengkuas. sejukkan , asingkan isi n tulang.

kisar isi ngan separuh air rebusan ikan tadi. masukkan kedalam periuk.

kisar tulang ikan ngan separuh lagi air rebusan tadi, tapis n masukkan air tu kedalam periuk tadi.

kisar cili kering, cili merah, bawang2 n belacan. masukkan kedalam periuk. jerang atas api sederhanan hingga pekat sedikit.

masukkan asam n lengkuas dr rebusan ikan tadi bersama serai, bunga kantan n daun kesum.

masukkan gula, garam. didihkan lagi.

 

 

Hah,.itulah 5 resepi laksa mengikut Negeri.Sebenarnya banyak lagi laksa mengikut Negeri yang ada.Cuma ni antara yang umi pernah cuba makan.

 

Tapi untuk laksa perlis  umi tak pernah buat lagi.Tunggu masa nanti insyallah umi akan buat.

 

 

Loading

5 Comments

  1. I Love all type laksa.. Sayangnya berjumpa dengan pasangan yang langsung tak makan laksa. sob sob kejap tepi katil. nak buat takut xde orang makan, jom la pigi kedai jer. Haha

  2. semua jenis laksa mama suka dan penah rasa. paling mama suka ialah asam laksa

  3. Suka laksa johor dengan laksa penang. Laksam, laksa sarawak tak pernah makan lagi. ada kerajinan boleh buat ni

  4. laksa kuala perlis tak pernah makan lagi. semua laksa ni saya suka. lagi laksa penang. cuma laksam je tak boleh makan banyak nanti muak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *