5 RESEPI BUTTERMILK YANG BOLEH KORANG CUBA

5 RESEPI BUTTERMILK YANG BOLEH KORANG CUBA

5 RESEPI BUTTERMILK YANG BOLEH KORANG CUBA | Ada orang tak suka masakkan jenis buttermilk ni sebab cepat muak, dan ada yang suka sebab rasa lemak-lemak buttermilk tu pula.

Umi kalau buat buttermilk ni kurang sikit, sebab tak berapa nak minat dengan tekstur lemak butter bila makan dengan nasi.Kalau yang pedas tu boleh la.Tapi anak-anak suka sangat kalau masak ayam buttermilk atau udang buttermilk.

Banyak sebenarnya resepi buttermilk yang boleh kita buat kat rumah.Bila buat kat rumah ni lebih puas hati dan banyak.Nak makan banyak mana pun boleh.Jom umi kongsikan 5 resepi buttermilk yang boleh kurang cuba.Kalau ayam je kang, mau muak pulak kan.

5 RESEPI BUTTERMILK YANG BOLEH KORANG CUBA

RESEPI AYAM BUTTERMILK

Umi percaya ramai sukakan ayam buttermilk ni, dan pastinya pelbagai resepi yang diolah untuk menyedapkan rasa ayam buttermilk mengikut selera masing-masing.

jom kita lihat bahan untuk ayam buttermilk ni.Resepi ni adalah resepi Che’Nom yang pernah umi cuba.Jadi umi kongsikan disini ye.

5 RESEPI BUTTERMILK YANG BOLEH KORANG CUBA

Bahan-bahan:

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi
  • Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
    • 2-3 sudu besar tepung gandum
    • 1 sudu besar serbuk kari
    • 1 biji telur
    • Sedikit garam
    • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Cara-cara untuk ayam buttermilk:
    1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
    2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
    3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Kalau korang yang suka pedas, bolehlah tambahkan lagi cili padi tu.

RESEPI UDANG BUTTERMILK 

BAHAN-BAHAN:

  • Udang besar dalam 15 ekor
  • Serbuk kunyit/garam
  • 3-4 batang daun kari (dalam 20 helai)
  • 3 sudu butter/mentega
  • 4-5 ulas bawang putih-dicincang halus
  • Bawang besar dihiris dadu(pihan kalau tidak letak)
  • 4-5 biji cili padi (ikut suka hendak pedas tambah lagi)
  • Setengah tin susu cair (nak lebih pun boleh)
  • Sedikit tepung jagung (untuk memekatkn kuah)

CARA MEMASAK:

  • Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sampai udang masak. Janagan terlalu garing cukup sekadar bertukar warna.
  • Angkat udang dan ketepikan, biarkan sedikit minyak goreng tadi dan masukkan butter.
  • Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan susu cair, masak sampai kuah pekat. Kalau tidak pekat letak tepung jagung yang dibancuh dengan air (tidak perlu letak kalau sudah pekat)
  • Bubuh udang, garam dan gula atau Susu pekat. Sesuaikan rasa,letak banyak sedikit biar ada rasa manis, lemak, masin atau ikut citarasa korang

resepi asal : sini

RESEPI SPAGHETTI BUTTERMILK

BAHAN- BAHAN:

  • 1 pekat spagetti Balducci ( atau apa-apa brand)
  • 9 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi merah | hiris halus
  • 100g mentega
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu full cream
  • 2 sudu teh serbuk pati ayam
  • Sedikit lada sulah & lada hitam berperisa
  • 2 keping keju cheddar

 

CARA MEMASAK:

1. Didihkan air. Masukkan 2 sudu teh garam dan rebus spagetti hingga lembut anggaran 10-12 minit. Setelah masak, tos dan ketepikan.
2. Dalam kuali, cairkan mentega. Tumis bawang putih, cili padi merah & daun kari hingga wangi.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan susu cair dan susu full cream. Perisakan dengan serbuk pati ayam, lada sulah dan lada hitam berperisa.
4. Apabila mendidih masukkan keju cheddar dan kacau hingga mencapai kepekatan yang diingini.

sumber resepi : sini

RESEPI TAUHU TELUR BUTTERMILK

Bahan-bahan 

  • 2 bungkus tauhu telur – dipotong kecil
  • Sedikit susu cair
  • Setangkai daun kari
  • 3 tangkai cili api – dihiris
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • Tepung jagung – untuk salutan pada tauhu telur

Cara-cara :
Salutkan dan golek-golekkan tauhu telur ke dalam tepung jagung. Kemudian digoreng sehingga masak. Tauhu telur akan jadi crispy diluar dan lembut didalam. 

Kemudian buat buttermilk nya pula.
Masukkan sedikit butter. Kemudian tumis bawang putih dan cili api. Kemudian masukkan daun kari. Bila bawang putih dah kekuningan, masukkan susu cair.
Kemudian masukkan garam dan serbuk cukup rasa. Last sekali masukkan sedikit lagi susu cair. Kacau kacau, dah siap.

sumber resepi : sini

RESEPI IKAN SIAKAP BUTTERMILK

Bahan untuk menggoreng ikan:

  • 1 ekor ikan Siakap
  • sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk membuat sos:

  • Sedikit minyak masak
  • 1 senduk mentega
  • 6 biji bawah putih di potong dadu
  • 1 biji bawang besar di potong dadu
  • 10 biji cili padi
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 tin susu cair
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit bancuhan tepung gandum

Cara-cara membuatnya:

  • Goreng ikan siakap sampai garing dan ketepikan.
  • Panaskan minyak masak, cairkan mentega.
  • Tumis bawang putih sampai naik bau dan tumiskan pula bawang besar, daun kari dan cili padi.
  • Tuangkan susu cair dan kacau.
  • Perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa.
  • Bila kuah dah mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan kuah.
  • Akhir sekali, tuang kuah di atas ikan siakap yang sudah sedia digoreng tadi.

Sumber resepi : sunah

Sedap juga kan sesekali buat resepi siakap buttermilk ni.Asyik stim limau,asam pedas, kengsom, asam pedas.Nak juga rasa resepi lain kan.

Tetiba teringin pulak, nantilah nak buat hujung minggu ni.Kalau korang takde idea nak masak apa, boleh tekan tab resepi kat atas tu ye.

 

selamat memasak korang

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *