Ambil tahu 5 punca Migrain Sering Berlaku | Memang selalu pun berlaku dan umi sendiri tahu kenapa migrain ni sering je menyinggah.
Actually dulu pun umi pernah mengalami migrain yang teruk.Tapi alhamdulillah tidaklah terlalu teruk sehingga terpaksa mengambil ubatan yang kekal.
Kolestrol pun sebenarnya boleh jugak buat kita pening-pening.Paling penting selalu sangat sakit dibahagian bahu.Tak taulah kalau faktor usia atau sebagainya.Punca migrain atau punca sakit kepala ni susah juga kita nak ketahui sebabnya.Tapi antara faktor mengapa migrain boleh tercetus adalah kerana didorong oleh genetik, persekitaran dan gaya hidup kita seharian.
Dari sudut sains pula, pakar bersetuju serangan migrain boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan interaksi kimia dalam otak
Tapi ada 5 perkara yang perlu kita tahu akan punca migrain yang selalu menyerang kita ni.Punca Migrain ni boleh disebabkan oleh aktiviti seharian kita.Jom tengok apakah antara sebabnya.
5 PUNCA MIGRAIN YANG SERING TERJADI DI DALAM AKTIVITI SEHARIAN KITA
Ini termasuklah serotonin yang mengawal atur deria kesakitan di dalam sistem saraf.
Selain itu, perubahan pada struktur brainstem dan interaksinya dengan saraf trigeminal (saraf yang bertanggungjawab terhadap fungsi pergerakan muka) juga memainkan peranan.
Oleh sebab aktiviti harian anda boleh mempengaruhi kebarangkalian mendapat serangan migrain, mari kita kenali 5 punca migrain yang selalu terjadi.
1.Kurang tidur berkualiti punca migrain berlaku
Perlu korang tahu jumlah waktu tidur yang mencukupi adalah sebanyak 7 hingga 8 jam sehari sahaja kan?
Percaya ataupun tidak, mereka yang kurang atau terlebih tidur, kedua-duanya boleh mendapat serangan migrain
Walau bagaimanapun, punca migrain bukan hanya bergantung pada berapa banyak jumlah waktu tidur anda. Ia lebih melibatkan kualiti tidur itu sendiri.
baca juga : Tips untuk hilangkan stress
Tidur yang sering terganggu dek masalah tidur seperti imsonia, tidur berdengkur dan apnea tidur boleh mencetuskan serangan migrain
2.Minum terlalu banyak minuman berkafein
Ramai mengaku pengambilan minuman berkafein membantu melegakan kesakitan, terutamanya serangan migrain.
Ia terjadi kerana reaksi bahan kimia semula jadi otak yang dikenali sebagai adenosine.
Adenosine mampu melekat pada reseptor di permukaan sel otak, lalu menyebabkan kesakitan. Kafein mampu “menghalang” adenosine ini dari bercantum dengan reseptor.
Sebab itu, individu dengan serangan migrain terbukti mempunyai peningkatan paras adenosine.
Walau bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein berlebihan boleh menyebabkan berlakunya toleransi pada otak.
Ia merupakan salah satu punca migrain yang sering berlaku kepada peminum kopi tegar.
Ini bermakna, sekiranya anda tidak minum minuman berkafein, anda berisiko alami simptom penarikan (withdrawal symptom).
Antara simptom tersebut adalah:
- Pening kepala
- Kelesuan
- Loya
- Sukar menumpukan perhatian
- Simptom lain yang berkait rapat dengan migrain
3.Duduk di hadapan skrin komputer terlalu lama
Mereka yang menderita migrain boleh mendapat serangan teruk selepas menggunakan komputer dalam jangka masa yang lamua.
Perkara ini lebih berisiko kepada mereka yang mengalami masalah fotofobia(takut pada cahaya).
Puncanya masih tidaak jelas, namun ia dikatikan dengan beberapa faktor seperti tahap kecerahan skrin komputer.
Faktor lain pula adalah beberapa tempoh masa pendedahan terhadap cahaya skrin tersebut.
Sebagai contoh, penggunaan komputer secara intensif sekurang-kurangnya selama 30 minit boleh menyebabkan sindrom penglihatan komputer.Perkara ini punca sakit kepala.
Penggunaan komputer selama 2 jam sehari boleh menyebabkan sakit kepala dan jika waktu tersebut lebih panjang (4-9 jam), kesannya adalah lebih teruk.
Warna tertentu pada skrin komputer juga boleh menjadi punca migrain terutamanya warna yang berasal dari spektrum warna biru dan hijau.
Komputer yang menggunakan skrin resolusi rendah turut mampu menghasilkan isyarat penglihatan yang boleh menyumbang kepada serangan migrain.
4. Perubahan mendadak pada persekitaran
Faktor persekitaran turut merupakan punca migrain.Ini termasuklah perubahan altitud, cuaca, kadar lembapan dan bunyi bising.
Perubahan cuaca, sama ada terlalu sejuk atau terlalu lembab mempengaruhi keseimbangan isyarat kimia dalam badan lalu mencetuskan migrain.
Perubahan pada tekanan pula sering berlaku ketika individu menaiki pesawat atau ketika menyelam di lautan dalam.
Perkara sama juga boleh terjadi apabila anda mendaki tempat yang beraltitud tinggi. Serangan migrain boleh tercetus akibat perubahan tekanan barometrik.
Cahaya terang benderang juga boleh menyebabkan berlakunya migrain terutamanya jika cahaya tersebut berkelip-kelip.
Cahaya berkelipan ini kebiasaannya berlaku apabila cahaya matahari terpantul pada permukaan air, pasir dan salji.
5.Perbuahan hormon juga punca migrain tercetus
Perubahan hormon yang sering dialami oleh wanita juga merupakan salah satu punca migrain. Perkara ini sering terjadi pada 3 peringkat kehidupan seorang wanita:
- Ketika sedang mengalami kitaran haid
- Kehamilan
- Menopaus
Penting juga untuk anda tahu perubahan hormon yang membawa kepada serangan migrain kebiasaannya disebabkan hormon estrogen.
Sebelum wanita mengalami haid, paras hormon estrogen dan progesteron akan jatuh dengan mendadak.
Mereka yang menghampiri menopaus pula mempunyai paras hormon yang sering berubah. Perkara ini juga boleh menjadi punca migrain.
Bagi wanita hamil, migrain kebiasaannya berlaku pada peringkat awal kehamilan. Setelah trimester pertama, simptom tersebut biasanya hilang.
Setiap individu yang mengalami migrain mempunyai faktor pencetus yang berbeza-beza.
Oleh sebab itulah, penting untuk anda memberikan perhatian yang penuh kepada punca migrain anda bagi menghindarinya.
Pemahaman yang baik berkenaan dengan punca migrain anda boleh membantu pakar saraf untuk membuat diagnosis yang lebih tepat sebelum memberikan rawatan kepada simptom tersebut.
Apa pun umi kalau migrain, nakkan tempoh bertenang.Kalau di office selalunya umi akan maklum kepada boss untuk berehat dalam 1 jam.
Minyak cap kapak adalah benda paling penting untuk umi apabila terkena migrain ni.
Kalau dirumah pulak, umi kebiasaannya akan mandi dan kemudian baring bertemankan minyak cap kapak.Sapu seluruh kepala dan hidu minyak kapak tu.Telan vitamin C shaklee.hah itu jelah.Yang penting jangan banyak berfikir.Fikir benda yang positif je.Yang negatif tu jangan difikir.
So, Ambil tahu 5 punca Migrain Sering Berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Dulu saya selalu diserang migraine. Pernah satu tahap migraine tu sampai saya rasa hendak hentakkan kepala pada dinding simen. Sakitnya, sangat sakit. Alhamdulillah, sekarang, jarang dah diserang migraine, sebab saya telah kurangkan minum kopi.
bila dah sakit kepala apa pun tak boleh.
Susah nk hilang magrain sejak sekolah smpai skrg. Terpaksa bergantung ubat. Memang tahap rasa nak pecah je kepala ni. Salah satunya tak boleh lambat makan.
saya pun selalu migrain, tapi ada ustaz kata kekadang gangguan atau saka, selain jumpa pakar elok juga check dekat perubatan islam.