5 Kunci Rezeki Melimpah Ruah Suami Jangan Kedekut

5 Kunci Rezeki Melimpah Ruah, Suami Jangan Kedekut | Bukan fakta tapi itulah kenyataannya bila si suami tidak kedekut dengan pasangannya.

Seringkali kita melihat dalam kalangan masyarakat kita, bercerai sebab kewangan, bercerai sebab tiadanya sefahaman antara suami dan isteri dan bercerai kerana orang ketiga.

Dalam rumahtangga apa yang kita perlukan adalah kepercayaan, saling hormat menghormati dan kasih sayang.Jangan pernah ada rahsia dan berbincanglah jika tiada penyelesaian.

Pernah dengar kan orang kata, Kerana duit pun boleh bercerai berai.Sebab apa? sebab pasangan tak pernah ingin memahami pasangannya.Mulalah timbul pergaduhan walhal, perkara itu boleh diselesaikan dengan berbincang.

Baca juga : Penyebab rezeki tak masuk

Bukan ingin menuding jari kepada lelaki, tetapi bab duit, janganlah terlalu berkira dengan si isteri.Walaupun beras suami beli, tapi perlu diingat, punca rezeki yang suami dapat tu juga atas doa si isteri.Walaupun ada si isteri itu bekerja, jalankan kewajipan dalam memberi nafkah mengikut kemampuan kita.

 

Rezeki suami datangnya dari redha isteri

Jangan sesekali berkira dengan si isteri.Raikanlah si isteri dengan sesuatu yang boleh menggembirakan hati dia.Memang syurga si isteri di tapak kaki suami, redha Allah pyla terletak pada redha suami, tetapi rezeki suami berkait rapat dengan kebahagiaan si isteri.

Rumahtangga yang berjaya datangnya dari seorang wanita yang bahagia kerana hati isteri tidak disakiti membawa kepada rezeki yang berterusan.

Ia membuktikan bahawa isteri yang gembira menjadi jalan pembuka rezeki seluas-luasnya untuk keluarga.

Nak rezeki melimpah ruah?, Ada beberapa tips yang ingin dikongsikan untuk mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka.

5 Kunci Rezeki Melimpah Ruah

5 TIPS BUAT SUAMI NAK REZEKI TU MELIMPAH RUAH

#1 Lakukan sesuatu kerana Allah SWT

Perkahwinan adalah cara untuk membuka pintu rezeki kerana ia adalah penyatuan dua hati mereka yang bercinta bagi mencapai keredhaan Allah SWT.

Jika inginkan rumahtangga dikurniakan rezeki melimpah ruah, kita kena sentiasa ikhlaskan hati dengan niat kita untuk menjalankan tanggungjawab kerana Allah SWT

“Barang siapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan ditambah hidupnya, maka sambunglah hubungan kekeluargaan.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Niat dan tawakallah kepada Allah untuk memudahkan urusan kita bila kita perlu bertugas lebih masa bagi mendapatkan duit poket.Hasil yang sedikit akan rasa manis jika ianya diredhai oleh Allah dan setiap langkah kita meninggalkan rumah bagi menyara sebuah keluarga diredhai Allah.

#2 Berusaha Gembirakan hati isteri

Perkara utama untuk kita menjemput rezeki adalah bergantung kepada kita dan pasangan.Caranya luangkan sedikit masa untuk bermesra dan menggembirakan hati pasangan.

Sebenarnya jauh di sudut hati seorang isteri, bukanlah duit semata0mata.Tetapi mereka memerlukan suami untuk duduk bersamanya dan menjadi peneman yang setia.

Baca juga : Kejujuran dalam hubungan suami isteri

Sekiranya suami tidak mempunyai waktu, ambil masa untuk menonton tv bersama di rumah atau menolongnya menyiapkan hidangan makan malam bersama-sama.

Jangan lupa untuk bertanyakan bagaimana perjalanan seharian si isteri sama ada di rumah mahupun di pejabat.Cara ini dapat melegakan tekanan isteri kerana dia boleh meluahkan perasaannya dan pasti keesokkannya dia bangun menjadi lebih bersemangat.

#3 Usah berkira ketika berbelanja

Dalam kehidupan berumahtangga suami tidak boleh bersifat kedekut,Kadang-kadang wang perbelanjaan banyak dihabiskan untuk membeli barangan dapur dan keperluan anak.

Si isteri sanggup menghabiskan wang nafkah yang diperoleh bagi memastikan keperluan anak-anak mencukupi.

Biarpunpada hakikatnya diri sendiri tidak sempat untuk mendapatkan pakaian yang baru.Tidak salah kalau si suami membelikan hadiah untuk diberikan kepada isteri,Barulah setiap hari isteri jatuh cinta

#4 Menghargai pasangan

Dalam menghormati pasangan, pastinya ia bermula dari cara kita berkomunikasi.Sentiasa titipkan ucapan terima kasih atas sekecil-kecil perkara yang dilakukan oleh isteri barulah mereka sentiasa dihargai.

Penggunaan bahasa yang lembut dan panggilan mesra terhadap isteri menjadikan suasana rumah tangga menjadi tenaang dan bahagia.

#5 Memudahkan urusan isteri

Bila isteri memerlukan pertolongan suami, bantulah mereka dengan kadar segera dan jangan bertangguh.Ini membuatkan isteri rasa suami sentiasa ada untuknya.

Amalan saling bantu membantu bukan sahaja membuatkan rumah menjadi kemas, malah ia juga mampu mengukir senyuman di wajah isteri.

Rajin-rajinlah bertanyakan isteri jika mereka memerlukan pertolongan dari suami.Kadang-kadang sesetengah isteri lebih suka memendam rasa kerana bimbang ianya menyusahkan suami.

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh kita buat untuk membuatkan rezeki tu melimpah ruah.Sebagai seorang suami, bila isteri dah memudahkan urusan kita, maka kita mudahkan urusan dia.Lagi berkat.

Jangan bila isteri jadi suri rumah sepenuh masa, menjaga anak dan juga mak kita, kita letakkan semuanya dibahu mereka.Sebagai ketua keluarga memang urusan kita mencari nafkah, tetapi doa dari isteri sangat-sangat diperlukan selain dari doa mak ayah kita.

Tanpa isteri, kita takkan jadi apa yang kita jadi sekarang.Hargailah mereka kerana isteri juga seorang ibu.bagaimana kita menghargai ibu kita, begtulah kita menghargai isteri kita.

 

wallahualam

 

 

 

 

Loading

1 Comment

  1. kalau jenis suami kedekut, teruskan berdoa, doa supaya dia murah rezekinya.. Allah akan lembutkan hatinya … jangan terus melenting dan mengaibkan suami.. dosa juga kita dapat kannn..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *