5 KEHEBATAN AIR YASIN UNTUK SUAMI ISTERI

5 KEHEBATAN AIR YASIN UNTUK SUAMI ISTERI

5 KEHEBATAN AIR YASIN UNTUK SUAMI ISTERI | Bermula anak-anak bawa balik Air yasin setiap malam jumaat.Selain dari beri diorang minum, ini kehebatan air yasin yang baru umi tahu.

Ustazah selalu suruh anak-anak bawakkan sebotol air setiap khamis malam jumaat.Selalunya mereka ni akan membuat bacaan yasin dan air yang dibacakan yasin tu akan dibawa balik

Umi selalulah pesan dekat diorang yang air yasin ni bagus untuk mereka.Tapi hari tu umi ada terbaca dalam blog The Asian Parent tentang hebatnya penangan air yasin untuk suami isteri.Ia adalah penawar untuk masalah dan menguatkan kasih sayang antara suami dan isteri.

Air Yasin sering menjadi penawar dalam merawat pelbagai penyakit dan berkesan sebagai pagar rumah.Namun tahukah korang yang ianya juga baik untuk suami isteri.

KETAHUI KELEBIHAN AIR YASIN DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Amalan membaca surah yasin dengan meletakkan air kosong di hadapan bukanlah sesuatu perkara yang sukar untuk dilakukan.Korang hanya perlu membuka penutup botol  agar ianya dapat menyerap segala perkara baik dan doa yang telah dipohon kepadaNya.

Air Yasin dikatakan tidak hanya memiliki pelbagai manfaat dan kelebihan untuk memagar kediaman dan merawat penyakit malah ianya turut berkesan dalam mengikat kasih sayang suami isteri.

Menurut kajian seorang doktor dari negara Jepun iaitu Dr.Masaru Emoto. penggunaan mikroskop canggih dengan kemampuan fotografi yang hebat menunjukkan molekul air yang tidak dibacakan ayat al-quran seperti tercemar dan apabila ia dibacakan doa, bentuknya menjadi sangat indah seperti kepingan salji yang sedang jatuh.

Apabila kita dan pasangan sama-sama minum air yasin ni, molekul air akan diproses dalam tubuh lalu menyampaikan pesanana( niat atau doa yang dibaca) pada otak dan pembuluh darah.Antara manfaat air yasin ialah :-

#1 MELEMBUTKAN HATI PASANGAN

Air yasin boleh digunakan untuk melembutkan hati pasangan dan menyejukkan rasa amarah dalam diri.Sekiranya kita atau suami sedang berdepan dengan sebarang konflik rumahtangga, ambil wuduk dan buat bacaan yasin bagi memohon pertolongan Allah swt supaya menunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik.

#2 MENGHILANGKAN RASA SEDIH

Masa janganglah engkau berdukacita disebabkan tuduhan mereka.Sesungguhna kami mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan nyatakan

Surah yasin, ayat 76

Sekiranya kita dan pasangan sering bertengkar dan tuduh menuduh, pastinya akan menyebabkan jiwa dilanda resah dan sedih.Justeru, minum air yasin yang terkandung doa ini bagi memastikan emosi kembali tenang seperti sedia kala.

#3 MENGELAKKAN PERPISAHAN BERLAKU

Setiap rumahtangga pasti akan ada pasang surutnya.Ia adalah lumrah bagi setiap perkahwinan untuk mengharungi segala suka duka bersama.

Sekiranya kita tidak mendahulukan ajaran agama dalam kegiatan seharian, ia sebenarnya mendorong diri untuk mudah terikut dengan bisikan syaitna dan bertindak mengikut nafsu.

Dengan mengamalkan minum air yasin ini, insyallah hubungan suami isteri dilindungi dari berlakunay pecah belah.Ayat 1-9 dalam surah yasiin dapat melindungi diri dan keluarga dari kemelut yang boleh menyebabkan hubungan terhenti di tengah jalan.

#4 MENGEKALKAN KETENANGAN DIRI

Ketika bahtera mahligai sedang berdepan badai, tenangkanlah jiwa dengan meminum air yasin setelah memanjatkan doa kepada Yang Maha Mendengar.Molekul air yasin akan masuk ke dalam saluran darah dan otak  dan mampu menyampaikan pesanan ke dalam hati suami isteri yang minum air yasin tersebut.

Dengan izin Allah Dia akan hamparkan rasa ketenangan dalam diri walaupun kita diuji dengan dugaan yang ckup besar dalam hubungan suami isteri.

#5. MEMBERSIHKAN HATI YANG KOTOR

Dan lagi yang terang untuk mereka ialah malam.Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta merta mereka berada dalam gelap gelita – Surah yasin ayat 37

Potongan ayat ini boleh menyuburkan semula rohani yang kering dan dalam masa sama dapat membersihkan akidah diri.Dengan minum air yasin, ia boleh menyucikan diri dari perasaan-perasaan negatif diantara pasangan suami isteri.

Adat rumahtanggan perselisihan faham tu ibarat perkara yang sudah boleh dihadam bagi kebanyakkan suami isteri.Bila bergaduh, mungkin masing-masing akan ego dan tidak mengalah.

Apa pun dalam rumahtangga ni perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami.Saling bantu membantu dalam apa jua keadaan sekalipun.

Lepas ni boleh la amalkan terus minum air yasin ni.Bukan untuk anak-anak je malah mak ayah pun perlu amalkannya.Insyallah

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *