5 JENIS SAMBAL NI WAJIB ADA DI DALAM PETI AIS

5 JENIS SAMBAL WAJIB ADA DI DALAM PETI AIS iaitu sambal belacan, sambal kicap, sambal ayam penyet, sambal jantan power dan air asam ketagih.

Tapi untuk umi pulak, sambal kicap tu memang wajib ada.Habis je mesti top up balik.Kalau sambal-sambal lain tu, umi kuranglah buat sebab kebanyakkan sambal tu umi dan babah je makan.Jadi bila nak makan tu buat jelah kejap.Tapi orang kata, makin disimpan lama sambal tu makin sedap.betul ke?

Tapi ada sesetengah orang, 5 jenis sambal ni wajib ada di dalam peti ais di rumah.Jadi bila nak makan je,tinggal ambil je sesudu dua untuk makan.

Orang kata, bbiar lauk biasa-biasa je janji sambal tu mesti ada.Kalau korang tengok sambal setan tu maknanya sambal hijau yang pedas tu.Makcik umi memang panggil sambal setan.Jadi umi pun terikut panggil sambal setan.Tapi kita share 5 resepi sambal yang selalu orang buat stock kat rumah.

Nak buat 5 jeni sambal ni memang mudahnya.Cuma nak kena menumbuk tu jelah yang ambil masa.Menumbuk ni ada orang suka dan ada orang lebih suka blend je.Pada umi lebih suka menumbuk.Jomlah umi share resepi 5 jenis sambal wajib ada di dalam peti ais ni yang dikongsikan oleh seorang cikgu di SINI

5 JENIS SAMBAL NI WAJIB ADA DI DALAM PETI AIS

#1 RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT

5 JENIS SAMBAL NI WAJIB ADA DI DALAM PETI AIS

Bahan-bahannya

  • 2 genggam cili padi dan cili merah
  • 2 biji bawang merah(bersaiz bola pingpong)
  • 1/4 bawang holland
  • 1 biji tomato saiz kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan

Bakar dahulu bahan-bahan di atas ni

Caranya

  1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalama pengisar dan tambahkan

– 3 sudu besar cuka

-1/sudu kecil garam

-2 sudu besar gula

-Secubit dua ajinamoto

-Sedikit air masak ( Jangan letak terlalu banyak air nanti cair sangat)

* Kuantiti garam dan gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri

3.Selepas itu, kisar semua bahan sehingga lumat dan hidangkan.Perah air asam limau nipis untuk sedapkan lagi sambal.

#2 RESEPI SAMBAL KICAP

5 JENIS SAMBAL NI WAJIB ADA DI DALAM PETI AIS

Bahan-bahannya

  • 2 genggam cili padi hijau
  • 8 ulas bawang putih

*Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama ialah goreng seketika dua bahan diatas dan cili padi perlu dipatah-petahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng

Cara membuatnya

-Masukkan bahan ke dalam bekas pnengisar

-Tambahkan kicap manis.Masukkan kicap sehingga melepasi bahan tadi.

#3 RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

Bahan-bahan

  • 20 batang cili merah
  • segenggam cili padi merah dan hijau
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato kecil
  • 2 genggam ikan bilis
  • 1 sudu kecil udang kering
  • 1/2 inci belacan

Cara membuatnya

  1. Gorengkan bahan di atas untuk seketika.Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalau dimasukkan ke dalam pengisar.Tambahkan sedikitk air untuk melumatkan bahan.Simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini
  2. Panaskan minyak gorengan tadi dan masukkan bahan kisar.Tumis sehingga sedikit garing.Masukkan baki ikan bilis tadi,Biarkan sambal terus masak dalam api yang perlahan.
  3. Perasakan sambal dengan gula melaka, gula, garam bukit secukup rasa.Masak kira-kiria 30-45 minit dalam api perlahan.Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak secukupnya

#4 RESEPI SAMBAL JANTAN POWER

Sediakan bahan-bahan di bawah:

– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*

Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.

#5 RESEPI AIR ASAM KETAGIH

Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*
Nak makan baru letak.

1. Sediakan bahan-bahan berikut.

– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;

– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.

4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

* Ikut kepekatan yang diingini*

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.

Hah..Agak-agak lepas ni boleh la umi buat stock.Nak-nak yang sambal ayam penyet tu.Agak-agak jemu menu lain.Ada sambal pun dah ok kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.