5 IDEA PELABURAN UNTUK KELUARGA

Gunakan sepenuhnya wang yang anda dapat dan tambahkan telur di sarang persaraan anda denganmembaca panduan kami berkenaan lima idea pelaburanterbaik untuk keluarga.

5 Idea Pelaburan Hebat Untuk Keluarga

Apabila orang membayangkan pelabur, mereka kerap memikirkan jejaka dan wanita muda yang mahumenjadi kaya dengan pantas atau menggunakanpendidikan mereka untuk mengambil kesempatan keatas ketidakstabilan pasaran.

Orang seperti itu mungkin bekerja di bank-bank pelaburan atau institusi kewangan lain, tetapi mereka bukan satu-satunya orang yang mahu mengambil kesempatan ke atas penukaran wang asing, kripto, hartanah atau saham. Malah pasangan dan keluarga juga mahu melaburkan wang mereka berbanding membiarkannya duduk sahaja dalam akaun simpanan.

Namun begitu, cara anda melabur sebagai keluarga mungkin berbeza daripada orang berumur 20an atau30an. Keluarga biasanya perlu memikirkan jangka panjang, dan kurang berani mengambil risiko yang besar dengan pelaburan mereka.

Di bawah adalah lima idea pelaburan hebat untuk pasangan atau keluarga yang memikirkan gambaran besar.

https://unsplash.com/photos/OlSGcrLSYkw

1. Dana Bersama

Melainkan anda ada masa memikirkan selok-belok pasaran saham, lebih bermanfaat sekiranya anda menggunakan khidmat orang lain untuk berfikir bagi pihak anda. Terdapat beberapa jenis dana di mana anda boleh meletakkan wang anda. Anda boleh memilih dana bersama yang berurusan dengan pelaburan yang lebih berisiko, atau anda boleh memilih dana bersama yang menjejak S&P 500 atau pasaran serupa.

Memilih dana yang menjejak keseluruhan pasaran biasanya adalah taruhan jangka panjang yang selamat, kerana pasaran sentiasa trending menaik dalam jangka panjang.

2. Saham Perdana

Syarikat-syarikat terbesar di pasaran saham juga dipanggil saham perdana. Ini biasanya adalah perniagaan-perniagaan yang bukan sahaja mengekalkan harga saham yang stabil malah juga menawarkan dividen kepada pemegang-pemegang saham mereka.

Melabur dalam saham-saham ini menawarkan dua kelebihan. Yang pertama adalah anda melindungi dirianda daripada turun naik harga pasaran, kerana perniagaan-perniagaan ini biasanya ada harga stabil yang meningkat sedikit demi sedikit. Kelebihan kedua adalah anda akan mendapat dividen bulanan, sukutahunan, atau tahunan bagi setiap saham yang anda beli.

https://unsplash.com/photos/qwtCeJ5cLYs

3. Hartanah

Melaburkan wang anda dalam pasaran hartanah adalah strategi jangka panjang yang sangat bijak. Berbanding mengharapkan prestasi syarikat-syarikat khusus dalam pasaran saham, anda meletakkan keyakinan anda dalam nilai hartanah.

Walaupun pasaran hartanah mengalami turun naik secara berkala, harganya sentiasa menaik dalam jangka panjang. Jika anda melaburkan wang dalam hartanah di bandar-bandar besar atau pinggir bandar yang popular, nilai hartanah hampir terjamin akan berganda sehingga dua kali ganda atau tiga kali ganda menjelang masa anda sedia untuk bersara.

Malah hartanah tersebut boleh memberikan anda pendapatan pasif bagi tahun-tahun akan datang, dengan menyewakannya kepada orang lain. Kemudian anda boleh memilih mahu menjualkannya apabila anda bersara atau duduk sendiri di sana.

4. Saham Modal Kecil

Saham modal kecil merujuk kepada syarikat-syarikatyang agak sederhana dari segi nilai pasaran mereka. Ini adalah perniagaan-perniagaan disenaraikan di bursasaham, tetapi mereka tidak menarik perhatian yang sama seperti Google, Apple, atau Coca Cola.

Walaupun melabur dalam syarikat-syarikat denganreputasi yang kukuh adalah pilihan yang paling selamat dalam jangka masa panjang, anda patut mempelbagaikan portfolio anda. Meletakkan sebahagian daripada dana pelaburan anda ke dalam saham modal kecil adalah cara yang sangat baik untuk melihat peluang.

Jika syarikat yang lebih kecil berkembang menjadi syarikat menguntungkan, dan anda melabur dalamnya sejak hari-hari awal, anda mungkin berpeluang mendapat durian runtuh yang besar.

https://unsplash.com/photos/5OUMf1Mr5pU

5. Emas

Satu lagi perkakas pelaburan yang sangat bagus untuk keluarga adalah emas. Harga emas biasanya meningkat hari ke hari, terutama jika anda memikirkan jangka panjang. Melihat sebarang carta harga akan menunjukkan yang emas mempunyai nilai lebih tinggihari ini berbanding 20 atau 30 tahun lepas.

Jika anda merancang menggunakan telur sarang anda untuk bersara dan membayar pendidikan kolej anak-anak anda, melabur dalam emas adalah cara yang hebat untuk meningkatkan pulangan pelaburan anda. Walaupun anda tidak akan membuat keuntungan untukpembelian anda dalam masa beberapa tahun, emas anda akan bernilai lebih tinggi dalam satu ke dua dekad.

Dengan menggunakan emas, atau sebarang daripada empat pelaburan disenaraikan di atas, anda boleh memastikan yang tidak kira berapa banyak wang anda jimat sepanjang beberapa tahun akan bertambah duakali atau tiga kali ganda menjelang masa anda bersara. Pelaburan tersebut memastikan yang anda memaksimakan peluang anda dan mengorak langkah kearah pelaburan yang selesa.

 

Loading

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.