cara hilangkan sengugut

5 CARA HILANGKAN SENGGUGUT YANG MUNGKIN KORANG BOLEH CUBA

5 CARA HILANGKAN SENGGUGUT YANG MUNGKIN KORANG BOLEH CUBA | Ada ke dikalangan korang yang mengalami sakit senggugut yang teruk? Macam mana korang atasinya?

Setiap wanita pasti akan mengalami mimpi ngeri bila senggugut datang.Ia boleh menganggu aktiviti harian kita.Ada yang sakit biasa-biasa dan ada juga yang sakit senggugut teruk setiap bulan.

Masalah kekejangan ketika haid ni melibatkan gangguan ringan yang berlaku sehari atau dua hari sebelum haid, malah ia boleh berlanjutan sepanjang kitaran haid berlangsung.Kesakitannya boleh menjadi terlalu teruk hingga menjejaskan aktiviti harian kita.

Senggugut teruk berlaku disebabkan oleh kontraksi rahim yang berlaku sebelum atau semasa permulaan kitaran haid.Tetapi apakah yang membuatkan kesakitan itu lebih teruk bagi sesetengah individu? jom teruskan membaca 5 cara hilangkan senggugut ni.

Baca juga : Tips kurangkan perut berangin

PUNCA SENGGUGUT YANG TERUK

Sebelum kita mengetahui cara hilangkan senggugut, kita kena fahami dulu faktor penyebab senggugut ni.Ada sesetengah individu cenderung mengalami kekejangan haid yang teruk kerana:

  • Mempunyai tabiat merokok
  • Mengalami pendarahan haid berat
  • Tidak permah hamil
  • Mencapai akil baligh sebelum berumur 11 tahun

Masalah sengugut teruk juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan seperti:

1.SINDROM PRAMENSTRUASI(PMS)

PMS adalah keadaan biasa disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang berlaku satu hingga dua minggu sebelum haid bermula.Gejalan biasanya hilang selepas pendarahann bermula.

2.ENDOMETRIOSIS

Keadaan perubatan ini berlaku apabila sel dari lapisan rahim tumbuh di bahagian lain tubuh, contohnya seperti di tiub fallopio, ovari atau tisu yang melapisi pelvik.

3.FIBROID PADA RAHIM

Fibroid adalah tumor bukan kanser yang memberi tekanan pada rahim atau yang menyebabkan haid yang sakit dan tidak normal, walaupun selalunya tidak menimbulkan sebarang gejala.

4.PENYAKIT RADANG PELVIS(PID)

PID adalah jangkitan pada rahim, tiub fallopio atau ovari yang disebabkan oleh bakteria faraj yang mengakibatkan keradangan pada organ pembiakan dan kesakitan,

5.ADENOMIOSIS

Keadaan jarang berlaku ini melibatkan tisu yang biasanya melapisi rahim mula tumbuh pada dinding otot rahim, sekali gus menyebabkan keradangan, tekanan dan kesakitan.Ia juga mengakibatkan kitaran haid lebih lama dan berat.

6.STENOSIS SERVIKS

Ini juga adalah keadaan yang jarang berlaku di mana serviks mengecil atau sempit sehingga melambatkan aliran haid.Ia kemudiannya menyebabkan peningkatan sengugut teruk.

Baca juga : Tips hilangkan stress

TANDA KITA MENGALAMI SENGUGUT YANG TERUK

kekejangan haid melibatkan sakit berdenyut disertai dengan kekejangan pada bahagian bawah perut.dan ia boleh merebak ke bahagian belakang badan mahupun paha.

Ia boleh mula berlaku sehari ataupun dua hari sebelum haid, dan memuncak sehingga 24 jam pertama setelah kedatangan darah haid . Tapi jangan terkejut, kekejangan haid ini juga boleh berlanjutan sehingga tempoh dua ke tiga hari.

Kekejangan haid ini juga boleh disertai dengan gejala lain seperti:

  • Loya
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Pening

CARA HILANGKAN SENGUGUT DAN SAKIT BELAKANG

Bagi kesakitan bahagian belakang dan senggugut yang teruk dan bukan disebabkan masalah kesihatan serius, rawatan di rumah boleh dilakukan . Berikut beberapa cara hilangkan senggugut yang boleh dicuba:

1.Mampatan haba

Letakkan pad panas atau botol berisi air panas (yang dibalut tuala kecil) pada bahagian belakang bagi mengurangkan kesakitan. Cara ini juga dapat membantu menenangkan otot pinggul, sekali gus meredakan rasa sakit.

2.Ubat tahan sakit

Ubat antiradang nonstreroid (NSAID) yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Ia boleh dibeli di farmasi atau didapatkan daripada preskripsi doktor.

Satu tinjauan sistematik mendapati ubat tahan sakit sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan senggugut teruk dalam ujian klinikal . Malahan ia menunjukkan kesan lebih baik berbanding aspirin.

Jika anda memilih untuk menggunakan NSAID sebagai cara hilangkan senggugut, sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum mengguna sebarang ubat

3.Cara hilangkan sengugut dengan rehat dan bertenang

Sekiranya anda sukar untuk melakukan banyak perkara akibat sakit belakang teruk kesan senggugut yang dialami, luangkan masa beberapa hari untuk diri sendiri.

Apa kata anda bersantai dengan membaca buku kegemaran, melakukan yoga mudah atau sekadar mandian panas yang boleh membantu meningkatkan endorfin. Ia secara semula jadi dapat melawan kesakitan.

4.Makanan tambahan dan vitamin

Pengambilan suplemen dan vitamin sebagai makanan tambahan bersama vitamin B dan magnesium juga boleh mengurangkan kekejangan haid.

5.Cara hilangkan sengugut paling berkesan, penjagaan pemakanan

Perbanyakkan minum air dan makan buah-buahan, sayur-sayuran bersama makanan antiradang lain untuk mengurangkan keradangan dan melegakan gejala senggugut teruk seperti sakit belakang.

Sekiranya sakit belakang dan senggugut berlanjutan walaupun setelah kitaran haid habis atau anda mula mengalami rasa kesakitan pada kaki atau lemah badan, anda amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan perubatan segera kerana ia mungkin didasari oleh masalah kesihatan lain.

Hah.Itulah dia sedikit sebanyak cara untuk hilangkan sengugut yang boleh korang cuba.Mungkin korang boleh cuba 5 cara hilangkan senggugut ni.

 

 

Loading

1 Comment

  1. Terima kasih atas perkongsian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *