5 CARA ATASI SALAH BANTAL INI PERLU KORANG TAHU

5 CARA ATASI SALAH BANTAL INI PERLU KORANG TAHU.Bila kena salah bantal ni memang sakit, serba tak kena dibuatnya kan.Boleh hilang mood seharian disebabkan salah bantal je.

Baru beberapa minggu lepas umi terkena salah bantal ni.Dia punya sakit tu memang tak boleh bawak bincang.Tapi ada juga beberapa petua orang lama yang umi masih gunakan sehingga sekarang iaitu tepuk bantal tu di leher.Tapi nak baik tu makan masa jugaklah kan.

Baca juga : 7 tips kurangkan angin dalam badan

Sebenarnya ada beberapa cara atasi salah bantal ni yang boleh korang cuba antaranya korang boleh baca dibawah ni.

5 CARA ATASI SALAH BANTAL, INI YANG PERLU KORANG TAHU

#1 TEPUK BANTAL

Jika korang ada masalah sakit tengkuk atau sakit leher, sebelum lena di atas bantal, cubalah untuk tepuk-tepuk dan pusing-pusingkan bantal tersebut supaya isi bantal korang sekata.Kemudian, letak kepala dengan perlahan.Dapatkan posisi tidur yang tepat atau selesa terutama bahagian leher.

#2 TUAM TENGKUK/LEHER

Jika leher korang terkehel akibat salah tidur, lakukan dua cara bertuam.Mula-mula korang tuam dengan air suam dan tuam disekitar leher yang sakit.

Setelah itu, tuam lagi dengan menggunakan tuala yang sudah direndam dengan ais.Cara ini dilakukan untuk menyihatkan otot yang tegang supaya ianya kembali pulih.

#3. URUT LEMBUT

Untuk melegakan otot-otot tengkuk atau leher yang sakit ketika menoleh atau timbul rasa perit atau tegang, cuba urut perlahan-lahan disekitar leher.Cara begini berguna untuk melegakan otot saraf pada leher.

#4 LAKUKAN PEREGANGAN RINGAN

Melakukan peregangan ringan dengan duduk tegak dengan kepala lurus.Kemudian, perlahan-lahan tundukkan kepala ke bawah dengan kiraan sehingga 8.Kemudian kembali ke posisi tegak, pusing ke belakang dan kira sehingga lapan.Lakukan perkara yang sama ke arah kiri dan kanan.

#5 JEMUR BANTAL

Dan ini adalah salah satu petua lama yang perlu korang ambil tahu jugak, dan ini merupakan petua turun temurun iaitu dengan menjemur bantal.Tekstur bantal setelah dijemur akan menjadi lebih empuk dan selesa untuk digunakan.Jadi dapatlah tidur yang berkualiti.

Jadi, kalau korang yang ada masalah salah bantal ni boleh la gunakan 5 cara atasi salah bantal ni.Mana tau sesuai untuk korang kan?

 

 

2 Comments

  1. Terima kasih share. Kadang terjadi juga.

  2. kadang-kadang beli bantal mahal tetaplah tak sedap bila baring.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *