21 Petua Eratkan kasih Sayang Suami Isteri

21 Petua Eratkan kasih Sayang Suami Isteri | Bila kita lihat mak ayah kita dapat bertahan sampai berpuluh tahun dan masih lagi sweet macam orang sedang bercinta mesti kita nak tahu kan apa rahsia orang-orang lama ni.

Kebanyakkan orang zaman sekarang tidak peduli dengan petua-petua orang lama.Tapi ada juga petua orang-orang lama ni, kalau kita ikut insyallah bahagia dunia dan akhirat.

Kita nak bahagia bukan hanya di dunia malah sehingga dialami syurga firdausi.Kita sering nakkan rumah tangga yang bahagia hingga ke syurga.Ramai yang menginginkannya tapi tak tau bagaimana nak terus kekal sayang menyayangi antara satu sama lain kan.Apa kata kita lihat 21 petua eratkan kasih sayang suami isteri.

Nak kekalkan kasih sayang, nak berubah bukan pada satu pihak sahaja, malah keduanya perlu saling berubah agar rumahtangga lebih harmoni.

 

21 Petua Eratkan kasih Sayang Suami Isteri

  1. Cium tangan suami dan dahi siteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing masing.
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,tmabah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman.
  3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti “I Love you” sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana ,menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja.
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja isu rumah tangga hinggalah politik sebelum tidur.
  8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan ,jangan biarkan ia berlarutan walau untuk satu jam.
  9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya.
  10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet-deret atau usia sudah meningkat.
  11. Amalkan sembahyang berjemaah
  12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan makan serta tidak sedan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman pasangan.
  13. Sesekali buatlah kejutan kepada pasangan
  14. Senda gurau dalam rumahtangga amat penting.Ceritalah sesuatu yang kelakar,tekateki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing.
  16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  17. Apa sahaja masalah yang timbul,berterus terang dan berbincang
  18. Sentiasa menyimpan tekad untik menjadi pasangan yang baik dalam rumahtangga.
  19. Setiap pagi,berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman.
  20. ika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini,jadikan ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa ragu-ragu.
  21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah swt. agar dikurniakan rasa kasih sayang antara pasangan suami isteri.
    ** Nabi Muhammad SAW bersabda:”lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya.Dna wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

** Nabi Muhammad SAW bersabda:”lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya.Dna wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat seribu syahid kerana ikhlas dan sabarnya.Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada isterinya.Setiap hari suami yang baik kepada isterinya akan mendapat seratus syahid kerana ikhlas dan sabarnya.
wallahualam.

13 Comments

  1. banyak tips ni..ada yang ikut ada yang tak..hihi..kekadang ngan laki sendiri pun malu..

  2. pewwiitt… petua yang elok nih ^_^

  3. Banyaknya petua…Barulah bahagia hingga ke tua nih 🙂

  4. ada yg wat.. ade yg tak.. hehehe

  5. bagusnya tips ni.. semoga semua suami isteri amalkannya.. insya-Allah hari-hari sentiasa sayang..

  6. Insyallah semoga kita manfaatkan ilmu ini demi keharmonian rumah tangga…

  7. Buat kakak yg pasti kalau hari bekerja makan tengahari tak pernah dapat makan bersama..

  8. bab jangan berpisah tempat tdo tu nadia sangattt setuju. walau marah macam mana sekalipun, jangan tdo asinggggg 🙂 bukan sebab nafsu tapi macam tak baikkk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *