MENGIKUT ROMBONGAN KE PUSAT PENDIDIKAN AL BARAQAH USTAZ KAZIM ELIAS | Lama betul tak menulis diari kan.Selalunya info penting je kekda masukkan dalam blog ni.Teringat zaman mula-mula berblog dulu.Suka cerita pasal kehidupan, makanan dan anak-anak kat dalam blog ni.
Makin lama ni makin malas pulak nak menulis tentang personal.Tapi tulah, rindu nak buat luahan.Kekda banyak menulis physical diari je sekarang.Yelah, kalau dalam buku, orang tak tau apa yang kita tulis.Nak negatif ke, positif ke dalam tu kita je yang tahu.
Online diari ni kita banyak bercerita tentang yang positif je.Yelah, takkan nak cerita yang negatif kan.Itu membuka aib sendiri namanya.Bukan sahaja aib malah dosa kita bila kita war-warkan di media sosial
Sebab tu, nak tulis sesuatu yang negatif tu kekadang kena fikir juga baik dan buruknya.Tapi kali ni nak berjanji dengan diri sendiri, nak perbanyakkan menulis diari online ni.Dah nama pun kisahsidairy kan.Jadi of courselah kisah kekda dikongsikan dalam blog ni.Mana tau nanti kekda dah takde, anak-anak terjumpa blog ni.Taulah dia cerita mereka pun kekda pernah ceritakan disini.
Oh ya, entry kali ni kekda nak cerita tentang kekda dan rombongan makcik-makcik ke Pusat Pendidikan Al-Baraqah Ustaz Kazim Elias.Bukan itu sahaja, rombongan ni juga membawa kami ke Cameron highland semalam.Meriah walaupun masa suntuk untuk ke sana dan kesini.Seronok jugak bila pergi dengan mak-mak ni kan.Bawak pulak dua ketul puteri umi tu.Kemain dilayan dengan nenek-nenek tu.Kemain offer makan tu makan ni diorang tu tau.
Syukur Alhamdulillah, rezeki mak umi nak belanja kami anak beranak.Mulanya kekda tolak jugaklah taknak ikut dia, tapi dia berkeras nak bawa kekda dan anak-anak.Terima kasih mak sebab faham anak mak sorang ni.Walaupun adik yang lain cakap mak pilih kasih dengan kekda, tapi dia je faham keadaan kekda sebenar macam mana.Masyallah, Kekda memang berterima kasih sangat pada Allah sebab masih meminjamkan kekda ibu sehebat mak kekda tu.Banyak cerita sedih kekda yang dia tanggung sama.Rasa nak bercucuran air mata ni bila cerita tentang dia.Kekda selalu ingatkan diri kekda supaya taknak menyusahkan dia.Sebab tu selagi kekda ada, kekda akan luangkan masa dengan dia.Selalu balik untuk temankan dia.Nasib baik husband memahami.Sentiasa diizinkan kekda untuk balik ke rumah mak.Kalau kekda balik, mulalah dia ajak ke sana ke sini.Berjalan sana sini.Itu je yang mampu kekda buat untuk dia.Bawa dia berjalan-jalan.
Ni mungkin rezeki dari Allah dia dapat bawa kekda dan anak-anak ke Perak dan Cameron Highlands.Tu pun budak-budak dah happy dah.
Kami bertolak pada 22 feb yang lepas selepas isyak dari Kota Tinggi.Dan singgah ke satu tempat untuk bertukar baju bewarna hitam dan bertudung biru.Ikutkan subuh kami dapatlah di Pusat Al-BAraqah tu, tapi perancangan Allah kan.Kami sampai pukul 8 pagi gitulah.
Dapatlah join kuliah dari USTAZ KAZIM ELIAS.Selepas tu, kami dibawa ke rumah orang-orang tu dikawasan itu juga.Macam seronok tau duduk kat sini.Mak-mak yang duduk sini semua happy.Sampai ada tu dah berbelas tahun duduk kat sini.Sesekali je balik rumah anak diorang.Tak banyak gambar yang kekda ambil memandangkan semua tu untuk simpanan peribadi.Punyalah kalut tak sempat nak bergambar dengan UKE.Tapi takpelah kan.
Tujuan diorang ke sini disebabkan ingin menuntut ilmu akhirat.Yelah dah usia-usia macam mereka tu, apa je yang diorang boleh buat selain memperbanyakkan ilmu akhirat.Bila kekda bagitahu kat dua ketul kekda nak duduk sini, kemain marah lagi diorang.Yelah diorang pun masih tak faham tentang tu kan.Jadi kekda senyum jelah
Ada juga jual-jualan produk dari UKE ni, jadi belilah sebagai buah tangan.Kami disini sehingga pukul 1 petang.
Selepas tu bergerak ke temppat makan di hentian limau bali sebelum bergerak ke Cameron Highlands
\