BUFFET RAMADHAN JOHOR 2025 DI OPERO HOTEL SOUTHKEY | Diam tak diam dah seminggu jugak kan kita berpuasa.Dah tak lama dah nak raya.Mesti memasing dah semangat nak beraya tu.
Oh ya! raya kita ketepikan dulu, hah ni kita bercerita pulak tentang tempat buka puasa di hotel Johor yang pastinya korang pun dah ada list sendiri untuk senarai buffet ramadhan yang korang nak pergi.Ok meh kekda bagi lagi satu tempat berbuka puasa dengan menu yang sedap-sedap.
Siapa belum pernah berbuka puasa di Opero Southkey ni, korang wajib masukkan hotel ni di dalam bucket list korang.Masa kekda ke preview ramadan sebelum ni, banyak juga menu-menu yang mengikut selera kekda.Rasa macam nak repeat balik berbuka puasa kat sini.Memang tak rugi kalau korang berbuka kat sini tau.
Bertemakan ala arab pastinya mereka menyediakan lebih dari 150 menu yang istimewa untuk korang.Korang tengok jelah page Opero hotel tu.Memang meriah bulan puasa ni tau.Jadi book siap-siap untuk berbuka puasa kat sini.Kalau korang mengikut page kekda, mesti korang tahu yang early bird dah dijual sebelum ramadan lagi.
bubur lambuk dia ni memang kena ambil tau! kekda dua kali tambah bubur lambuk dia
dah ada tema arabian kan, mestilah ada pelbagai jenis kunafa.
Jangan risau korang, kuih muih melayu memang tak pernah tinggal.Begitu juga dengan dessert.Memang ada tau.