BERBUKA PUASA DI RUMAH SIS LIN | Cerita masa baru start berpuasa.Tak ingat pulak hari ke berapa kekda berbuka puasa di rumah Sis Lin, iaitu rakan blogger dari JDT Blogger.
Bukan kekda je ada, malah si Nona pun ada juga berbuka puasa di rumah Sis, Kalau tahun lepas Sis ajak kitorang berbuka di Nippon Sushi, untuk tahun ni hanya di rumah Sis je.Itu pun bukan main lagi berborak makan dan makan.
Masih meriah menu berbuka puasa kitorang.Semua ni Sis yang masak, kekda dengan Nona tukang bedal.Itu pun last minit gak bagitau kat Sis, kekda boleh join hari tu.
Sayur goreng, ikan masak sambal tu tak ingat apa nama ikan tu, botok-botok ikan pari, dan petai bilis.Weh.Nasib baiklah kekda ni bukan jenis makan banyak.Tapi kemain jugak meratah sorang sikit.Sis paksa kitorang habiskan lauk-lauk tu.Tapi yang pakat dok berulang Nona la, Kalau harapkan kekda memang tak habis tu.
Alhamdulillah kenyang nko.Lepas satu-satu makanan dia keluarkan.Last kitorang mengopi jugak kat umah Sis.hahha.Itu wajib kalau dah jumpa dengan Sis.
Semoga diperluaskan rezeki untuk seketul Sis Lin.Kalau tengok dia masak semuanya nampak sedap.tak caya korang pergilah terjah kat blog dia.Banyak gambo makanan.
Makin lemau nak meng update blog tau.Lagi nak dekat raya ni, hati ni dah tak tau kemana.Asyik dok fikir pasal operation tu je.Jadi tak tenang pun ye.
Nasib baik tahun ni shuben kekda approved nak beraya dengan mak.Kalau tidak sedihlah kekda dibuatnya.Memang tak plan nak beraya kat Melaka memandangkan hari kelima dah kena warded.Jadi kita raya jelah yang dekat-dekat.Yang penting dekat dengan mak.