APPOINTMENT DOKTOR 3 IN 1 SEBELUM TARIKH PEMBEDAHAN | Sejak dapat tarikh untuk pembedahan, semua serba tak kena.Nak standby itu ini untuk raya pun rasa tak bersemangat je.Sebab tu persiapan anak-anak kekda sediakan awal.
Ingatkan esok, hanya ambil darah dan sign borang operation sahaja, semalam doktor inform suruh buat echo pulak.Echo tu untuk check keadaan jantung kekda.Kalau dulu kekda selalu refer ke Hospital Aminah, kali ni doktor bagi yang paling dekat iaitu di HSI.Kekda bersyukur sangat sebab kalau nak ke Hospital Aminah tu jauh, dan lagi satu nak parking pun payah.Kalau pergi sorang-sorang memang susah la.Kena dua tiga kali pusing baru kekadang tu dapat parking.
Kalau parking kat luar pulak, takut kena saman je.Pernah la sekali kena saman sebab parking kat bahu jalan.Redha jelah kan bila kena saman tu.Dapat kat HSI pun ok jugaklah, walaupun parking pun payah dapat. tapi dekat sikit.Kalau kekda ada appointment kat sini pun kadang-kadang pergi sorang.Saja taknak menyusahkan sesiapa.Tapi ni sebab banyak tempat nak kena pergi, jadi kena jugaklah mintak pertolongan suami untuk hantarkan.
Cepat sikit waktu untuk berjumpa dengan doktor dan ambil darah.Nervous sebenarnya nak jumpa dengan doktor.Bukan tu je, Lagi nak raya ni, memang takde rasa nak beraya pulak.Yelah raya ke tujuh adalah tarikh operation, warded tak tau lagi bila masuk.
Syukur tahun ni dapat beraya di rumah mak. tak perlu nak balik Melaka atau Pahang.Lagipun kekda memang dah bagitau kat husband yang kekda taknak ke mana-mana tahun ni.Hanya nak balik ke rumah je.Raya kedua insyallah abang ipar yang akan turun JB.Memandangkan memang ingatkan tahun ni nak beraya kat sana, jadi terpaksalah tunda semua plan tahun ni.
Ni pun dada dah dup dap dup dap nak tunggu keputusan walaupun operation pun tak buat lagi.Actually operation tu tak sure lagi dijalankan macam mana, sebab doktor just nak ambil sample di bahagian dinding rahim yang tebal tu.Walaupun fibroid tu dah confirm memang ada, Doktor nak juga tahu apa yang menyebabkan pendarahan terus dan dinding rahim tu tebal.
Dok meng google tentang gejala dinding rahim tebal pun buat kekda risau.Inikan pulak nak menunggu result tu nanti.Semoga baik-baik je keputusannya nanti.Korang doakan kekda tau.
Nak buat biskut raya pun dalam dilema ni.Untuk marhaban awal-awal lagi kekda dah tolak.Risau tak kena pulak tarikh yang diorang masuk rumah tu nanti.