BUFET RAMADAN JOHOR GRAND PARAGON HOTEL JB - SANTAPAN RASA PARAGON kali ini menyajikan lebih 100 jenis hidangan untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir berbuka puasa di Grand Paragon Hotel Johor Bahru.
Pelbagai hidangan panas dan sejuk sehingga ke pencuci mulut disediakan pada setiap hari di Cafe Para Para Level G bermula dari 13 Mac sehingga 8 April 2024 dari pukul 7 malam hingga 10 malam.
Menu yang bakal disajikan tanpa had ini disajikan dalam tujuh menu rotasi yang memaparkan sajian istimewa terdiri dari Kambing Panggang Kuzi bersama Nasi Kabsha dan telur rebus Safron, Siakap goreng bersama sos kerabu mangga, Pelbagai Kerabu somtam, Thai laksa, pelbagai jenis lok ching.Terdapat uga menu istimewa mereka iaitu Ekos asam pedas, siput sedut masak lemak cili api, ikan bakar maroo bersama herba, ketam goreng cili, udang goreng bersalut nestum, sotong goreng telur masin, gulai daging kawah umbut kelapa dan banyak lagi.
Tak lupa juga bubur lambuk dan beberapa menu yang kekda suka makan bila kat sini.Korang pun kenalah ambil peluang juga berbuka puasa kat sini.
Selain dari tu ada lagi menu-menu yang perlu korang rasa bila berbuka puasa disini iaitu satay, mee goreng mamak style penang, sup utara berempah dan banyak lagi la.Mesti korang puas hati bila berbuka puasa kat sini.
Untuk dapatkan harga yang menarik jangan lupa rebut peluang untuk dapatkan baucer pembelian awal tau.
BUFET RAMADAN JOHOR GRAND PARAGON HOTEL JB
EARLY BIRD PROMOTION
Baucer pembelian awal sudah pun bermula dan dapatkan sebelum 1 Mac 2025
- RM130 nett Dewasa
Tawaran Istimewa Ekslusif RM115 nett Dewasa korang boleh dapatkan pada minggu pertama Ramadan dari 3 Mac hingga 6 Mac dan terhad kepada 50 orang yang terawal
HARGA BIASA
- RM160 nett Dewasa
- RM80 nett kanak-kanak
- RM115 nett Warga Emas