Bermula kehidupan sebagai Pesakit Fibroid | Tak boleh nak kata apa bila Allah dah berikan penyakit pada kita.Sesungguhnya Kekda walaupun kadang rasa tak adil, tapi dalam masa yang sama, kekda rasa macam mungkin Allah nak beri ganjaran yang lebih baik kat sana nanti.
Mungkin silap kekda jugak tak buat rawatan awal tentang ni walaupun rasa tak kena pada diri tu dah lama.Tapi tulah, sebenarnya banyak sebab yang buat kekda ni tak buat rawatan.Allah je yang tahu.Tak perlu dicanang sana sini sebab Allah maha tahu segalanya.Tapi bukan niat kekda nak menyalahkan sesiapa dalam masalah ni, Semuanya atas kehendakNya.
Terima dengan hati terbuka itu lebih baik.Dan masa-masa nilah mungkin Allah nak kita lebih dekat pada dia.Nak bercerita ni pun satu bebanan yang cukup besar pada kekda, tapi mungkin dari cerita kekda ni membolehkan korang cegah dari awal dari terkena penyakit-penyakit puan ni.
Pada 12 November 2024 doktor dah sahkan kekda ada fibroid sebesar 5cm.Dan bukan itu sahaja, dinding rahim yang tebal tapi belum lagi dipastikan samada ia terdedah kepada cancer atau pun tidak.Tunggu keputusan doktor pakar untuk appointment akan datang.Doakan kekda terhindar dari sebarang cancer ye korang.
Zaman sekarang, penyakit memang tak kenal usia muda atau tua.Yang belum berkahwin pun dah ada penyakit seperti ni, inikan pulak wanita yang dah berkahwin dan beranak ni.Jomlah kekda share sedikit info tentang penyakit fibroid yang berlaku dikalangan wanita.
APA ITU FIBROID
Fibroid ialah sejenis ketumbuhan bukan kanser yang biasanya tumbuh di dalam atau sekitar rahim wanita. Ia juga dikenali sebagai leiomyoma atau myoma. Fibroid sering berlaku dalam kalangan wanita yang berada dalam lingkungan umur reproduktif (sekitar 20 hingga 50 tahun). Saiz fibroid boleh berbeza-beza, daripada sekecil biji kacang hingga sebesar bola tenis atau lebih besar.
Tanda-Tanda umum tentang Fibroid
- Pendarahan tidak normal
- Kesakitan dan tidak keselesaan pada pelvis
- Masalah berkaitan sistem perkumuhan
- Masalah Reproduktif
- Perut membesar
Tanda-tanda lain yang kurang lazim
- Sakit semasa hubungan kelamin
- Anemia
- Tekanan psikologi akibat simptom yang membantu kehidupan harian
Terkadang memang dah teruk penyakit, baru serah diri... Hmm..
ReplyDeleteSemoga yg baik baik buatmu, kak Eda! Semoga segera sembuh, Dan tenang melaluinya satu persatu. Semoga Allah panjangkan umur kak Eda. Aamin ya Rabb!
Aamin..tq nona
Delete