BUTIK JAMILAH BUKA CAWANGAN BARU DI UBC (UDA BUSINESS CENTRE) | Jumaat hari tu berkesempatan untuk datang ke Butik Jamilah bagi Soft Opening Butik Jamilah di Uda Business Centre.Lebih luas dan lebih banyak pilihan untuk seisi keluarga.
Tahniah Butik Busana Jamilah atas pembukaan cawangan terbaru mereka di Uda Business Centre.Berdekatan juga dengan Butik Kacax yang menyediakan pelbagai jenis kurta dan baju melayu.Setiap tahun umi menjadi pelanggan tetap bagi menyediakan persiapan raya keluarga.
Lagi pulak sekarang ni mereka dah menyediakan baju melayu plus size jadi senanglah nak mencari sesuai dengan babah.Kalau tak umi rajin belikan anak sedara umi tu kurta sebab dia suka sangat dengan material dan jenis kurta dekat sini.
Kalau sebelum ni Butik Jamilah atau Busana Jamilah mempunyai butik mereka di Tingkat 4 Angsana Mall Johor Bahru, kini mereka telah membuka satu lagi cawangan berdekatan juga dengan Angsana Mall iaitu di Uda Business Centre.
Bagi umi, bila mereka buka butik di UBC tu, tempat lagi luas dan lebih selesa.Tidak crowded dan pilihan untuk satu family semua ada.
Sama juga di Angsana Mall, mereka pun ada menyediakan busana wanita dan lain-lain lagi.Kalau hari raya, mereka juga ada booth dibahagian bawah Angsana Mall.
Butik Jamilah di UBC ni berderet dengan D'Yana butik, Bokitta dan sebagainya.Memang senang kalau korang nak cari butik ni.
Antara koleksi yang ada di dalam butik Jamilah
Ruang menunggu ditengah-tengah tu memang selesa habis.Jadi tak risau la kalau kroang nak bawa satu family masuk kedai ni.
Antara koleksi baju melayu pelbagai warna yang korang boleh grab dari size kecil sehinggalah size 5xl tak silap umi
Koleksi blouse dan baju kurung kat sini.
Belum pape umi dah berkenan dengan koleksi sebelum raya ni.acane tu? rasa macam nak grab je sebab cantik sangat.Selain baju kurung moden, ada juga blouse dan juga skirt kat sini.Jadi korang yang nak mencari baju kurung modern terkini boleh cari kat sini.Macam-macam jenis design dan warna yang menarik ada tau.
Bukan itu sahaja, koleksi kurta dan baju melayu untuk anak lelaki pun ada.
Ni pulak koleksi untuk anak-anak perempuan.Pendek kata butik ni memang untuk satu family ye.
Minat pulak kotak-kotak macam ni kan.Masa umi datang ni, baju untuk anak perempuan tak sampai lagi.Nanti sebelum puasa mesti dah complete kan baju untuk seisi keluarga.Berkenan dah yang simple macam ni hah.Tapi maklum ler takde anak lelaki, jadi kita tunggulah baju anak perempuan sampai baru kita grab semula.Kain pun best.
Lawo jugak kan warna baju kurung ni.Berkenan jugak ni.Tapi tahun ni macam nak cari baju plain atau kotak-kotak je.
Oh ya, sementara diorang dalam minggu soft opening ni korang kena terjah tau sebab ada sebahagian design yang diorang tengah buat promo.Rugi pulak kalau korang tak terjah
Cantik-cantik tau design baju ni.Korang rasa umi terbeli tak..hahahah
Oh ya korang, sebelum umi lupa kat sini pun kalau korang nak tempah baju nikah untuk lelaki boleh jugak tau.Material macam biasa la yang korang nampak kat butik pengantin tu.Boleh custom made untuk korang.Hah senang kan
Fitting room dia pun kemain selesa tau.Umi suka bab tu.Hahaha.Takyah nak tunggu turn bila ramai pelanggan kan.
Berkenan betul dengan design baggy macam ni.Senang nak masuk dan yang penting tak nampak bentuk badan kan.Tak nampak kurus dan tak nampak gemuk. hah gitu.
Rezeki dapat jumpa owner Butik Jamilah yang sentiasa senyum dan peramah ni.Dapatlah grab sepasang blouse baggy.Eh tak sempat nak berootd dengan baju weh.Nanti dah ootd kita up sekali kat ig ek hahah.
Kalau korang nak terkah butik Jamilah ni umi letak sekali alamat untuk korang
BUTIK JAMILAH UBC
No.27 Jalan Padi Emas 1/5
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru
Waktu Operasi
Ahad-Khamis : 10am - 7pm
Jumaat & Sabtu : 10am - 10pm
BUTIK JAMILAH ANGSANA MALL
Angsana Mall JB, No L4.3 Level 4
Pusat Bandar Tampoi Johor Bahru
cantik2 blouse geram tengok
ReplyDeleteStudy abroad
ReplyDelete