MASUK HOSPITAL KERANA PENYAKIT ANEMIA |Macam tak sangka sebenarnya umi boleh masuk wad kerana Anemia.Padahal pagi tu umi ada appointment untuk Thyroid di Hospital Sulatanah Aminah.
Masa pemeriksaan untuk Thyroid darah umi normal je dan tak perlu untuk dapatkan rawatan RAI seperti yang umi takut dengar tu.Tapi bila doktor check keseluruhan tentang jantung dan sebagainya, doktor kata umi terlalu pucat.And umi pun ada bagitahu juga dekat doktor yang dalam sebulan ni umi rajin kena gelap mata.Rasa nak pitam dan sebagainya.Terus doktor dari HSA buat surat rujukan untuk ambil dan check darah di Klinik Kerajaan Pasir Gudang.
Mulanya doktor nak ambil je kat HSA cuma dia risau kalau keputusan darah umi rendah, umi akan serta merta di warded di sini.Jadi jauhla dari rumah.Jadi nak tak nak, umi terpaksa balik semula ke Pasir Gudang dan ke KK untuk ambil darah.
Dapat je keputusan darah, memang nampak sangat semuanya rendah.Tak sempat pulak umi nak ambil gambar untuk report darah tu.Doktor dah ajak ke emergency.Kebetulan pulak babah dengan anak-anak pun ikut sekali masa umi buat appointment tu.Jadi diorang sempatlah tengok umi naik ambulans ke HSI.
Sampai di HSI, terus umi dimasukkan ke zone kuning.Di sana, biasalah pelbagai jenis doktor, dari doktor biasa sampailah ke doktor pakar check.Sampailah doktor buat keputusan untuk tahan umi di hospital.
Nak menunggu katil di wad, sampailah ke pukul 3.30 pagi baru naik wad.Punyalah letih dengan tak makan apa umi kat sana.Babah ada juga nak temankan umi di hospital, tapi memandangkan esok anak-anak ada sukan sekolah dan adik juga masuk perbarisan, jadi umi bagitahu babah supaya stay je kat rumah.Boleh je umi bertahan sampai tunggu sarapan di hantar keesokkan paginya.
Legalah bila dapat masuk ke wad dan tukar baju.Macam biasalah kan, bila masuk wad, kenalah tukar pakaian wad.Umi ok je sebab tak perlu susah-susah nak basuh dan sidai baju kat luar tu.
Petang hari kedua warded, doctor buat keputusan untuk tambah 1 botol darah dan juga makan ubat seperti folid acid, vitamin b dan satu lagi umi tak ingat pulak apa.
SIMPTOM YANG TERDAPAT PADA UMI GARA-GARA ANEMIA
Pengalaman masuk darah kerana Anemia
APA ITU ANEMIA
PUNCA PENYAKIT ANEMIA
- Penghasilan darah merah yang rendah
- Kehilangan darah secara berlebihan
- Sel darah merah yang hancur terlalu cepat daripada pembentukannya (anemia hemolitik)
- Kekurangan zat besi
- Kehamilan
- Kerosakan pada sumsum tulang (anemia aplastik)
- Penyakit kronik seperti jangkitan penyakit buah pinggang, kanser, rheumatoid arthritis dan HIV/AIDS.
- Bentuk sel hemoglobin yang tidak normal (sickle cell anemia)
- Thalasemia akibat mutasi genetik yang mempengaruhi pembentukan hemoglobin.
SIMPTOM PENYAKIT ANEMIA
- Kesulitan melakukan aktiviti harian akibat kepenatan
- Masalah pada jantung seperti gangguan degupan jantung
- Gangguan paru-paru seperti pulmonary hypertension
- Komplikasi kehamilan seperti kelahiran pramatang atau berat bayi rendah
- Gangguan tumbesaran sekiranya anemia terjadi pada bayi atau kanak-kanak.
SARANAN KEPADA PENGHIDAP ANEMIA
- Zat besi – daging merah seperti daging lembu, kekacang, sayuran berdaun hijau gelap, buah naga serta buah-buahan kering.
- Asid folik – kacang pis, kacang tanah, produk bijirin yang kaya dengan karbohidrat seperti pasta, roti dan bijirin sarapan pagi, buah-buahan dan sayuran hijau berdaun gelap.
- Vitamin B12 – produk tenusu, daging, produk bijirin dan produk soya.
- Vitamin C – buah-buahan sirus dan jus, tomato, tembikai, strawberi dan brokoli.
Tak cakap pun. Apalah. Syafakillah Kak.
ReplyDeletetakpe wak, kita ok je lagi ni
Delete