MAKAN MALAM DI OLIVE MUSIC CAFE BERSAMA RAKAN MEDIA | Cerita ni dah lepas, kalau dekat blog WP lama umi dah ceritakan pun, tapi disebabkan blog WP tu dah tak wujud, kita wujudkanlah cerita tu disini.
Makan malam ni pun sebelum kitorang tengok Teater yang diadakan di Auditorium Jotic Johor Bahru.Tapi sebelum tu kitorang isi perut dulu la kan.Sebab nak tunggu habis teater tak tau lah pukul berapa.
Antara rakan media dan blogger yang join tengok teater malam tu, Sis Lin, Nona dan Huda serta Norfy.
Disebabkan first time makan di Olive Music Cafe ni, jadi umi mintaklah cadangan dari Sis sebab dia pernah makan kat sini.Jadi umi order Laksa Johor.Tapi malam tu tak tau kenapa Laksa Johor tu tak kena dengan tekak seketul umi.
Tapi umi enjoy jelah makan Laksa Johor tu, manakala Sis Lin pula order Laksa Penang.Huda pula order Nasi goreng udang tak silap umi.
laksa Johor
Yang ni Nasi Goreng Udang
And Norfy pulak order nasi goreng kampung.Not bad jugak rasanya.Cuma yang macam tak kena dengan tekak umi ialah Laksa Johor.hahah,
Lepas makan sempatlah kitorang chit chat sebelum bergerak ke Auditorium Jotic pukul 8.30 malam gitu.
Cafe ni not bad jugaklah.Mungkin suasana dia kot yang bagi vibes best tu.Bersih dan selesa.Cuma umi tak ambil pula bahagian dalam cafe ni.Kalau korang nak vibes music gitu, hah boleh la terjah cafe ni yang terletak di Kampung Nong Chik Johor Bahru.
Oh ya, nanti umi cerita tentang persembahan Teater tu ye.Tunggu umi betul-betul sihat baru nak cerita.Ini pun sebab nak gigihkan badan ni bergerak.Kang kalau terbaring je, lagi rasa nak mual.Badan pun dah rasa panas je ni.Jangan demam sudahlah.