CARA HILANGKAN KARAT PADA PISAU | Kalau dekat dapur tu, ada pisau yang karat apa selalunya korang akan buat? adakah korang akan buang atau korang akan buat sampai dia menjadi seperti baru atau sebaliknya.
Kalau umi pulak dah nampak pisau tu karat, selalunya ia jarang digunakan atau tidak digunakan terus.Hah macam tulah.Jenis umi ni pulak, kalau dah suka dengan satu pisau tu, takkan guna pisau yang lain melainkan pisau yang lain tu sedap bila memakai.
Tak taulah kalau korang pulak, tak kisah dengan mana-mana pisau atau tetap akan guna pisau yang sama.Biasalah bila bercerita pasal pisau, kat dapur tu mestilah ada pisau khas untuk potong sayur, potong ayam dan sebagainya kan.Kiranya kalau pisau biasa yang digunakan tu pisau yang boleh potong bawang, potong sayur,cili dan sebagainya.Kalau dah melibatkan ayam dan ikan, mestilah guna pisau yang lebih besar atau kita panggil parang jelah senang.
Berbalik semula tentang karat pada pisau, ye memang pisau yang karat ni selalunya yang tidak kita gunakan lagi atau jarang-jarang guna.Kalau salah tempat penyimpanannya, maka ia boleh jadi karat.Jadi macam mana cara nak hilangkan karat pada pisau ni.Ajom umi kongsi sedikit cara nak hilangkan karat pada pisau hasil pembacaan umi di blog lain.
CARA HILANGKAN KARAT PADA PISAU
Karat pada pisau boleh menyebabkan pisau menjadi tumpul dan kurang efektif.Jadi antara cara mudah menghilangkan karat pada pisau ialah :-
Bahan dan Alat Yang Diperlukan
- Cuka Putih : Cuka putih adalah asid yang boleh membantu melarutkan karat
- Baking Soda : Baking soda bertindak sebagai agen penggosok lembut yang boleh membantu menghilangkan karat.
- Lemon dan Garam : Gabungan asid dari lemon dan tkestur kasar garam boleh membantu menghilangkan karat
- Minyak Zaitun : Minyak Zaitun boleh digunakan untuk melindungi permukaan pisau selepas karat dibersihkan
- Berus Gigi lama atau Berus Kawat : Untuk menggosok karat dari permukaan pisau
- Kain Lembut: Untuk membersihkan dan mengelap pisau
LANGKAH-LANGKAH MENGHILANGKAN KARAT
Menggunakan Cuka Putih
- Rendam Pisau : Rendam pisau berkarat dalam cuka putih selama 1-2 jam
- Gosok Karat : Keluarkan pisau dan gosok karat menggunakan berus gigi lama atau berus kawat
- Bilas dan Keringkan : Bilas pisau dengan air bersih dan keringkan dengan kain lembut
Menggunakan Baking Soda
- Buat pasta Baking Soda: Campurkan baking soda dengan sedikit air sehingga menjadi pes tebal
- Sapukan pada pisau : Sapukan pes baking soda pada kawasan ayng berkarat
- Gosok Karat: GUnakan berus gigi lama atau berus kawat untuk menggosok karat
- Bilas dan keringkan: Bilas dengan air bersih dan keringkan dengan kain lembut
Menggunakan Lemon dan Garam
- Sapukan Garam : Taburkan garam pada permukaan pisau yang berkarat.
- Gosok dengan Lemon : Potong lemon dan gosokkan bahagian yang berjus pada garam di atas pisau.
- Biarkan Sebentar:Biarkan campuran garam dan lemon selama 2-3 minit.
- Gosok karat:Gunakan berus gigi lama atau berus kawat untuk menggosok karat.
- Bilas dan Keringkan: Bilas dengan air bersih dan keringkan dengan kain lembut.
Menggunakan Minyak Zaitun
- Sapukan Minyak Zaitun :Selepas membersihkan karat, sapukan minyak zaitun pada permukaan pisau untuk melindunginya dari karat di masa depan.
- Lap Lebihan Minyak : Gunakan kain lembut untuk mengelap lebihan minyak zaitun.
TIPS TAMBAHAN
- Penyimpanan: Simpan pisau di tempat yang kering untuk mengelakkan karat. Menggunakan sarung pisau juga boleh membantu.
- Penggunaan: Elakkan menggunakan pisau pada permukaan yang keras atau kasar yang boleh menyebabkan kerosakan pada pisau.
- Pembersihan Rutin: Bersihkan pisau dengan segera selepas digunakan, terutamanya jika digunakan pada bahan yang berasid seperti tomato atau buah sitrus.
Tq share
ReplyDelete