BILA DAH MENINGKAT USIA FOKUS LEBIH BANYAK UNTUK DIRI SENDIRI | Begitulah kita bila semakin dewasa atau semakin berusia ni.Lebih fokuskan diri sendiri dari fokuskan kepada banyak benda tak berfaedah.Kalau boleh kecilkan circle dalam persahabatan kita buat.
Bukan apa, semakin dewasa, kita akan tahu apa itu persahabatan, apa itu kejujuran, apa itu nilai sebuah perhubungan.Jadi dari kita terlebih fokus benda yang tidak mendatangkan apa-apa pada kita, lebih baik kita fokuskan hanya beberapa perkara dalam kehidupan kita.
Perkara yang perlu kita fokuskan dalam kehidupan kita
- Orang yang penting di sekeliling kita, contohnya keluarga dan anak-anak.
- Fokuskan pada buat ibadah banyak-banyak
- Fokus untuk dapatkan apa yang kita nak dalam hidup
- Fokus untuk jadi lebih baik dari sebelum ni
Nak cari kawan bukan mudah ye, kat dalam dunia ni kalau jumpa kawan yang boleh hargai korang, yang tidak bercakap buruk tentang korang, yang selalu supportive, hargailah diorang.Biar kita tak ramai kawan dari ramai kawan yang baik didepan, tapi dibelakang macam-macam yang diumpatnya.
Begitulah manusia sekarang ni, sering tak puas hati dengan apa yang orang miliki.Yang sendiri miliki tak pernah rasa bersyukur.Bila orang tu buat tu, buat ni, selalu nampak tak kena dimata mereka.
Biarkan, biarkan mereka yang begitu.Sebab tu sekarang ni baik kita fokus kepada diri kita.Teguhkan hati dan kata pada hati, KITA ADA MISI YANG LEBIH PENTING DARI SEMUA TU.
Jadi bagaimana kita nak beri fokus kepada diri sendiri.Walaupun entry ni ada beberapa fakta yang umi copy paste, dan nampak ianya sekadar entry copy paste, mungkin ia memberi makna kepada orang lain walaupun tidak kepada orang yang suka bersikap negatif.
3 PERKARA PENTING BAGAIMANA NAK FOKUS PADA DIRI SENDIRI
Bina Hubungan Dengan Diri Sendiri
Kita perlu fikirkan hubungan dengan kita sendiri seperti mana hubungan kita dengan orang lain.Apabila kita berfikir untuk membina hubungan ayng sihat dengan orang lain, keluarga atau sahabat kita.
Tentulah kita juga ingin mengetahui tentang harapan dan impian mereka, keinginan dan ketakukan mereka, nilai dan apa keutamaan dalam hidup mereka.
Namun apabila menyangkut tentang diri kita sendiri pula, mungkin terlalu sedikit orang yang mahu bertanyakan soalan seperti ini kepada mereka sendiri.
Walaupun begitu, kita mesti usaha,Utamakan diri kita sendiri.Hargailah diri kita dengan sebaiknya seperti melakukan Jurnal "SELF LOVE".Caranya dengan luangkan masa menulis sekitar 10-15 minit tentang diri kita sendiri.
Disitu, kita akan menggali dengan lebih mendalam dan dapat belajar menentukan diri kita sendiri supaya selari dengan tindakan kita di dunia ini dan dapat menggambarkan diri kita yang sejati dan bukan topengan.
Belajar Bagaimana Percaya Diri Sendiri
Mungkin sebab terbesar orang menghabiskan banyak tenaga adalah kerana mencari jawapan yang diluar diri mereka sendiri, atau dengan erti kata yang lain, mereka tidak mempercayai kemampuan apa yang mereka ada.
Kita mungkin mendapat bimbingan daripada dalam untuk memulakan sesuatu projek, rasa ingin tahu untuk meneroka atau tujuan yang akan ditetapkan, tetapi tiba-tiba kita seperti membuang masa dengan bertanay kembali ke dalam diri kita"EH, betul ke apa yang aku buat ni?
Kerana kita terlalu bimbangkan orang lain akan berkata sesuatu dibelakang kita, lalu kita pun takut kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini ataupun gagal.
Walaupun kita tahu apa yang kita mahu lakukan, tetapi jika sekiranya kita tidak mempercayai kemampuan diri sendiri, kita mungkin akan menghadapi halangan ayng seterusnya, dan kita tidak tahu apa cara untuk mengatasinya.
Kenal Pasti Sesuatu Dalam Diri Kita Yang Ingin Kita Kembangkan Dan Kerjakan Setiap Hari.
Kita hidup sebagai manusia dan kita selalu ingin melakukan perkembangan dalam hidup.Seperti gambar sekolah zaman dahulu yang lama versih hitam putih, kita diera ini pula bertindak untuk mengembangkannya menjadi versi berwarna-warni sejajar dengan perkembangan zaman terkini.
Begitu juga dengan diri kita sendiri, ada sesuatu potensi yang perlu digali dalam diri kita dan berikutnya mengembangkan setiap potensi dalam diri kita agar menjadi suatu yang hanya serta bermanfaat kepada masyarakat sekeliling kita.
Caranya ialah kita usaha untuk menumpukan perhatian kepada satu perubahan yang ingin dilakukan pada satu-satu masa sehinggalah ianya menjadi suatu kebiasaaan dalam kehidupan kita.
Itulah yang perlu kita lakukan untuk kita fokus kepada diri sendiri.
Thanks pada Dr Azura untuk entry fokus pada diri sendiri ni.At least sedikit sebanyak membaca tentang ni, boleh la kita ubah cara kita fokus untuk diri kita sendiri.
p/s: Ada manusia hanya tahu pandang kesalahan kita tanpa pandang tujuan kita.