REWARD DIRI SELEPAS BERJUMPA DOKTOR | Kemain nak ber reward bagai kan umi ni.Tapi sesuatu usaha yang kita buat, untuk menjadikan ianya sebagai pembakar semangat, atau selepas kita berusaha untuk buat yang terbaik selepas tu beli atau dapatkan sesuatu untuk reward diri sendiri
Ala, reward untuk diri sendiri ni bukan kena beli atau dapatkan benda mahal.Mungkin dengan pencapaian yang tinggi, kita boleh reward diri dengan sesuatu yang berharga.Tapi ni sekadar lebih jaga kesihatan sebelum check up je.hahahha.
Dah lama sangat berpuasa dengan minuman manis dan coffee macam ni.Lepas jumpa dengan doktor, dah lepas pulak apa yang kita nak, gembira lain macam tau.Siapa je tak takut bila berjumpa dengan doktor ni.Nak-nak umi kena jaga makan lepas disahkan penghidap pre-diabetes, kolestrol dan juga thyroid.
Banyak dah nak kena jaga bila masuk umur 40 tahun ni.Macam-macam penyakit nak singgah kalau kita tak jaga kesihatan.Nak juga buat aktiviti briswalk ni, tapi masa mencemburui.Belum lagi dapat penuhkan keinginan tu.Insyallah, panjang umur tahun hadapan, boleh la kot umi buat Briswalk tu seminggu 2-3 kali.
Sekarang ni buat jugaklah, cuma apabila budak-budak bercuti je.Itu pun kalau takde aktiviti lain.
Nak minum kopi je kan.Cuma kopi mahal sikitlah.Kalau kat rumah tu, kopi kampung je umi bedal.Tak minum dah kopi, nescafe yang bersusu tu.Tapi kalau teringin sangat umi buat je dalam cawan kecil.
Lepas ni dah boleh puasa balik.ahhahah.