JUMPA JUGAK STOKIN MUSLIMAH YANG PANJANG DAN TEBAL HARGA MAMPU MILIK | Sejak ada tiktok ni kan, mudah betul nak jumpa barang yang kita nak.Berbeza dengan penggunaan shopee sebab shopee just aplikasi untuk membeli sahaja.
Berbeza pula dengan tiktok yang banyak mengeluarkan video-video dari pengguna-pengguna yang dah menggunakan barang tersebut.Jadi kita tahulah benda tu best atau tidak berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka.
Dah teracun dengan lisptick murah, sekarang ni stokin pulak.Stokin muslimah ni ada banyak jenis kat tiktok.Ada yang bagus dengan kualiti yang terbaik, tetapi harganya pula kadang-kadang tidak mengikut size poket kita.Ha, jadi sangat perlu kita mengukur baju dibadan sendiri.
Walaupun kualiti tu hebat macam mana pun, tapi kita ni kurang berkemampuan nak membeli, buat apa kita nak seksa poket kita untuk itu kan.Jadi sebagai pengguna, kita kena bijaklah berfikir.
Betul dak?
So dok belek-belek tiktok hari tu, terjumpalah stokin muslimah buy 5 free 5.Wow!! murah kan.And suprisingly kain dia pun elok untuk dipakai harian.
Tapi tak sesuailah untuk korang nak bawak mandi manda tu.Sebab stokin muslimah yang umi beli ni takdelah tebal sangat.Cuma bila dipakai ia tak nampak kaki lah.
stoking wanita yang kelihatan nipis tetapi tidak boleh dilihat warna kulitnya, dan tidak boleh dibezakan warna kulit hitam atau putihnya, dalam jarak kira-kira 1.5 meter, adalah boleh dipakai oleh wanita semasa solat.
Jadi kalau nak solat tu, insyallah umi rasa lepas je selagi tak nampak bayangan kaki tu kan?
Dia ada dua warna je untuk stokin muslimah ni.Kalau brand lain tu ada juga warna-warna pilihan.Tapi untuk stokin muslimah ni, dia ada dua warna je.Dan biasalah selalunya orang akan guna dua warna ni aje kan.Jarang orang beli warna lain.
Stokin ni paling banyak masa tu aku beli, tapi tak berapa gap, pakai tetap melorot kat kaki aku huhuhu.. ada jenis satu lagi tu, tu bagus, sampai ke betis gap..
ReplyDelete