BELI STOKIN MUSLIMAH MURAH DI TIKTOK | Umi kalau benda murah ni suka share kat blog,itupun kalau tengah rajin nak menulis.Sebenarnya Banyak je stokin muslimah yang murah.Tapi tengok juga dengan kualiti dan cara pemakaian kita tu.
Maksud pemakaian tu, kalau kita beli stokin muslimah mengikut harga, contohnya harga murah, of course kualiti kain mengikut standard harga kan? Sebab tu kita kena tahu stokin tu dipakai waktu bila dan jenis pemakaian kita macam mana
Kalau kita pakai kasut yang terbuka, dan taknak nampak langsung bentuk atau kulit kaki tu, pakailah yang mahal sedikit stokin tu supaya ianya betul-betul menutup kaki dengan sempurna.Kalau kita jenis pakai kasut yang bersarung, tanpa perlu nampak hujung kaki tu boleh la pakai stokin muslimah yang kualiti kainnya sedikit nipis tetapi masih lagi mengikuti standard yang ditentukan dalam islam
Faham kan?
So, masa scroll tiktok, terjumpa satu seller ni yang menjual stokin muslimah dengan harga yang cukup murah.Korang boleh tengok dekat sidebar umi dekat ruangan tiktok tu.Kat situ umi ada share la video pendek tentang Stokin Muslimah ni.
Stokin muslimah ni kalau korang beli 5 percuma 5 tau.Harga pun tak sampai RM10 untuk 10 pasang stokin ni.Memadailah dengan kualiti kain yang digunakan.Tapi umi ok je.
Kalau direnggangkan kain tu, masih lagi tidak terlalu nampak skin kita.Jadi takdelah terlalu nipis kan stokin ni.Kalau korang yang kerap memakai stokin muslimah ni, takdelah terasa sangat membelinya.
Boleh pilih korang suka yang panjang atau yang pendek.Masa beli tu umi pilih yang panjang.Senang skit.Itu pun dah sampai betis.Ok dah tu.Tak payah nak tertarik-tarik kan?
Apa yang Best dengan Stokin Muslimah AuraPro ni ialah
- Anti-Slip
- Tutup Aurat
- Tahan Pakai
- Serap peluh
- Tak panas
hai sis... apa.khabar? sihat ke tu?
ReplyDeleteSyu pun suka pakai stokin jenis mcam ni, selesa dan best je
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete