BAWA ANAK-ANAK KE LEGOLAND WATERPARK SEMPENA CUTI SEKOLAH | Bukan selalu dapat peluang untuk bawa anak-anak kesini.Ada rezeki kita bawaklah diorang.Walaupun umi datang sambil bekerja, tapi syukur itu rezeki untuk diorang pulak.
Selalu bawa masuk ke Theme park, kali ni berpeluang untuk bawa mereka ke Waterpark pulak, mestilah excited diorang ni.Tak sabar nak mandi manda katanya.
So, hari jumaat hari tu, aku bawa bebudak ni ke Waterpark Legoland sebab masa tu ada Splash Carnival Legoland Waterpark dari 4 Julai hingga 4 Ogos 2024.Jadi banyaklah aktiviti yang best-best diorang boleh join.
Dah alang-alang tu, ajak la si Suzie tu sekali carpool dengan dia.Jimat duit minyak.Anak umi adalah geng nak bermandi manda.Mak pun senanglah sikit nak memantau bebudak ni.Terjumpalah Mak Yong kita ni dak Ena dan family dia.Pun sama nak berendam sempena Splash Carnival ni
Dan tak lupa juga dak Juju ngan firash.Tapi Firash nya entah kemana pergi dia
Sepanjang seharian kat situ, umi biarkan je anak-anak nak main apa.Yang si adik tak takut betul nak naik gelongsor yang tinggi tu berbanding si kakak.Jadi kakak dok berendam jelah dekat kolam besar tu.Umi pulak nak kena layan dia.Yang adik tu jelah dengan si Aisyah paling tak takut nak naik tinggi-tinggi tu.
Ada satu tempat tu yang memerlukan parents sekali untuk naik, confirmlah umi tak boleh.Jadi dia ikut saja mak pak yang bawa anak untuk naik sekali.Pandai betul budak bertuah tu kan?
Yang si kakak tak pergi jauh pun, hanya bermain kat area sini.Tapi bila korang ada kat bahagian ni, ada banyak aktiviti yang korang boleh join jugak.Ada masa-masa tertentu jugak.Tunggu jelah info dari diorang tu nanti.Hah masa tu berkejo la korang untuk tengok persembahan dan aktiviti yang diorang sediakan.Anak-anak pun terhibur.
Puas main, kita makan dekat area situ tu jugak.Mak pak pun dari jauh boleh pantau anak-anak korang.yang penting pakai jaket keselamatan bagi anak korang yang tak pandai berenang.Walaupun ada abang-abang safety kat situ, kita janganlah serahkan semua pada mereka.Nyawa anak kita kan, kenalah jaga sendiri.
Persembahan last pada hari tu.Memang suka sangat tengok diorang pakai costume , menyanyi dan berjoget.Boleh siap ambil gambar dengan diorang.Yang penting semua sporting
Hah, korang ada masa lagi ni nak bawa anak-anak ke sini.Tiket dan aktiviti korang boleh tengok di posting ini
Saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya dengan tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
ReplyDeleteHubungi Tuan Pedro
Di Email:pedroloanss@gmail.com
Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
Nanti jangan lupa bawa saya pulak yekk
Delete