AUNI MASUK PERSEMBAHAN KOIR SEKOLAH | Seorang yang happy go lucky tapi sangat payah mesra dengan kawan.Perwatakan kadang-kadang berbeza bila di rumah, di sekolah dan diluar.
Umi pun tak sangka si Auni ni minat menyanyi dari bersukan.Kalau bersukan selalunya dia selalu je nak tarik diri.Berbanding kakak yang suka bersukan.Nak jadi atlet sekolah katanya.
Sebelum ni ada masuk beberapa persembahan untuk koir dan nyanyian.Lepas tu terus je namanya dimasukkan dalam apa jua persembahan koir di sekolah.Umi sokong je selagi ia tidak memudaratkan dia.Lagipun benda yang dia minat kan?
Dan hari mesyuarat PIBG hari tu sempatlah umi luangkan masa untuk dia di Sekolah walaupun hati dok risaukan babah sebab warded di Hospital.Yang tu nanti umi cerita di lain entry tentang pembedahan babah
Auni dan rakan-rakan yang menyertai persembahan koir sekolah.Cikgu dah booking siap-siap untuk tahun hadapan dan kumpulan mereka juga telah dinobatkan sebagai kumpulan koir sekolah.
Alhamdulillah impian dia kan.Jadi tahun hadapan, setiap kali ada apa-apa event sekolah, akan adalah persembahan koir mereka.