7 HARI PERFORMANCE BLOG UNTUK KISAHSIDAIRYDOTCOM | Rasanya dah lebih 7 hari sejak umi bertukar kepada blogspot, alhamdulillah pageview makin lama makin naik dan adakalanya ada juga menurun.
Umi perasan, kalau tak update blog sehari, view menurun sedikit dari update setiap hari atau 3 kali untuk sehari.Itu pun bergantung kepada mood dan juga masa umi untuk menulis.Yelah, sejak bertukar kepada blogspot ni, kenalah usaha sikit untuk naikkan prestasi blog.
7 hari ni umi ambil semasa umi tengah aktif blog.Tak kira masa baru-baru nak mulakan dengan blogspot tau.Sebab masa tu banyak benda umi kena buat memandangkan banyak entry dah hilang dari radar.Jadi untuk guest post umi masukkan semula supaya ianya adil bagi mereka yang dah bayar nilai untuk guest post di blog umi.
Itupun ada lagi yang belum umi masukkan, kena ambil masa sedikit untuk masukkan kesemuanya.Nak kerah idea balik untuk entry tu dan sebagainya.Nasib baik ada lagi gambar-gambar yang umi ambil untuk entry yang berbayar tu.Kalau tak, jenuh jugak nak mencari.
Memang selalunya umi akan simpan gambar-gambar di Tele atau Facebook yang umi private kan untuk tontonan umi sendiri.
Banyak lagi yang umi nak perbaiki.Sebelum ni penat jugaklah otak ni nak memikir coding dan sebagainya.Maklumlah dah lama tak sentuh bab coding ni weh.Nasib baiklah ada Sis Lin membantu jugak dengan memberikan template berbayar pada umi yang ready adsense.Maksudnya tak perlu banyak benda kita nak ubah atau masukkan.Jadi memang mudah untuk settlekan template tu.
Oh ya, kalau korang nak cari servis untuk tukar template dan sebagainya, boleh la contact Sis tu.Umi tak sure la samada dia sekarang ni busy buat blog orang ke tidak, tapi korang boleh cuba.Tak payah nak fikir banyak sangat untuk settlekan blog korang.Just upah je pada orang yang pandai bermain coding ni.
Bercakap tentang coding ni, bukan senang nak masukkan, maksud umi masukkan tu senang je yang susahnyacuma samada coding tu sesuai atau tidak.Silap masukkan coding boleh error blog kita tau.Nak pulak yang jenis tak back up dulu coding yang lama.Memang haru jugak.
Dulu pun umi pernah terkena dengan blog umi dulu.Tapi masa tu baru-baru mula blogging la.
Sekarang ni ramai yang cakap blogging ni dah tak relevant macam dulu.Tapi bagi umi, orang masih lagi menggunakan blog untuk mencari maklumat yang diorang nak.Lagipun selain dari umi berkongsi apa yang umi buat dan sebagainya, memang umi suka menulis. Tapi tulah, bila nak duduk depan pc tu, ada jelah kerjanya nak dibuat.Sebab tu orang kata, jadi suri rumah ni tak mudah yang disangka.Banyak masa katanya.
Tapi bila penat mengatasi segalanya,memang susahlah untuk duduk depan pc ni.Idea pun tak datang.Selalunya waktu tengah malam waktu yang umi suka sangat untuk berblogging.Sedikti menganggu untuk mereka yang tidur, tapi masa tulah idea boleh datang mencurah-curah.
Cuma nak menggunakan ipad tu buat rasa umi tak selesa.Bila guna pc ni seronok sebab ada keyboard dan screen yang besar.Macam puas gitu bila ada pc ni.
Korang yang baru mula nak blogging tu, teruskan je.Jangan disebabkan banyak social media mengatasi blog, korang dah give up.Don't worry! Tak semua dalam berjuta-juta orang dalam dunia ni suka social media seperti tiktok, instagram dan sebagainya.Ada juga bila mencari info mereka suka untuk membaca dengan terperinci.
Tolong jangan kotorkan fikiran korang dengan perkataan "Malas Membaca".Pupuklah minat membaca korang tu walaupun payah.Sebab tulah sekarang ni ramai je student yang tak suka melanjutkan pelajaran diorang.Ini semua sebab malas membaca dan malas untuk fikir masa depan.
Nak jadi influencer pun kena ada ilmu ye korang.Sebab apa kena ada ilmu? Sebab sebagai kerja pempengaruh, korang mesti taknak dilabel sebagai pempengaruh yang selalu mengetengahkan isu-isu yang tak seronok untuk ditonton kan.Jadilah pempengaruh yang sentiasa menyebarkan ilmu yang bermanfaat dari menyebarkan perkara yang tidak bermanfaat.
Nak jadi terkenal tak perlu untuk menayang semuanya.Jadilah seperti Penulis Teme Abdullah, Seorang arkitek yang berjaya di luar negara sana, dalam masa yang sama menghasilkan buku-buku yang bermanfaat.Jadi siulan anak-anak muda dalam bakat sebagai seorang arkitek, pelukis yang berbakat dan juga penulis buku yang berbakat.Umi jadikan Teme Abdullah sebagai idola bukan untuk umi, tetapi untuk memberikan semangat pada anak-anak umi.Kehidupan Teme yang dahulu, dijadikan seabgai cerita soksek kami bila berkelapangan.Dia tak perlu pun menunjukkan muka dia kepada umum.Beliau nak orang kenali beliau bukan kerana paras rupa, tetapi kerana bakatnya.Umi memang kagum dengan bakat melukis Teme ni.Ape ntah yang dilorek-loreknya, tapi hasilnya? masyallah memang unik.
Kalau umi yang melukis lorek-lorek macam tu tak taulah apa jadinya kan.
Itulah dia seorang Penulis Misteri bernama Teme Abdullah.Bukan beliau sahaja yang korang kena follow, ramai lagi yang boleh korang jadikan idola sebagai influencer yang mempunyai sifat rendah diri tetapi berjaya dalam dunia mereka sendiri seperti Khairul Aming dan lain-lain lagi.
Hah, rasanya macam dah melalut sampai Teme dan Khairul Aming masuk kat blog umi.hahah.Tidaklah, umi cuma nak nasihatkan anak muda sekarang ni yang cepat sangat nak jadi glamour.Sampai nak membaca pun malas.hahhaa
Sebab tu blog ni masih lagi relevant walau ada segelintirnya tak suka untuk berblog.Bagi mereka leceh dan mungkin kurang idea untuk menulis?
Nak jadi blogger pun bukan perlu kena belajar tinggi-tinggi.Umi pun sekadar ada sijil dalam business study.Itu pun kerja tak banyak sangat pengalaman.Tapi dulu umi suka berkongsi cerita dengan rakan-rakan blog yang lain.
Panjang betul kan bebelan umi kali ni.Tapi tulah, kalau jenis yang suka membebel dalam blog, beginilah.Kalau orang kenal umi, jenis umi ni memang tak nampak friendly.Introvert gaknya.Sukar untuk didekati.Tapi yang kenal dengan umi, taulah perangai umi macam mana.Sebab tu umi suka membebel dalam blog.Kalau kat luar kang, membebel macam ni macam peluru berpandu pulak kan?
Itu jelah kot bebelan umi untuk kali ni, Oh ya! korang yang suka membaca buku tu, wajib beli buku-buku Teme Abdullah ni.Sebab banyak pengalaman berharga sebagai anak rantau yang dia ceritakan dalam buku beliau.Bagaimana sampah yang pernah dicampak, dikutip dan dijadikan buku.Selepas tu buku yang dihasilkan menjadi inspirasi kepada mereka yang nak berjaya.
Itu jelah bebelan umi, Kang korang bosan pulak baca panjang-panjang.Banyak nak schedule ni sampai hujung minggu ni.Mata dah rasa nak terkeluar mengadap pc ni hah
Teruskan menulis jangan putus asa. PV tu tolak tepi dulu, kasi penuh wall dengan posting yang memberi manfaat. Juga terima kasih guna khidmat servis Saya hehehehe... all the best Eda ..
ReplyDelete