5 RESTORAN MAKANAN THAI TERBAIK DI JOHOR BAHRU SALAH SATUNYA KORANG KENA CUBA | Kalau korang peminat makanan Thai, mesti ke mana-mana pun korang tetap akan cari makanan Thai untuk korang rasa adakah ia sama dengan restoran makanan Thai yang lain yang pernah korang cuba betul tak?
Jadi kalau korang ke Johor Bahru, dah mencari restoran makanan Thai Sekitar Johor Bahru ni, umi boleh senaraikan 5 restoran makanan Thai terbaik yang korang boleh terjah.Dan salah satunya korang wajib cuba sebab umi dah pun pernah pergi ke Restoran dan merasai sendiri kenikmatan makanan Thai di sini sambil menikmati pemandangan sekitar Puteri Harbour.
5 RESTORAN MAKANAN THAI TERBAIK DI JOHOR BAHRU
#1 RESTORAN ABSOLUTE THAI
Terletak di KSL City Mall, Premium outlet dan Midvalley Southkey.Menyediakan pelbagai menu Authentic Thai yang korang boleh cuba dan rasa.Kalau korang berada berdekatan dengan tempat yang umi senaraikan tu, bolehlah singgah untuk menikmati makanan di sana
#2 Khem Thai Mukratha
Khem Thai Mukratha ni terletak di Jalan Harmonium Taman Desa Tebrau dan ia juga menghidangkan makanan Thai yang korang boleh cuba bila datang ke Johor Bahru nanti
#3 Restoran Chiang Mai Thaifood
Restoran ini terletak Jalan Harimau Tarum di bandar Johor dan menu sama seperti restoran thai yang lain dan makanannya boleh dikatakan sedap dengan harga yang mampu milik.
#4 Khunya Thai Kitchen Nusa Bestari
Terletak di Skudai dan rata-rata mereka yang telah datang ke sini memberikan komen yang positif dari segi rasa dan juga harga.
#5 Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant
Restoran Kampung Carabao antara restoran makanan Thai yang kian popular dengan masakkan Thai yang sedap dan mempunyai beberapa cawangan di Johor Bahru.Antara cawangan yang umi nak rekemen untuk korang pergi adalah
Kampung Carabao Puteri Harbour ni.
Untuk korang yang sukakan suasana kedamaian apabila makan malam, korang memang perlu datang kesini sambil makan, sambil menikmati pemandangan Kapal yang belayar di sini.
Kampung Carabao Puteri Harbour menyediakan Menu makanan Thai yang wajib korang cuba seperti dibawah.
Ni apa yang pernah umi order masa makan kat sini dan menu-menu yang memang recommended dari restoran ni.Masa makan tu umi order 3 jenis ikan siakap untuk 3 jenis masakkan.Ikan tu pulak bergantung kepada berat ikan ye
|
CRISPY SALAD FISH THAI STYLE |
Agak pedas tapi masih boleh makan.So far light je pedas dia tu.Kalau korang bawa anak-anak yang tak boleh makan pedas macam anak umi, mybe korang boleh order menu ikan siakap dibawah ni
|
FRIED FISH SOYA SAUCE
Tak pedas and of course anak-anak korang boleh makan.Umi suka masakkan soya sauce ni sedap selain ikan dia yang crispy tu.Memang sedap nak meratah
Dan yang last ikan yang kami order ialah Fried Fish Mango ni.Yang ni memang recommended tau.
Umi suka dengan sos Fried Fish Mango ni, bukan sahaja sedap dengan kerabu mangga di atas tetapi sos dibawahnya pun sedap.Ikan pun crispy je.
Ok, ikan kita dah order tiga, jadi kita kena order yang lain pulak.Kalau dekat atas dah ada kerabu, tapi tak cukup untuk kami sekeluarga, bukan keluarga umi je yang ada, ada 3 lagi keluarga yang join sekali.Jadi makan besar kami hari tu.
Kalau pi restoran thai, tak order tomyam macam tak lengkap pulak kan.Umi dah la suka hirup kuah tomyam.And suprisingly umi suka rasa lengkap tomyam yang ada masam, manis dan masin ni.
Selain tu,Umi order juga kerabu mangga dan juga somtam.Walaupun somtam tu kurang rasa manis dia, tapi umi masih boleh makan lagi la.Yang kerabu mangga tu sedap dan cukup rasa.Yang udang tu pulak ialah udang buttermilk.Size udang besar dan masakkannya pun sedap.
Umi order lagi satu masakkan udang iaitu Curry Leaf prawn.Dalam tu rasanya ada 5-6 ketul udang. Semua seafood kat sini segar-segar belaka.Jadi tak perlu risau untuk korang makan kat sini.Yang ni pulak umi tambah menu iaitu Lala .Umi tak ingat pulak lala tu masak apa.Rasanya macam blackpaper.hahah.Dah makan sedap lupa pulak ye rasanya.
Carabao Seafood Mix Platter Satu benda yang perlu korang tahu bila makan kat sini, dia ada sediakan platter untuk seafood macam ni.Kalau korang nak jimat, boleh order set yang lengkap dengan udang, ketam dan lala.Sos pun sedap tau.Jadi bolehla jimat dari korang nak order satu-satu.Tak habis kang, rugi pulak kan.
Coconut Seafood Otak-otak Thai Style Crispy Kangkung
Dan yang terpaling umi nak bagitahu dekat korang, kat sini ada menyediakan Oyster Fresh size XL tau.Sama besar tapak tangan umi.Dan yang penting disediakan juga sos untuk makan dengan oyster tu.
Puas betul dapat menikmati oyster sebesar ni.Kalau tak ikutkan ramai yang nak rasa, memang umi telah je semua tu.Sedap pun sedap bila letak sekali dengan sos toyam dan juga bawang goreng tu.Memang sedaplah korang
Bukan ni sahaja tau.Banyak lagi menu-menu yang diorang ada selain yang umi sebutkan di atas ni.Yang atas ni kira menu yang mereka rekeman untuk kami cuba.
Tengok jelah menu yang kami order untuk lebih dari 10 orang makan tu.Meriah tak meriah.Yang penting licin semuanya.
Dah puas makan, boleh jalan-jalan kat tepi tu.Kalau malam meriah dengan basikal dan juga food street jugak.Nak lepas anak-anak kat sini pun tak risau.Oh by the way terima kasih yang dah belanja makan malam tu.Kalau korang ke Johor Bahru dan nak rasa makan makanan Thai, boleh terjah ke sini dan umi akan bagi lokasi kat korang.
KAMPUNG CARABAO PUTERI HARBOUR |
Alamat : LG09, Lower Ground Floor, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor
Ada juga cawangan mereka di Taman Abada16, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
Boleh layari laman social mereka dibawahWebsite | Instagram | Facebook
Berbaloi-baloi makan kat sini kan.. nanti nak repeat lagi lah
ReplyDelete