ZIKIR HARI JUMAAT YA ALLAH | Zikir harian yang perlu kita baca setiap hari mempunyai fadhilatnya tersendiri mengikut hari-harinya.
Di hari Jumaat ni, mari kita sama-sama perbanyakkan Zikir untuk mengingati Allah swt.
"Wahai orang-orang yang beriman,(untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah
serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya"
ZIKIR HARI JUMAAT YA ALLAH
Ya Allah maksudnya Ya Allah
KELEBIHAN HARI JUMAAT
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari yang disebut "Sayyidul Ayyam"
Ini berdasarkan sebuah haripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الْأَيَّامِ، وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ، وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ، فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ، خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ، وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ، وَفِيهِ تَوَفَّى اللَّهُ آدَمَ، وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ، مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا، وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ، مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ، وَلَا سَمَاءٍ، وَلَا أَرْضٍ، وَلَا رِيَاحٍ، وَلَا جِبَالٍ، وَلَا بَحْرٍ، إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri.
Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu: Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam.
Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagimana dia tidak meminta sesuatu yang haram. Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat) tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.”
[Riwayat Ibn Majah (1084)][Riwayat Ahmad (15548)]
5 FADHILAT BERZIKIR
1.Menenangkan Hati
Allah SWT berfirman:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Surah al-Ra’d (28)
2.Menjauhkan dari Sifat lalai
3.Amalan Terbaik Dalam Kehidupan
Daripada Abi Darda’ RA, beliau berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ؟ قَالُوا: بَلَى، قَالَ: ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu dengan amalan yang terbaik, lebih suci di sisi raja kamu, akan mengangkat darjat kamu, dan lebih baik daripada kamu menginfaqkan emas dan perak, lebih baik bagi kamu jika kamu berhadapan dengan musuh kamu lalu kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal leher kamu? Mereka (sahabat) menjawab: “Ya.” Rasulullah SAW bersabda: “Berzikir kepada Allah SWT.”
Riwayat al-Tirmizi (3299) dan Ahmad (20713)
4.Menghidupkan Hati
Ibn Taimiyyah berkata:
الذِّكْرُ لِلْقَلْبِ مِثْل الْمَاء لِلسَمَكِ فَكَيْفَ يَكُوْن حَال الْسَمَك إِذَا فَارقَ الْمَاء؟
Maksudnya: “Zikir pada hati seperti air yang diperlukan ikan. Lihatlah apa yang akan terjadi jika ikan tersebut berpisah dari air?”
5. Menghapuskan Dosa
Zikir dapat menghapuskan keburukan dan kebaikan terbesar untuk diri kita
Jom kita berzikir di hari Jumaat sebanyak mungkin dan juga baca surah al kahfi ye